-
1 Korintus 16:1Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
16 Berkenaan wang yang dikumpulkan untuk umat suci Tuhan,+ kamu boleh mengikut arahan yang telah aku berikan kepada sidang-sidang di Galatia.
-
-
2 Korintus 9:1, 2Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
9 Sebenarnya aku tidak perlu menulis kepada kamu tentang bantuan* yang diberikan kepada umat suci Tuhan,+ 2 kerana aku tahu bahawa kamu rela membantu. Aku membanggakan kamu di hadapan orang Kristian di Makedonia. Aku memberitahu mereka bahawa sudah setahun kamu semua yang berada di Akhaya bersedia untuk membantu. Semangat kamu yang membara sudah menyemarakkan semangat kebanyakan daripada mereka.
-