-
1 Timotius 1:3, 4Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
3 Sepertimana aku pernah menggalakkan kamu untuk tinggal di Efesus semasa aku hendak pergi ke Makedonia, sekarang aku juga menggalakkan kamu untuk melakukan hal yang sama, agar kamu dapat memberikan perintah kepada orang tertentu supaya tidak menyebarkan ajaran yang berbeza 4 dan tidak memberikan perhatian kepada cerita-cerita palsu+ dan pertikaian tentang salasilah keluarga. Semua itu sia-sia belaka,+ dan hanya menimbulkan persoalan, serta tidak berkaitan dengan pemberian Tuhan yang disediakan untuk menguatkan iman kita.
-
-
1 Timotius 6:3-5Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
3 Jika sesiapa mengajarkan ajaran lain dan tidak bersetuju dengan ajaran sihat* yang datang daripada Tuan kita,+ Yesus Kristus, atau jika sesiapa tidak bersetuju dengan ajaran yang selaras dengan pengabdian kepada Tuhan,+ 4 dia seorang yang angkuh dan tidak memahami apa-apa.+ Dia tergila-gilakan pertikaian dan perdebatan tentang kata-kata.+ Hal-hal itu menimbulkan sikap iri hati, perkelahian, fitnah,* kecurigaan, 5 dan pertengkaran yang tidak habis-habis tentang perkara remeh, yang dicetuskan oleh orang yang rosak fikirannya+ dan yang tidak lagi memahami kebenaran. Mereka berfikir bahawa pengabdian kepada Tuhan merupakan cara untuk meraih keuntungan.+
-