-
1 Korintus 16:1Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
16 Berkenaan wang yang dikumpulkan untuk umat suci Tuhan,+ kamu boleh mengikut arahan yang telah aku berikan kepada sidang-sidang di Galatia.
-
-
2 Korintus 8:1-4Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
8 Saudara-saudara, kami ingin kamu tahu tentang kebaikan hati Tuhan yang unggul yang telah diberikan kepada sidang-sidang di Makedonia.+ 2 Semasa diuji dengan kesusahan yang amat berat, mereka masih sangat bersukacita. Biarpun mereka amat miskin, mereka sangat murah hati.* 3 Aku dapat memberikan kesaksian bahawa mereka memberi mengikut kemampuan mereka,+ bahkan melebihi kemampuan mereka.+ 4 Atas kehendak sendiri, mereka terus merayu kepada kami dengan bersungguh-sungguh supaya diberi penghormatan untuk memberikan sumbangan dan mengambil bahagian untuk membantu umat suci Tuhan.+
-
-
2 Korintus 9:2Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
2 kerana aku tahu bahawa kamu rela membantu. Aku membanggakan kamu di hadapan orang Kristian di Makedonia. Aku memberitahu mereka bahawa sudah setahun kamu semua yang berada di Akhaya bersedia untuk membantu. Semangat kamu yang membara sudah menyemarakkan semangat kebanyakan daripada mereka.
-
-
2 Korintus 9:12Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
12 Hal ini demikian kerana bantuan yang kamu berikan secara melimpah itu bukan sahaja akan memenuhi keperluan umat suci Tuhan,+ malah akan menyebabkan banyak ucapan syukur diberikan kepada Tuhan.
-