PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Matius 9:3, 4
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 3 Beberapa orang jurutulis hukum di situ berkata sesama sendiri, “Orang ini menghina Tuhan.” 4 Yesus tahu apa yang bermain dalam fikiran mereka.+ Maka dia berkata, “Mengapakah kamu memikirkan hal-hal yang jahat?

  • Markus 2:6-8
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 6 Beberapa orang jurutulis hukum yang duduk di situ berfikir,+ 7 “Mengapakah dia berkata demikian? Dia sedang menghina Tuhan. Tiada seorang pun yang boleh mengampunkan dosa kecuali Tuhan.”+ 8 Tetapi dengan serta-merta, Yesus mengetahui apa yang sedang difikirkan oleh mereka. Maka dia berkata, “Mengapakah kamu memikirkan hal-hal sebegini?+

  • Yohanes 1:47, 48
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 47 Apabila Yesus melihat Natanael berjalan ke arahnya, dia berkata tentangnya, “Lihatlah, orang Israel sejati yang hatinya bebas daripada tipu daya.”+ 48 Natanael berkata, “Bagaimanakah Tuan mengenal aku?” Yesus menjawab, “Sebelum Filipus memanggil kamu, aku sudah nampak kamu di bawah pokok ara itu.”

  • Yohanes 6:64
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 64 Namun, ada beberapa orang antara kamu yang tidak percaya.” Dari mula lagi, Yesus sudah tahu siapa yang tidak percaya dan siapa yang akan mengkhianatinya.+

  • Wahyu 2:23
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 23 Aku akan membunuh anak-anaknya dengan penyakit yang membawa maut agar semua sidang mengetahui bahawa akulah dia yang menyelidiki hati dan fikiran manusia yang tersembunyi.* Aku akan membalas kamu menurut perbuatan kamu masing-masing.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi