Amsal
5 Hai anakku, berikanlah perhatian kepada kebijaksanaanku.
Dengarlah ajaranku dengan teliti supaya kamu mendapat pengertian.+
2 Dengan demikian kamu dapat mengawal pemikiranmu,
Dan kamu akan selalu mengatakan apa yang benar.+
3 Bibir perempuan jalang* manis seperti madu yang menitis dari sarang lebah,+
Dan mulutnya mengucapkan kata-kata yang menggoda.+
4 Tetapi pada hakikatnya dia seperti tanaman yang pahit,+
Dan seperti pedang bermata dua yang tajam.+
5 Dia berjalan ke arah lembah maut
Dan dia melangkah menuju ke Kuburan.*
6 Dia tidak mengendahkan jalan kehidupan.
Haluannya tidak menentu, dan dia sendiri tidak tahu ke mana arah tujuannya.
7 Hai anak-anakku, dengarkanlah nasihatku
Dan janganlah berpaling daripada apa yang aku katakan.
8 Jauhkanlah dirimu daripada perempuan jalang;
Janganlah mendekati pintu rumahnya,+
9 Supaya nama baikmu tidak dicemari,+
Supaya kamu tidak hidup sengsara pada kemudian hari,+
10 Supaya orang asing tidak merampas kekayaanmu,+
Dan supaya hasil jerih lelahmu tidak menjadi milik orang lain.
11 Dengan itu kamu tidak akan menderita pada akhir hayatmu,
Iaitu apabila kekuatanmu hilang dan tubuhmu hampir binasa,+
12 Dan kamu tidak akan berkata, “Mengapa aku membenci disiplin?
Mengapa hatiku menolak teguran?
13 Aku tidak mendengarkan nasihat orang yang mendidikku,
Dan aku tidak mengendahkan ajaran guru-guruku.
15 Minumlah air dari telagamu sendiri,
Dan nikmatilah air yang segar dari perigimu sendiri.+
16 Patutkah kamu membiarkan mata airmu melimpah ke luar
Dan membiarkan anak sungaimu mengalir di tempat awam?+
17 Biarlah semua itu menjadi milikmu sahaja,
Dan bukannya sesuatu yang dikongsi dengan orang lain.+
18 Semoga mata airmu diberkati,
Dan semoga kamu bersukacita dengan isteri yang kamu kahwini sejak muda;+
19 Dia bagaikan rusa betina yang dikasihi dan kijang* yang menawan.+
Biarlah buah dadanya memuaskan kamu pada setiap masa.
Semoga kamu sentiasa ditawan oleh cintanya.+
20 Jadi, hai anakku, mengapa kamu terpikat dengan perempuan jalang?*
21 Mata Yehuwa memperhatikan haluan manusia;
Dia memeriksa setiap langkah mereka.+
22 Kesalahan orang jahat bagaikan perangkap,
Dan dosanya seperti tali yang akan menjeratnya.+
23 Dia telah menyimpang kerana dia sangat bodoh,
Dan akhirnya dia akan mati kerana dia menolak disiplin.