PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Maleakhi 2
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

Rangka Maleakhi

      • Para imam gagal mengajar umat Tuhan (1-9)

        • Imam patut mengajarkan pengetahuan (7)

      • Rakyat bersalah kerana bercerai sesuka hati (10-17)

        • ‘Yehuwa berfirman, “Aku membenci perceraian”’ (16)

Maleakhi 2:1

Rujukan Silang

  • +Mal 1:6

Maleakhi 2:2

Rujukan Silang

  • +Im 26:14-17; Ul 28:15
  • +Hag 1:11

Maleakhi 2:3

Nota kaki

  • *

    Iaitu, ke tempat untuk membuang najis daripada korban-korban.

Rujukan Silang

  • +Yl 1:17

Maleakhi 2:4

Rujukan Silang

  • +Kel 40:12, 15; Bil 3:6; 18:23; Yeh 44:15, 16

Maleakhi 2:5

Nota kaki

  • *

    Atau “takut akan.”

Maleakhi 2:6

Nota kaki

  • *

    Atau “ajaran.”

Rujukan Silang

  • +2Ta 17:8, 9
  • +Kel 32:26

Maleakhi 2:7

Nota kaki

  • *

    Atau “ajaran-Ku.”

Rujukan Silang

  • +Ul 24:8; 2Ta 15:3; Ne 8:7, 8; Yeh 44:23, 24

Indeks-Indeks

  • Panduan Penyelidikan

    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!, 54:1

Maleakhi 2:8

Nota kaki

  • *

    Atau mungkin, “ajaran kamu.”

Rujukan Silang

  • +Lu 11:52
  • +Ne 13:29

Maleakhi 2:9

Rujukan Silang

  • +Im 19:15; Ul 1:17; 16:19

Maleakhi 2:10

Rujukan Silang

  • +Mal 1:6; 1Ko 8:6
  • +Ne 5:8

Maleakhi 2:11

Nota kaki

  • *

    Atau mungkin, “menghina tempat suci yang dikasihi Yehuwa.”

Rujukan Silang

  • +Im 20:26
  • +Ul 7:1, 3; Hak 3:5, 6; 1Ra 11:1, 2; Ne 13:23

Maleakhi 2:12

Rujukan Silang

  • +1Sa 15:22

Maleakhi 2:13

Rujukan Silang

  • +Ams 21:27

Indeks-Indeks

  • Panduan Penyelidikan

    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!, 42:6

Maleakhi 2:14

Nota kaki

  • *

    Atau “dan dia ialah isteri kamu yang sah.”

Rujukan Silang

  • +Ams 5:18-20; Mt 19:4-6

Indeks-Indeks

  • Panduan Penyelidikan

    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!, 42:6

Maleakhi 2:15

Nota kaki

  • *

    Biasanya dipanggil roh kudus. Lihat Kamus.

Maleakhi 2:16

Rujukan Silang

  • +Kej 2:24; Mt 5:32; 19:8, 9; Mr 10:5-9
  • +Mal 2:10

Indeks-Indeks

  • Panduan Penyelidikan

    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!, 42:6

Maleakhi 2:17

Rujukan Silang

  • +Yes 1:14, 15
  • +Yeh 18:29

Lain

Mal. 2:1Mal 1:6
Mal. 2:2Im 26:14-17; Ul 28:15
Mal. 2:2Hag 1:11
Mal. 2:3Yl 1:17
Mal. 2:4Kel 40:12, 15; Bil 3:6; 18:23; Yeh 44:15, 16
Mal. 2:62Ta 17:8, 9
Mal. 2:6Kel 32:26
Mal. 2:7Ul 24:8; 2Ta 15:3; Ne 8:7, 8; Yeh 44:23, 24
Mal. 2:8Lu 11:52
Mal. 2:8Ne 13:29
Mal. 2:9Im 19:15; Ul 1:17; 16:19
Mal. 2:10Mal 1:6; 1Ko 8:6
Mal. 2:10Ne 5:8
Mal. 2:11Im 20:26
Mal. 2:11Ul 7:1, 3; Hak 3:5, 6; 1Ra 11:1, 2; Ne 13:23
Mal. 2:121Sa 15:22
Mal. 2:13Ams 21:27
Mal. 2:14Ams 5:18-20; Mt 19:4-6
Mal. 2:16Kej 2:24; Mt 5:32; 19:8, 9; Mr 10:5-9
Mal. 2:16Mal 2:10
Mal. 2:17Yes 1:14, 15
Mal. 2:17Yeh 18:29
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
Maleakhi 2:1-17

Maleakhi

2 “Hai para imam, inilah perintah-Ku kepada kamu:+ 2 Kamu harus memuliakan nama-Ku. Namun, jika kamu tidak mahu mendengar dan enggan mengambil peduli, Aku akan menyebabkan kamu dikutuk.+ Aku akan mengubah semua berkat kamu menjadi kutukan.+ Sesungguhnya, Aku sudah mengubah berkat kamu menjadi kutukan, kerana kamu tidak mempedulikan perintah-Ku,” firman Yehuwa, ketua angkatan syurga.

3 “Lihatlah! Disebabkan kamu, Aku akan menghancurkan benih yang kamu tabur.+ Aku akan melumuri muka kamu dengan najis daripada binatang yang kamu korbankan semasa perayaan-perayaan kamu. Kemudian, kamu akan dibawa ke situ.* 4 Barulah kamu tahu bahawa Aku memberi kamu perintah ini supaya perjanjian-Ku dengan keturunan Lewi tidak dibatalkan,”+ firman Yehuwa, ketua angkatan syurga.

5 “Perjanjian-Ku dengan mereka mendatangkan kehidupan dan kedamaian. Aku memberi mereka perjanjian ini supaya mereka menghormati* Aku. Dahulu mereka memang menghormati Aku dan menyanjung tinggi nama-Ku. 6 Mereka mengajarkan hukum* yang benar+ dan tidak mengucapkan apa-apa yang jahat. Mereka mempunyai hubungan yang damai dengan-Ku dan melakukan apa yang benar di sisi-Ku.+ Mereka juga membantu ramai orang kembali ke pangkal jalan. 7 Memandangkan imam merupakan utusan Aku, Yehuwa, ketua angkatan syurga, merekalah yang patut mengajarkan pengetahuan kepada umat-Ku, dan kepada merekalah umat-Ku harus bertanya tentang hukum-Ku.*+

8 “Namun, kamu telah menyimpang daripada haluan yang benar. Kamu membuat hukum-Ku* menjadi batu sandungan kepada banyak orang.+ Kamu telah melanggar perjanjian-Ku dengan keturunan Lewi,”+ firman Yehuwa, ketua angkatan syurga. 9 “Oleh sebab kamu tidak mengikut haluan-Ku dan berat sebelah ketika melaksanakan hukum-Ku, Aku akan menyebabkan kamu dipandang rendah dan dihina oleh orang ramai.”+

10 “Bukankah kita semua mempunyai bapa yang sama?+ Bukankah kita semua diciptakan oleh Tuhan yang sama? Jadi, mengapakah kita tidak setia kepada satu sama lain+ dan melanggar perjanjian nenek moyang kita? 11 Orang Yehuda tidak setia kepada Tuhan dan melakukan perkara yang menjijikkan di Israel dan di Yerusalem. Mereka telah menghina Yehuwa, Tuhan yang mencintai apa yang suci,*+ dan mereka telah mengahwini wanita yang menyembah dewa dewi asing.+ 12 Yehuwa akan melenyapkan sesiapa sahaja daripada khemah-khemah Yakub yang melakukan hal itu, biarpun mereka mempersembahkan korban kepada Yehuwa, ketua angkatan syurga.”+

13 “Selain itu, ada satu lagi perbuatan kamu: Kamu menyebabkan mazbah Yehuwa dibanjiri air mata, tangisan, dan keluhan. Oleh itu, Dia tidak lagi berkenan kepada persembahan kamu ataupun korban yang kamu berikan.+ 14 Lalu kamu bertanya, ‘Mengapa?’ Hal itu demikian kerana Yehuwa telah menjadi saksi antara kamu dengan wanita yang kamu kahwini pada masa muda. Isteri kamu ialah teman hidup kamu dan kamu berdua terikat dalam perjanjian perkahwinan,* tetapi kamu mengkhianatinya.+ 15 Namun ada segelintir orang dalam kalangan kamu yang tidak berbuat demikian kerana mereka masih dibimbing oleh kuasa suci Tuhan.* Apakah yang diingini mereka? Mereka ingin mendapat keturunan yang benar-benar merupakan umat Tuhan. Oleh itu, berjaga-jagalah dengan sikap dan fikiran kamu. Janganlah mengkhianati isteri yang kamu kahwini pada masa muda.” 16 Yehuwa, Tuhan orang Israel, berfirman, “Aku membenci perceraian+ dan orang yang pakaiannya dikotori perbuatan ganas.” Yehuwa, ketua angkatan syurga, juga berfirman, “Berjaga-jagalah dengan sikap dan fikiran kamu. Jauhilah perbuatan khianat.”+

17 “Kamu telah menyebabkan Yehuwa jemu dengan kata-kata kamu.+ Tetapi kamu bertanya, ‘Bagaimanakah kami membuat Tuhan berasa jemu?’ Dengan berkata, ‘Semua orang yang berbuat jahat dianggap baik oleh Yehuwa dan Dia berkenan kepada mereka,’+ atau dengan bertanya, ‘Di manakah Tuhan yang adil itu?’”

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi