PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Yohanes 19
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

Rangka Yohanes

      • Yesus dicambuk dan diejek (1-7)

      • Pilatus menyoal Yesus sekali lagi (8-16a)

      • Dipakukan pada tiang di Golgota (16b-24)

      • Yesus memastikan ibunya dijaga (25-27)

      • Kematian Yesus (28-37)

      • Yesus dimakamkan (38-42)

Yohanes 19:1

Rujukan Silang

  • +Yes 50:6; Mt 20:18, 19; 27:26; Mr 15:15

Yohanes 19:2

Rujukan Silang

  • +Mt 27:27-29; Mr 15:16, 17; Lu 23:11

Yohanes 19:3

Rujukan Silang

  • +Yes 53:3

Yohanes 19:4

Rujukan Silang

  • +Lu 23:4; Yoh 18:38

Yohanes 19:6

Rujukan Silang

  • +Mt 27:22; Mr 15:13; Lu 23:21
  • +Yoh 18:31

Yohanes 19:7

Rujukan Silang

  • +Im 24:16
  • +Mt 26:63-65; Yoh 5:18

Yohanes 19:9

Rujukan Silang

  • +Yes 53:7; Mt 27:12, 14

Yohanes 19:12

Nota kaki

  • *

    Gelaran bagi maharaja Roma.

Rujukan Silang

  • +Lu 23:2; Kis 17:6, 7

Yohanes 19:14

Nota kaki

  • *

    Harfiah, “jam yang ke-6.”

Rujukan Silang

  • +Yoh 19:31

Yohanes 19:16

Rujukan Silang

  • +Da 9:26; Mt 27:26, 31; Mr 15:15; Lu 23:24, 25

Yohanes 19:17

Nota kaki

  • *

    Lihat Kamus.

Rujukan Silang

  • +Ibr 13:12
  • +Mt 27:32, 33; Mr 15:22

Yohanes 19:18

Rujukan Silang

  • +Yoh 3:14; Kis 5:30; Ga 3:13
  • +Yes 53:9; Lu 23:33

Yohanes 19:19

Nota kaki

  • *

    Lihat Kamus.

Rujukan Silang

  • +Mt 27:37; Mr 15:26; Lu 23:38

Yohanes 19:24

Rujukan Silang

  • +Mt 27:35; Mr 15:24; Lu 23:34
  • +Mz 22:18

Yohanes 19:25

Nota kaki

  • *

    Lihat Kamus.

Rujukan Silang

  • +Lu 2:34, 35
  • +Mt 27:55, 56, 61; Mr 15:40; Lu 23:49

Yohanes 19:26

Nota kaki

  • *

    Atau “Hai wanita.” Penggunaan perkataan “wanita” bukannya tanda tidak hormat.

Rujukan Silang

  • +Yoh 13:23; 21:7, 20

Yohanes 19:28

Rujukan Silang

  • +Mz 22:15

Yohanes 19:29

Nota kaki

  • *

    Harfiah, “hisop.” Lihat Kamus.

Rujukan Silang

  • +Mz 69:21; Mt 27:48; Mr 15:36; Lu 23:36

Yohanes 19:30

Rujukan Silang

  • +Yoh 17:4
  • +Yes 53:12; Mt 27:50; Mr 15:37; Lu 23:46

Yohanes 19:31

Rujukan Silang

  • +Yoh 19:14
  • +Ul 21:22, 23
  • +Im 23:5-7

Yohanes 19:33

Indeks-Indeks

  • Panduan Penyelidikan

    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!, 15:5

Yohanes 19:34

Rujukan Silang

  • +Yes 53:5; Za 12:10; Yoh 20:25

Indeks-Indeks

  • Panduan Penyelidikan

    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!, 15:5

Yohanes 19:35

Rujukan Silang

  • +Yoh 20:31; 21:24

Indeks-Indeks

  • Panduan Penyelidikan

    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!, 15:5

Yohanes 19:36

Nota kaki

  • *

    Atau “diremukkan.”

Rujukan Silang

  • +Kel 12:46; Bil 9:12; Mz 34:20

Indeks-Indeks

  • Panduan Penyelidikan

    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!, 15:5

Yohanes 19:37

Rujukan Silang

  • +Za 12:10; Why 1:7

Indeks-Indeks

  • Panduan Penyelidikan

    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!, 15:5

Yohanes 19:38

Rujukan Silang

  • +Ul 21:22, 23; Mt 27:57-60; Mr 15:43-46
  • +Yoh 7:13; 9:22

Yohanes 19:39

Nota kaki

  • *

    Atau mungkin, “gulungan.”

  • *

    Harfiah, “1,000 paun,” iaitu paun Roma. Lihat Lampiran B14.

Rujukan Silang

  • +Yoh 3:1, 2; 7:50-52
  • +Lu 23:55, 56

Yohanes 19:40

Rujukan Silang

  • +Yoh 20:7

Yohanes 19:41

Rujukan Silang

  • +Yes 53:9

Yohanes 19:42

Rujukan Silang

  • +Yoh 19:14

Lain

Yoh. 19:1Yes 50:6; Mt 20:18, 19; 27:26; Mr 15:15
Yoh. 19:2Mt 27:27-29; Mr 15:16, 17; Lu 23:11
Yoh. 19:3Yes 53:3
Yoh. 19:4Lu 23:4; Yoh 18:38
Yoh. 19:6Mt 27:22; Mr 15:13; Lu 23:21
Yoh. 19:6Yoh 18:31
Yoh. 19:7Im 24:16
Yoh. 19:7Mt 26:63-65; Yoh 5:18
Yoh. 19:9Yes 53:7; Mt 27:12, 14
Yoh. 19:12Lu 23:2; Kis 17:6, 7
Yoh. 19:14Yoh 19:31
Yoh. 19:16Da 9:26; Mt 27:26, 31; Mr 15:15; Lu 23:24, 25
Yoh. 19:17Ibr 13:12
Yoh. 19:17Mt 27:32, 33; Mr 15:22
Yoh. 19:18Yoh 3:14; Kis 5:30; Ga 3:13
Yoh. 19:18Yes 53:9; Lu 23:33
Yoh. 19:19Mt 27:37; Mr 15:26; Lu 23:38
Yoh. 19:24Mt 27:35; Mr 15:24; Lu 23:34
Yoh. 19:24Mz 22:18
Yoh. 19:25Lu 2:34, 35
Yoh. 19:25Mt 27:55, 56, 61; Mr 15:40; Lu 23:49
Yoh. 19:26Yoh 13:23; 21:7, 20
Yoh. 19:28Mz 22:15
Yoh. 19:29Mz 69:21; Mt 27:48; Mr 15:36; Lu 23:36
Yoh. 19:30Yoh 17:4
Yoh. 19:30Yes 53:12; Mt 27:50; Mr 15:37; Lu 23:46
Yoh. 19:31Yoh 19:14
Yoh. 19:31Ul 21:22, 23
Yoh. 19:31Im 23:5-7
Yoh. 19:34Yes 53:5; Za 12:10; Yoh 20:25
Yoh. 19:35Yoh 20:31; 21:24
Yoh. 19:36Kel 12:46; Bil 9:12; Mz 34:20
Yoh. 19:37Za 12:10; Why 1:7
Yoh. 19:38Ul 21:22, 23; Mt 27:57-60; Mr 15:43-46
Yoh. 19:38Yoh 7:13; 9:22
Yoh. 19:39Yoh 3:1, 2; 7:50-52
Yoh. 19:39Lu 23:55, 56
Yoh. 19:40Yoh 20:7
Yoh. 19:41Yes 53:9
Yoh. 19:42Yoh 19:14
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
  • 25
  • 26
  • 27
  • 28
  • 29
  • 30
  • 31
  • 32
  • 33
  • 34
  • 35
  • 36
  • 37
  • 38
  • 39
  • 40
  • 41
  • 42
Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
Yohanes 19:1-42

Berita Baik yang Disampaikan oleh Yohanes

19 Kemudian, Pilatus menyuruh orang membawa Yesus untuk dicambuk.+ 2 Askar-askar membuat sebuah mahkota daripada duri dan meletakkannya di atas kepala Yesus. Mereka mengenakan jubah luar yang berwarna ungu padanya.+ 3 Mereka datang kepadanya berkali-kali dan berkata, “Salam sejahtera, hai Raja orang Yahudi!” Mereka juga menampar mukanya berulang kali.+ 4 Pilatus keluar lagi dan berkata kepada orang ramai, “Lihatlah! Aku membawa dia keluar, supaya kamu tahu bahawa aku tidak dapat mencari kesalahannya.”+ 5 Semasa Yesus keluar dengan memakai mahkota duri dan jubah ungu itu, Pilatus berkata kepada mereka, “Lihatlah lelaki ini!” 6 Tetapi apabila ketua-ketua imam dan para pengawal nampak dia, mereka menjerit, “Bunuhlah dia pada tiang! Bunuhlah dia pada tiang!”+ Pilatus berkata kepada mereka, “Kamu sendirilah yang membawanya untuk dihukum bunuh, kerana aku tidak dapat mencari kesalahannya.”+ 7 Orang Yahudi di situ berkata, “Kami mempunyai hukum, dan menurut hukum kami, dia harus mati+ kerana dia mengaku dirinya sebagai anak Tuhan.”+

8 Apabila Pilatus mendengar kata-kata mereka, dia menjadi lebih takut. 9 Maka dia masuk semula ke dalam kediaman gabenor dan bertanya kepada Yesus, “Kamu berasal dari mana?” Tetapi Yesus tidak menjawab.+ 10 Maka Pilatus berkata kepadanya, “Adakah kamu tidak mahu bercakap kepada aku? Tidakkah kamu tahu bahawa aku berkuasa untuk membebaskan kamu atau menghukum bunuh kamu?” 11 Yesus menjawab, “Kamu sama sekali tidak berkuasa atas diriku kecuali Tuhan memberikan kuasa itu kepadamu. Itulah sebabnya orang yang menyerahkan aku kepadamu menanggung dosa yang lebih besar.”

12 Oleh itu, Pilatus berusaha mencari jalan untuk membebaskannya. Tetapi orang Yahudi berseru, “Jika tuan membebaskan lelaki ini, tuan bukanlah sahabat Kaisar.* Setiap orang yang menjadikan dirinya raja sedang menentang Kaisar.”+ 13 Selepas mendengar kata-kata itu, Pilatus membawa Yesus keluar lalu duduk di kerusi pengadilan di tempat yang bernama Lantai Batu. Dalam bahasa Ibrani nama tempat itu ialah Gabata. 14 Waktu itu kira-kira jam 12 tengah hari,* dan hari itu ialah hari Persiapan+ untuk Paska. Pilatus berkata kepada orang Yahudi, “Lihatlah! Raja kamu!” 15 Tetapi mereka menjerit lagi, “Bunuhlah dia! Bunuhlah dia! Bunuhlah dia pada tiang!” Pilatus berkata kepada mereka, “Patutkah aku menghukum bunuh raja kamu?” Ketua-ketua imam menjawab, “Kami tidak mempunyai raja lain kecuali Kaisar.” 16 Maka dia menyerahkan Yesus kepada mereka untuk dihukum bunuh pada tiang.+

Mereka pun membawa Yesus pergi. 17 Sambil memikul tiang seksaan,* Yesus pergi ke tempat yang dipanggil Tempat Tengkorak.+ Nama tempat ini dalam bahasa Ibrani ialah Golgota.+ 18 Di situ, mereka memakukan Yesus pada tiang+ bersama-sama dua orang lagi, seorang di sebelah kanannya dan seorang lagi di sebelah kirinya.+ 19 Pilatus juga menulis pada sebuah papan, “Yesus, orang Nasaret, Raja orang Yahudi,” lalu meletakkan papan itu pada tiang seksaan.*+ 20 Banyak orang Yahudi membacanya kerana tempat Yesus dipakukan pada tiang berdekatan kota Yerusalem; tulisan itu terdapat dalam bahasa Ibrani, Latin, dan Yunani. 21 Ketua-ketua imam orang Yahudi berkata kepada Pilatus, “Janganlah tulis, ‘Raja orang Yahudi,’ tetapi tulislah, ‘Orang ini berkata: Aku Raja orang Yahudi.’” 22 Pilatus menjawab, “Apa yang sudah aku tulis muktamad.”

23 Selepas askar-askar memakukan Yesus pada tiang, mereka mengambil jubah luarnya dan membahagikannya menjadi empat bahagian agar setiap askar mendapat satu bahagian. Mereka juga mengambil jubah dalamnya. Tetapi jubah dalamnya diperbuat daripada sehelai kain yang ditenun dari atas sampai ke bawah tanpa jahitan. 24 Maka mereka berkata kepada satu sama lain, “Janganlah kita mengoyakkan jubah ini. Marilah kita buang undi untuk menentukan siapa yang patut memilikinya.”+ Hal ini berlaku supaya apa yang tertulis menjadi kenyataan: “Mereka membahagi-bahagikan jubah luarku dan membuang undi untuk jubah dalamku.”+ Demikianlah yang dilakukan oleh askar-askar itu.

25 Ibu Yesus,+ adik perempuan ibunya, Maria isteri Klopas, dan Maria Magdalena,+ berdiri dekat tiang seksaan* Yesus. 26 Semasa Yesus nampak ibunya dan murid yang dikasihinya+ berdiri di situ, dia berkata kepada ibunya, “Ibu,* lihatlah! Mulai sekarang dialah anakmu!” 27 Kemudian dia berkata kepada murid itu, “Lihatlah! Mulai sekarang dialah ibumu!” Sejak itu, ibu Yesus dibawa oleh murid tersebut untuk tinggal di rumahnya sendiri.

28 Yesus tahu bahawa sekarang semuanya sudah selesai. Agar apa yang tertulis menjadi kenyataan, dia berkata, “Aku dahaga.”+ 29 Di situ ada sebuah bekas yang penuh dengan wain masam. Maka mereka meletakkan sebuah span yang penuh dengan wain masam pada sebatang kayu,* lalu menghulurkan span itu ke mulutnya.+ 30 Selepas merasai wain masam itu, Yesus berkata, “Sudah selesai!”+ Setelah itu dia menundukkan kepala lalu menghembuskan nafasnya yang terakhir.+

31 Hari itu ialah hari Persiapan,+ dan orang Yahudi tidak mahu mayat orang mati masih berada pada tiang seksaan+ pada hari Sabat (kerana hari Sabat itu ialah hari Sabat yang istimewa).+ Jadi orang Yahudi memohon kepada Pilatus supaya kaki semua orang yang digantungkan itu dipatahkan dan mayat mereka diturunkan. 32 Oleh itu askar-askar pergi mematahkan kaki kedua-dua orang yang dihukum bunuh pada tiang di sebelah Yesus. 33 Tetapi apabila mereka sampai kepada Yesus, mereka nampak bahawa dia sudah meninggal. Oleh itu mereka tidak mematahkan kakinya. 34 Namun, salah seorang askar menusukkan tombaknya ke bahagian rusuk Yesus,+ dan pada saat itu juga darah dan air keluar. 35 Dia yang melihat peristiwa itu telah memberikan kesaksian, dan kesaksiannya benar. Orang itu tahu bahawa apa yang dikatakannya itu benar, agar kamu juga percaya.+ 36 Hal ini berlaku supaya apa yang tertulis menjadi kenyataan: “Tidak ada satu pun daripada tulangnya akan dipatahkan.”*+ 37 Ada juga ayat lain yang menyatakan: “Mereka akan memandang dia yang telah ditusuk oleh mereka.”+

38 Setelah peristiwa-peristiwa itu berlaku, Yusuf dari Arimatea meminta kebenaran Pilatus untuk mengambil mayat Yesus. Pilatus mengizinkannya, lalu Yusuf pergi mengambil mayat Yesus.+ Yusuf ialah murid Yesus, tetapi dia tidak memberitahu orang lain tentang hal itu kerana dia takut akan orang Yahudi.+ 39 Nikodemus,+ yang dahulunya pernah datang kepada Yesus pada waktu malam, juga pergi ke situ. Dia membawa campuran* mur dan gaharu yang beratnya kira-kira 30 kilogram.*+ 40 Mereka mengambil mayat Yesus lalu membalutnya dengan kain linen bersama dengan ramuan wangi,+ menurut adat pengebumian orang Yahudi. 41 Di tempat Yesus dihukum bunuh ada sebuah taman. Di dalam taman itu terdapat sebuah makam baharu+ yang belum pernah digunakan. 42 Oleh sebab makam ini dekat dan hari itu ialah hari Persiapan+ orang Yahudi, mereka meletakkan mayat Yesus di situ.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi