-
Roma 15:26, 27Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
26 Saudara-saudara di Makedonia dan Akhaya dengan sukacita berkongsi milik mereka dengan memberikan sumbangan kepada orang miskin dalam kalangan umat suci di Yerusalem.+ 27 Mereka memang berbuat demikian dengan sukacita, tetapi sebenarnya mereka berhutang kepada umat suci Tuhan di Yerusalem. Oleh sebab bangsa-bangsa lain telah menerima berkat rohani daripada umat suci Tuhan di Yerusalem, mereka juga wajib menyumbangkan harta milik mereka untuk membantu umat suci Tuhan di Yerusalem.+
-
-
Galatia 6:6Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
6 Selain itu, hendaklah sesiapa yang diajar tentang firman Tuhan mengongsi semua perkara baik dengan orang yang menyampaikan ajaran itu.+
-
-
Filipi 4:15-17Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
15 Sebenarnya, kamu semua yang berada di Filipi juga tahu bahawa setelah kamu mula mempelajari berita baik, dan ketika aku meninggalkan Makedonia, tiada satu sidang pun selain kamu yang membantu aku atau menerima bantuan daripadaku.+ 16 Semasa aku di Tesalonika, kamu telah mengirim bantuan untuk memenuhi keperluanku, bukan hanya sekali tetapi sebanyak dua kali. 17 Perkara yang benar-benar aku ingini bukanlah pemberian kamu. Sebaliknya, aku menginginkan berkat yang akan membawa lebih banyak keuntungan* ke dalam akaun kamu.
-