PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Kejadian 41:40-46
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 40 Oleh itu, kamulah yang akan diberi kuasa atas rumah beta, dan semua rakyat beta akan mematuhi segala perintahmu.+ Betalah satu-satunya orang yang lebih berkuasa daripada kamu kerana betalah raja.” 41 Firaun berkata lagi kepada Yusuf, “Lihatlah! Beta melantik kamu untuk mengurus seluruh negeri Mesir.”+ 42 Lalu Firaun menanggalkan cincin mohor dari jarinya dan menyarungkannya pada jari Yusuf. Firaun juga mengenakan pakaian linen yang bermutu tinggi padanya dan mengalungkan rantai emas pada lehernya. 43 Selain itu, Firaun juga menyuruh Yusuf menaiki kereta kuda diraja yang kedua dan menyuruh orang berjalan di hadapannya sambil berseru, “Avrekh!”* Demikianlah Firaun melantik Yusuf untuk mengurus seluruh negeri Mesir.

      44 Firaun berkata kepada Yusuf, “Betalah Firaun, tetapi tanpa kebenaran kamu, tidak ada seorang pun yang boleh melakukan apa-apa di seluruh negeri Mesir.”+ 45 Selepas itu, Firaun memberi Yusuf nama Zafenat-paneah dan mengahwinkannya dengan Asenat,+ anak perempuan Potifera, iaitu imam di On.* Yusuf pun mula mengurus* seluruh negeri Mesir.+ 46 Yusuf berumur 30 tahun+ semasa dia menghadap* Firaun, raja negeri Mesir.

      Selepas itu, Yusuf meninggalkan Firaun lalu pergi menjelajahi seluruh negeri Mesir.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi