-
Lukas 23:13-15Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
13 Setelah itu, Pilatus mengumpulkan ketua-ketua imam, para pemimpin, dan orang ramai. 14 Dia berkata kepada mereka, “Kamu membawa lelaki ini kepada aku dan mengatakan bahawa dia menghasut orang untuk memberontak. Tetapi lihatlah! Aku sudah menyoal dia di hadapan kamu, tetapi aku mendapati semua tuduhan yang kamu lontarkan itu tidak berasas.+ 15 Sebenarnya, Herodes juga mendapati bahawa dia tidak bersalah lalu menghantarnya kembali kepada kami. Dia tidak melakukan apa-apa yang membuatnya patut dihukum mati.
-