PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Hakim-Hakim 20
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

Rangka Hakim-Hakim

      • Berperang melawan suku Benyamin (1-48)

Hakim-Hakim 20:1

Rujukan Silang

  • +Yos 19:47, 48; Hak 18:29
  • +Yos 22:9
  • +1Sa 7:5; 10:17; 2Ra 25:23

Hakim-Hakim 20:2

Rujukan Silang

  • +Hak 20:17; 2Sa 24:9

Hakim-Hakim 20:3

Rujukan Silang

  • +Hak 19:22

Hakim-Hakim 20:4

Rujukan Silang

  • +Hak 19:1, 2
  • +Hak 19:12, 14

Hakim-Hakim 20:5

Nota kaki

  • *

    Atau mungkin, “pemilik tanah.”

Rujukan Silang

  • +Hak 19:25, 26

Hakim-Hakim 20:6

Rujukan Silang

  • +Hak 19:29

Hakim-Hakim 20:7

Rujukan Silang

  • +Hak 19:30

Hakim-Hakim 20:9

Rujukan Silang

  • +Hak 20:18; Ams 16:33

Hakim-Hakim 20:13

Rujukan Silang

  • +Hak 19:22, 25
  • +Ul 13:5; 17:7; 22:22; 1Ko 5:6, 13

Hakim-Hakim 20:16

Nota kaki

  • *

    Senjata yang berupa tali, yang digunakan untuk melontar batu.

Hakim-Hakim 20:17

Rujukan Silang

  • +Hak 20:2

Hakim-Hakim 20:18

Rujukan Silang

  • +Kel 28:30; Bil 27:21; Hak 20:27

Hakim-Hakim 20:23

Rujukan Silang

  • +Hak 20:28

Hakim-Hakim 20:25

Rujukan Silang

  • +Hak 20:21

Hakim-Hakim 20:26

Rujukan Silang

  • +Hak 20:23
  • +2Ta 20:3; Ez 8:21
  • +Im 1:3
  • +Im 3:1

Hakim-Hakim 20:27

Rujukan Silang

  • +Bil 27:21; Hak 20:18

Hakim-Hakim 20:28

Nota kaki

  • *

    Harfiah, “sedang berdiri di hadapannya.”

Rujukan Silang

  • +Kel 6:25; Bil 25:7
  • +Hak 20:23

Hakim-Hakim 20:29

Rujukan Silang

  • +Yos 8:3, 4

Hakim-Hakim 20:30

Rujukan Silang

  • +Hak 20:20, 22

Hakim-Hakim 20:31

Rujukan Silang

  • +Hak 20:36
  • +Hak 20:39

Hakim-Hakim 20:32

Rujukan Silang

  • +Hak 20:21, 25

Hakim-Hakim 20:35

Rujukan Silang

  • +Hak 20:28, 48
  • +Hak 20:14, 15, 46

Hakim-Hakim 20:36

Rujukan Silang

  • +Hak 20:31
  • +Hak 20:29

Hakim-Hakim 20:39

Rujukan Silang

  • +Hak 20:31
  • +Hak 20:21, 25

Hakim-Hakim 20:44

Rujukan Silang

  • +Hak 20:15

Hakim-Hakim 20:45

Rujukan Silang

  • +Hak 21:13

Hakim-Hakim 20:46

Rujukan Silang

  • +Hak 20:15, 35

Lain

Hak. 20:1Yos 19:47, 48; Hak 18:29
Hak. 20:1Yos 22:9
Hak. 20:11Sa 7:5; 10:17; 2Ra 25:23
Hak. 20:2Hak 20:17; 2Sa 24:9
Hak. 20:3Hak 19:22
Hak. 20:4Hak 19:1, 2
Hak. 20:4Hak 19:12, 14
Hak. 20:5Hak 19:25, 26
Hak. 20:6Hak 19:29
Hak. 20:7Hak 19:30
Hak. 20:9Hak 20:18; Ams 16:33
Hak. 20:13Hak 19:22, 25
Hak. 20:13Ul 13:5; 17:7; 22:22; 1Ko 5:6, 13
Hak. 20:17Hak 20:2
Hak. 20:18Kel 28:30; Bil 27:21; Hak 20:27
Hak. 20:23Hak 20:28
Hak. 20:25Hak 20:21
Hak. 20:26Hak 20:23
Hak. 20:262Ta 20:3; Ez 8:21
Hak. 20:26Im 1:3
Hak. 20:26Im 3:1
Hak. 20:27Bil 27:21; Hak 20:18
Hak. 20:28Kel 6:25; Bil 25:7
Hak. 20:28Hak 20:23
Hak. 20:29Yos 8:3, 4
Hak. 20:30Hak 20:20, 22
Hak. 20:31Hak 20:36
Hak. 20:31Hak 20:39
Hak. 20:32Hak 20:21, 25
Hak. 20:35Hak 20:28, 48
Hak. 20:35Hak 20:14, 15, 46
Hak. 20:36Hak 20:31
Hak. 20:36Hak 20:29
Hak. 20:39Hak 20:31
Hak. 20:39Hak 20:21, 25
Hak. 20:44Hak 20:15
Hak. 20:45Hak 21:13
Hak. 20:46Hak 20:15, 35
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
  • 25
  • 26
  • 27
  • 28
  • 29
  • 30
  • 31
  • 32
  • 33
  • 34
  • 35
  • 36
  • 37
  • 38
  • 39
  • 40
  • 41
  • 42
  • 43
  • 44
  • 45
  • 46
  • 47
  • 48
Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
Hakim-Hakim 20:1-48

Hakim-Hakim

20 Maka semua orang Israel dari Dan+ sampai ke Beer-syeba, dan juga dari Gilead,+ datang ke Mizpa. Mereka dengan sehati sejiwa berhimpun di hadapan Yehuwa.+ 2 Para pemimpin dan semua suku Israel turut hadir dalam perhimpunan umat Tuhan. Semuanya berjumlah 400,000 orang askar yang berjalan kaki dan bersenjatakan pedang.+

3 Sementara itu, orang daripada suku Benyamin mendengar bahawa orang Israel telah pergi ke Mizpa.

Umat Israel berkata, “Beritahulah kami bagaimana perkara buruk itu terjadi.”+ 4 Orang Lewi itu,+ iaitu suami kepada perempuan yang dibunuh itu, menjawab, “Aku dan gundikku pergi ke Gibea+ di wilayah Benyamin dan hendak bermalam di situ. 5 Tetapi pada waktu malam penduduk* Gibea mengepung tempat penginapanku dan ingin menyerangku. Mereka berniat untuk membunuhku, tetapi kemudian mereka merogol gundikku sehingga dia mati.+ 6 Oleh sebab mereka telah melakukan perbuatan yang keji dan memalukan dalam kalangan umat Israel, aku mengambil mayat gundikku dan memotongnya menjadi beberapa potongan untuk dihantar ke setiap wilayah yang diwarisi oleh suku-suku Israel.+ 7 Sekarang, hai semua orang Israel, berikanlah nasihat dan cadangan+ kamu.”

8 Kemudian semua orang di situ berdiri dan berkata dengan sebulat suara, “Tidak seorang pun daripada kita akan pulang ke khemah atau ke rumah. 9 Inilah yang akan kita lakukan: Kita akan membuang undi untuk memilih orang yang akan pergi menyerang Gibea.+ 10 Dalam setiap suku Israel, kita akan memilih 10 orang daripada setiap 100 orang, 100 orang daripada setiap 1,000 orang, dan 1,000 orang daripada setiap 10,000 orang. Mereka akan menyediakan makanan untuk askar-askar yang pergi berperang. Biarlah penduduk Gibea di wilayah Benyamin dihukum atas perbuatan keji yang dilakukan oleh mereka dalam kalangan orang Israel.” 11 Demikianlah semua orang Israel berkumpul dan bersepakat untuk menyerang kota itu.

12 Kemudian suku-suku Israel mengutus orang untuk bertanya kepada suku Benyamin, “Kejahatan apakah yang telah berlaku dalam kalangan kamu? 13 Serahkanlah semua orang jahat dari Gibea+ itu supaya kami membunuh mereka dan membasmi kejahatan itu dari Israel.”+ Tetapi orang Benyamin enggan mendengarkan saudara-saudara mereka dari Israel.

14 Orang Benyamin keluar dari kota masing-masing lalu berkumpul di Gibea untuk menyerang orang Israel yang lain. 15 Pada hari itu, sebanyak 26,000 orang askar yang bersenjatakan pedang telah dikumpulkan dari kota-kota orang Benyamin. Selain itu, terdapat juga 700 orang askar terpilih dari Gibea. 16 Antara semua askar itu terdapat 700 orang yang kidal. Tiap-tiap orang itu cekap menghumban batu dengan menggunakan ali-ali,* dan tidak pernah meleset sedikit pun walaupun sasarannya cuma sehelai rambut.

17 Orang Israel pula (kecuali suku Benyamin) mengumpulkan 400,000 orang askar yang bersenjatakan pedang.+ Setiap askar itu merupakan pahlawan yang berpengalaman. 18 Orang Israel berangkat ke Bethel untuk bertanya kepada Tuhan,+ “Siapakah antara kami yang harus mengetuai serangan ke atas orang Benyamin?” Yehuwa menjawab, “Suku Yehuda.”

19 Selepas itu, orang Israel berangkat pada waktu pagi lalu berkhemah berhampiran dengan Gibea.

20 Orang Israel mengatur barisan tentera mereka di Gibea dan pergi menyerang suku Benyamin. 21 Pada hari itu, orang Benyamin keluar dari kota Gibea lalu membunuh 22,000 orang Israel. 22 Tetapi tentera Israel tidak takut. Mereka mengatur barisan tentera mereka sekali lagi di tempat yang sama seperti pada hari pertama. 23 Selain itu, orang Israel pergi ke Bethel dan menangis di hadapan Yehuwa sehingga malam. Mereka bertanya kepada Yehuwa, “Haruskah kami pergi berperang lagi dengan suku Benyamin, saudara kami itu?”+ Yehuwa menjawab, “Ya, pergilah.”

24 Semasa orang Israel menyerang suku Benyamin pada hari kedua, 25 orang Benyamin keluar dari kota Gibea untuk melawan mereka. Sebanyak 18,000 orang Israel+ yang bersenjatakan pedang telah dibunuh pada hari kedua. 26 Maka orang Israel pergi ke Bethel lagi, lalu duduk dan menangis di hadapan Yehuwa.+ Pada hari itu, mereka berpuasa+ sehingga malam dan mempersembahkan korban bakar+ dan korban pendamaian+ kepada Yehuwa. 27 Selepas itu mereka mengemukakan pertanyaan mereka kepada Yehuwa.+ (Pada masa itu, tabut perjanjian Tuhan berada di Bethel, 28 dan Pinehas+ anak Eleazar, iaitu cucu Harun, sedang menjalankan tugasnya di situ.*) Mereka bertanya, “Haruskah kami pergi berperang lagi dengan orang Benyamin, saudara kami itu, atau haruskah kami berhenti?”+ Yehuwa menjawab, “Pergilah, kerana esok Aku akan menyerahkan mereka ke dalam tangan kamu.” 29 Kemudian orang Israel menempatkan pasukan serangan hendap+ di sekitar kota Gibea.

30 Pada hari ketiga, orang Israel pergi menyerang orang Benyamin. Mereka mengatur barisan tentera untuk menyerang kota Gibea seperti yang dilakukan sebelumnya.+ 31 Apabila orang Benyamin keluar untuk melawan musuh, mereka diumpan sehingga menjauhi kota itu.+ Seperti dahulu, orang Benyamin menyerang dan membunuh beberapa orang askar Israel di jalan yang menuju ke Bethel dan di jalan yang menuju ke Gibea. Kira-kira 30 orang Israel mati dibunuh di kawasan terbuka itu.+ 32 Orang Benyamin berkata, “Kita sudah mengalahkan mereka seperti dahulu.”+ Tetapi orang Israel berkata, “Kita akan berundur dan mengumpan mereka agar mereka meninggalkan kota lalu pergi ke jalan.” 33 Maka orang Israel berangkat dari tempat masing-masing lalu mengatur barisan mereka di Baal-tamar. Pada masa itu, pasukan serangan hendap di sekitar Gibea meluru keluar dari tempat persembunyian. 34 Pertempuran yang sengit tercetus apabila 10,000 orang askar Israel yang terpilih menyerang Gibea. Tetapi orang Benyamin tidak tahu bahawa mereka bakal mengalami kekalahan.

35 Yehuwa mengalahkan suku Benyamin+ di hadapan orang Israel. Pada hari itu, orang Israel telah membunuh 25,100 orang askar Benyamin yang bersenjatakan pedang.+

36 Semasa orang Israel berundur, orang Benyamin menyangka bahawa mereka telah mengalahkan orang Israel.+ Tetapi sebenarnya orang Israel berundur kerana mereka berharap kepada pasukan serangan hendap yang berada di Gibea.+ 37 Pasukan serangan hendap itu segera bertindak untuk menyerang kota Gibea. Mereka pergi ke seluruh kota dan membunuh semua penduduknya dengan pedang.

38 Sebelum itu, orang Israel telah memberitahu pasukan serangan hendap bahawa mereka harus memberikan isyarat dari kota itu dengan menggunakan asap.

39 Sewaktu orang Israel berundur, orang Benyamin mula menyerang dan membunuh kira-kira 30 orang Israel.+ Kemudian mereka berkata, “Mereka kalah lagi seperti pertempuran yang lalu.”+ 40 Tetapi asap yang tebal mengepul naik dari kota itu. Apabila orang Benyamin menoleh ke belakang, mereka nampak seluruh kota mereka terbakar dan asapnya naik ke langit. 41 Ketika itu, orang Israel berpatah balik dan orang Benyamin pula berasa cemas kerana mereka sedar bahawa mereka akan dikalahkan. 42 Oleh itu, mereka berundur daripada tentera Israel lalu melarikan diri ke arah padang belantara. Tetapi mereka tidak dapat melepaskan diri daripada serangan angkatan tentera Israel. Tambahan lagi, askar-askar Israel di Gibea juga keluar untuk membunuh mereka. 43 Orang Israel mengepung orang Benyamin dan mengejar mereka tanpa henti. Mereka telah dikalahkan di hadapan kota Gibea, iaitu di sebelah timur kota itu. 44 Seramai 18,000 orang askar Benyamin yang gagah telah dibunuh.+

45 Orang Benyamin berundur dan melarikan diri ke bukit batu di Rimon, di padang belantara.+ Sebanyak 5,000 orang daripada mereka dibunuh di tengah jalan. Tentera Israel terus mengejar orang Benyamin sampai ke Gidom dan membunuh 2,000 orang lagi. 46 Pada hari itu, sebanyak 25,000 orang Benyamin telah dibunuh, semuanya pahlawan gagah yang bersenjatakan pedang.+ 47 Tetapi 600 orang melarikan diri ke bukit batu di Rimon, di padang belantara. Mereka tinggal di sana selama empat bulan.

48 Kemudian, orang Israel berpatah balik untuk menyerang orang Benyamin yang lain. Mereka membunuh semua penduduk kota dan ternakan dengan pedang, serta membakar semua kota yang dijumpai mereka.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi