PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 1 Timotius 4:1
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 4 Namun, firman yang diilhami Tuhan menyatakan dengan jelas bahawa akan tiba suatu jangka masa apabila sesetengah orang akan menyangkal iman, kerana mereka menumpukan perhatian kepada ajaran roh-roh jahat dan kepada pernyataan yang menyesatkan+ yang diilhami oleh roh-roh jahat.*

  • 2 Timotius 2:16-18
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 16 Tetapi janganlah mendengar kata-kata kosong yang mencemari hal-hal yang suci,+ kerana kata-kata sedemikian akan menyebabkan orang menjadi semakin jauh daripada Tuhan, 17 dan kata-kata sedemikian akan merebak seperti penyakit gangren.* Himeneus dan Filitus termasuk antara mereka yang menyebarkan kata-kata demikian.+ 18 Mereka berdua sudah menyimpang daripada kebenaran dan mengatakan bahawa pembangkitan sudah berlaku.+ Mereka menghancurkan iman sesetengah orang.

  • 2 Timotius 4:3
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 3 Hal ini demikian kerana akan tiba suatu jangka masa apabila orang tidak akan mendengarkan ajaran yang sihat.*+ Tetapi mereka akan menuruti keinginan sendiri dan mengumpulkan guru-guru yang akan menggeletek telinga mereka.*+

  • 2 Petrus 2:1
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 2 Pada masa dahulu, ada nabi-nabi palsu yang muncul dalam kalangan umat Tuhan. Begitu juga, guru-guru palsu akan muncul dalam kalangan kamu.+ Secara diam-diam, mereka akan memperkenalkan kumpulan agama yang membinasakan. Mereka bahkan akan menyangkal tuan mereka yang telah membeli mereka.+ Dengan demikian, mereka mendatangkan kemusnahan yang akan menimpa diri mereka sendiri secara mendadak.

  • 1 Yohanes 2:18, 19
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 18 Anak-anak yang dikasihi, sekaranglah waktu yang terakhir. Kamu pernah mendengar bahawa musuh Kristus* akan datang.+ Banyak musuh Kristus sudah pun muncul,+ maka kita tahu bahawa sekaranglah waktu yang terakhir. 19 Mereka sudah meninggalkan kita kerana mereka tidak termasuk dalam golongan kita.+ Jika mereka termasuk dalam golongan kita, tentu mereka akan tetap bersama-sama kita. Tetapi mereka meninggalkan kita, maka nyatalah bahawa bukan semua orang termasuk dalam golongan kita.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi