23Mereka semua berdiri dan membawa Yesus menghadap Pilatus.+2 Mereka mula menuduh dia+ dengan berkata, “Kami mendapati bahawa lelaki ini menyesatkan bangsa kami. Dia melarang orang membayar cukai kepada Kaisar+ dan mengatakan bahawa dia ialah Kristus, seorang raja.”+
12 Oleh itu, Pilatus berusaha mencari jalan untuk membebaskannya. Tetapi orang Yahudi berseru, “Jika tuan membebaskan lelaki ini, tuan bukanlah sahabat Kaisar.* Setiap orang yang menjadikan dirinya raja sedang menentang Kaisar.”+