PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Kejadian 24:2, 3
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 2 Pada suatu hari, Abraham berkata kepada hamba yang paling tua dalam rumah tangganya, iaitu hamba yang mengurus segala hartanya,+ “Letakkanlah tanganmu di bawah pahaku* 3 dan bersumpahlah di hadapan Yehuwa, Tuhan yang berkuasa atas syurga dan bumi, bahawa kamu tidak akan mencari seorang gadis dari negeri yang aku tinggal ini, iaitu gadis Kanaan, untuk dijadikan isteri kepada anakku.+

  • Ulangan 7:3, 4
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 3 Jangan menjalin ikatan perkahwinan dengan mereka. Jangan mengahwinkan anak perempuan kamu dengan anak lelaki mereka, dan jangan mengambil anak perempuan mereka untuk dijadikan isteri anak lelaki kamu.+ 4 Hal ini demikian kerana mereka akan menyebabkan anak-anak lelaki kamu menyembah tuhan-tuhan lain.+ Jika hal ini berlaku, Yehuwa pasti akan murka terhadap kamu dan membinasakan kamu dengan serta-merta.+

  • Nehemia 13:25, 26
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 25 Maka aku menegur orang Yahudi itu dan mengutuk mereka. Aku juga memukul beberapa orang dalam kalangan mereka+ dan mencabut rambut mereka lalu aku menyuruh mereka bersumpah demi Tuhan. Aku berkata, “Kamu tidak boleh mengahwinkan anak perempuan kamu dengan anak lelaki mereka. Kamu dan anak lelaki kamu juga tidak boleh berkahwin dengan anak perempuan mereka.+ 26 Bukankah Salomo, raja Israel, berdosa kerana hal ini juga? Dalam kalangan bangsa-bangsa lain, tidak ada seorang raja pun yang setanding dia.+ Dia dikasihi oleh Tuhannya,+ dan Tuhannya menjadikan dia raja atas seluruh Israel. Walaupun begitu, isteri-isterinya yang berbangsa asing telah menyebabkan dia berdosa.+

  • 2 Korintus 6:14
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi