30 Yesus bertanya kepadanya, “Siapakah nama kamu?” Dia menjawab, “Namaku Legiun,”* kerana dia telah dirasuk banyak roh jahat. 31 Roh-roh itu merayu berkali-kali agar Yesus tidak menghalau mereka ke jurang yang dalam.*+
4 Malaikat-malaikat yang berdosa tidak terlepas daripada hukuman Tuhan.+ Dia melemparkan mereka ke dalam Tartarus*+ dan merantai mereka dalam kegelapan yang pekat* untuk menahan mereka sehingga hukuman mereka dilaksanakan.+