PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Imamat 11:4
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 4 “‘Tetapi kamu tidak boleh makan binatang yang hanya memamah biak atau yang hanya mempunyai kuku yang terbelah sepenuhnya. Jangan makan unta kerana unta memamah biak tetapi tidak mempunyai kuku yang terbelah sepenuhnya. Binatang itu harus dianggap haram.+

  • Imamat 11:13-20
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 13 “‘Inilah makhluk terbang yang harus dianggap sebagai sesuatu yang menjijikkan dan tidak boleh dimakan: Burung rajawali,+ burung helang laut, burung nasar,+ 14 burung lang merah dan semua jenis burung lang hitam, 15 semua jenis burung gagak, 16 burung unta, burung hantu, burung camar, semua jenis burung falkon, 17 burung hantu kecil, burung hantu bertelinga panjang, burung dendang air, 18 burung swan, burung undan, burung hering, 19 burung bangau, semua jenis burung pucung, burung hudhud, dan kelawar. 20 Semua jenis serangga bersayap yang boleh merayap merupakan sesuatu yang haram bagi kamu.

  • Imamat 20:25
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 25 Kamu mesti tahu membezakan binatang dan burung yang haram daripada yang tidak haram.+ Jangan menajiskan diri dengan memakan binatang atau burung atau apa-apa yang merayap atau menjalar, yang telah Aku nyatakan sebagai haram.+

  • Ulangan 14:3
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 3 “Jangan makan apa-apa yang dianggap najis.+

  • Ulangan 14:19
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 19 Semua jenis serangga bersayap yang hidup berkelompok juga merupakan sesuatu yang haram bagi kamu dan tidak boleh dimakan.

  • Yehezkiel 4:14
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 14 Tetapi aku berkata, “Ya Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, janganlah suruh aku berbuat demikian! Sejak masa mudaku, aku tidak pernah menajiskan diri dengan memakan bangkai binatang atau daging binatang yang mati diterkam.+ Aku juga tidak pernah makan daging yang dianggap najis.”*+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi