-
1 Korintus 9:11, 12Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
11 Jika kami menanam perkara-perkara rohani dalam kalangan kamu, adakah kami keterlaluan jika kami menuai bantuan kebendaan daripada kamu?+ 12 Jika orang lain berhak untuk menerima bantuan kebendaan daripada kamu, tidakkah kami lebih berhak daripada mereka? Walaupun begitu, kami tidak menggunakan hak itu.+ Sebaliknya, kami menanggung segala sesuatu dengan tabah supaya kami tidak menghalang penyebaran berita baik tentang Kristus.+
-
-
2 Korintus 11:9Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
9 Semasa aku bersama kamu, aku tidak memiliki apa yang aku perlukan. Namun aku tidak menjadi beban kepada sesiapa pun, kerana saudara-saudara yang datang dari Makedonia telah memberikan apa yang aku perlukan secara melimpah.+ Aku memastikan bahawa aku tidak membebani kamu dalam apa jua cara, dan aku akan terus berbuat demikian.+
-