PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Matius 27:57-60
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 57 Pada waktu petang, seorang lelaki kaya dari Arimatea yang bernama Yusuf datang. Dia juga murid Yesus.+ 58 Dia pergi kepada Pilatus dan meminta mayat Yesus.+ Maka Pilatus memberikan perintah agar mayat Yesus diberikan kepadanya.+ 59 Yusuf mengambil mayat Yesus, membalutnya dengan kain linen bersih yang bermutu tinggi,+ 60 lalu meletakkan mayat Yesus dalam makam baharunya+ yang telah digali di bukit batu. Kemudian, dia menggulingkan sebuah batu besar ke depan pintu masuk makam lalu beredar dari situ.

  • Markus 15:43-46
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 43 Yusuf dari Arimatea datang ke situ. Dia seorang ahli Majlis Orang Yahudi yang dihormati, dan dia juga sedang menantikan Kerajaan Tuhan. Dengan berani, dia menghadap Pilatus dan meminta mayat Yesus.+ 44 Tetapi Pilatus ingin tahu sama ada Yesus sudah mati. Jadi, dia memanggil pegawai tenteranya dan bertanya sama ada Yesus sudah mati atau tidak. 45 Setelah mendapatkan pengesahan daripada pegawai tentera itu, dia mengizinkan Yusuf mengambil mayat Yesus. 46 Yusuf membeli kain linen yang bermutu tinggi dan menurunkan mayat Yesus. Kemudian, dia membalutnya dengan kain linen itu dan meletakkan mayat Yesus ke dalam sebuah makam+ yang digali di bukit batu. Selepas itu, dia menggulingkan sebuah batu ke depan pintu masuk makam.+

  • Yohanes 19:38
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 38 Setelah peristiwa-peristiwa itu berlaku, Yusuf dari Arimatea meminta kebenaran Pilatus untuk mengambil mayat Yesus. Pilatus mengizinkannya, lalu Yusuf pergi mengambil mayat Yesus.+ Yusuf ialah murid Yesus, tetapi dia tidak memberitahu orang lain tentang hal itu kerana dia takut akan orang Yahudi.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi