PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Yesaya 13:6
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  6 Meraunglah kerana hari Yehuwa sudah dekat!

      Pada hari itu, Tuhan Yang Maha Kuasa akan mendatangkan kebinasaan.+

  • Yeremia 25:33
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 33 “‘Pada hari itu, mayat orang yang dibunuh oleh Yehuwa akan bergelimpangan dari satu hujung bumi ke hujung bumi yang lain. Mereka tidak akan diratapi atau dikumpulkan atau dikuburkan, tetapi akan dibiarkan di atas permukaan tanah seperti baja.’

  • Yehezkiel 30:3
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    •  3 Ya, hari itu sudah dekat. Hari Yehuwa sudah dekat!+

      Pada hari itu, awan gelap akan kelihatan.+ Itulah waktu yang ditentukan untuk bangsa-bangsa.+

  • Yoel 1:15
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 15 Hari Yehuwa sudah dekat!+

      Ya, hari itu akan datang!

      Tuhan Yang Maha Kuasa akan membawa kebinasaan!

  • Yoel 2:1
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 2 “Tiuplah trompet* di Sion!+

      Teriakkanlah laungan peperangan di gunung suci Tuhan.

      Biarlah semua penduduk bumi gementar,

      Kerana hari Yehuwa akan datang!+ Ya, hari itu sudah dekat!

  • Yoel 2:11
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 11 Dengan suara yang lantang, Yehuwa akan memberikan perintah kepada tentera-Nya+ yang tidak terhitung bilangannya.+

      Dia sangat berkuasa dan Dia akan melaksanakan segala yang difirmankan-Nya.

      Hari Yehuwa sungguh hebat dan menakutkan!+

      Siapakah yang dapat bertahan apabila hari itu tiba?”+

  • Zefanya 1:15
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 15 Itulah hari kemurkaan dan kemusnahan,+

      Hari kesusahan dan kegelisahan,+

      Hari yang gelap dan suram,

      Hari yang mendung dan kelam.+

      Pada hari itu, ribut akan melanda.+

  • 2 Petrus 3:11, 12
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 11 Memandangkan semua itu akan dimusnahkan dengan cara sedemikian, fikirkanlah bagaimana kamu seharusnya hidup. Kamu seharusnya berkelakuan suci dan melakukan hal-hal yang menunjukkan bahawa kamu mengabdikan diri kepada Tuhan. 12 Hendaklah kamu berbuat demikian sementara kamu menantikan dan sentiasa mengingat akan* kehadiran hari Yehuwa.*+ Pada hari itu, langit akan lenyap+ dalam nyala api, dan unsur-unsur di langit dan di bumi akan lebur kerana bahang api yang terlalu panas.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi