Amsal
14 Wanita yang benar-benar bijak membina rumah tangganya,+
Tetapi wanita yang bodoh meruntuhkan rumah tangganya dengan tangannya sendiri.
2 Orang yang mengikut haluan yang benar takut akan Yehuwa,
Tetapi orang yang jalannya berbelat-belit* membenci-Nya.
3 Kata-kata orang bijak akan melindungi mereka,
Tetapi kata-kata angkuh orang bodoh menimbulkan kesusahan.*
4 Tanpa lembu, kandang akan bersih,
Tetapi dengan kekuatan lembu, hasil yang melimpah akan dituai.
5 Saksi yang setia tidak akan berbohong,
Tetapi saksi yang palsu terus-menerus menipu.+
6 Orang yang angkuh* mencari kebijaksanaan tetapi tidak menjumpainya,
Namun orang yang berpengertian memperoleh pengetahuan dengan mudah.+
7 Jauhkanlah diri daripada orang bodoh,
Kerana kamu tidak akan memperoleh pengetahuan daripadanya.+
8 Orang yang cerdik mengetahui hala tujunya kerana dia mempunyai kebijaksanaan,
Tetapi orang bodoh diperdaya oleh* kebodohan mereka sendiri.+
10 Kedukaan seseorang dirasakannya sendiri,
Dan tiada sesiapa pun yang benar-benar dapat merasai sukacitanya.
11 Rumah orang jahat akan dimusnahkan,+
Tetapi khemah orang baik akan menjadi makmur.
13 Di sebalik gelak ketawa, hati mungkin terasa pedih,
Dan sukacita mungkin berakhir dengan dukacita.
14 Orang baik menuai berkat daripada perbuatannya,+
Tetapi orang yang tidak setia akan menuai akibat daripada haluannya.+
15 Orang yang tidak berpengalaman percaya kepada setiap kata orang,
Tetapi orang yang bijak merenungkan setiap langkahnya.+
16 Orang bijak berwaspada dan berpaling daripada kejahatan,
Tetapi orang bodoh bersikap cuai* dan terlalu yakin.
17 Orang yang lekas marah bertindak dengan bodoh,+
Tetapi orang yang menggunakan keupayaan untuk berfikir dibenci.
18 Orang yang tidak berpengalaman pasti akan bertindak bodoh,
Tetapi orang yang bijak dikurniai pengetahuan.+
19 Orang yang keji terpaksa bersujud di hadapan orang baik,
Dan orang jahat akan bersujud di pintu gerbang orang yang melakukan apa yang benar.
21 Seseorang berdosa jika dia membenci orang lain,
Tetapi seseorang akan bergembira jika dia berbelas kasihan terhadap orang yang lemah.+
22 Sesungguhnya orang yang merancang kejahatan akan disesatkan,
Tetapi orang yang suka berbuat baik akan dikasihi* dan dipercayai.+
23 Setiap kerja keras membawa kebaikan,
Tetapi kata-kata kosong menyebabkan orang berkekurangan.+
24 Kebijaksanaan bagaikan mahkota dan kekayaan bagi orang yang bijak,
Tetapi kebodohan orang yang dungu mengakibatkan lebih banyak perbuatan yang bodoh.+
25 Saksi yang benar menyelamatkan nyawa,
Tetapi saksi yang tidak jujur suka menipu.
26 Orang yang takut akan Yehuwa, mempercayai-Nya dengan sepenuh hati,+
Dan anak-anak orang sedemikian akan mendapat perlindungan.+
27 Takut akan Yehuwa merupakan sumber kehidupan,
Kerana seseorang dapat menghindari jerat maut.
28 Rakyat yang banyak menjadi keagungan raja;+
Tanpa rakyat berakhirlah kuasa pemerintah.
29 Orang yang sangat berpengertian lambat naik marah,+
Tetapi orang yang cepat marah mempamerkan kebodohannya.+
30 Hati yang tenang menyihatkan badan,
Tetapi kecemburuan bagaikan penyakit yang mereputkan tulang.+
31 Orang yang memperdaya orang miskin menghina Penciptanya,+
Tetapi orang yang berbelas kasihan terhadap orang miskin memuliakan Penciptanya.+
32 Orang jahat akan binasa kerana kejahatannya sendiri,
Tetapi orang baik akan dilindungi kerana kesetiaannya.+
33 Orang yang berpengertian menyimpan kebijaksanaan dalam hatinya,+
Tetapi orang yang bodoh suka mempamerkan apa yang diketahuinya.
34 Sebuah bangsa menjadi makmur jika rakyatnya berbuat baik,+
Tetapi segenap rakyat akan mendapat malu jika ada yang berdosa.