-
Ulangan 7:3Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
3 Jangan menjalin ikatan perkahwinan dengan mereka. Jangan mengahwinkan anak perempuan kamu dengan anak lelaki mereka, dan jangan mengambil anak perempuan mereka untuk dijadikan isteri anak lelaki kamu.+
-
-
Hakim-Hakim 3:5, 6Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
5 Oleh itu, umat Israel tetap tinggal dalam kalangan orang Kanaan,+ orang Het, orang Amori, orang Feris, orang Hewi, dan orang Yebus. 6 Orang Israel mengahwini gadis bangsa-bangsa itu, dan membenarkan lelaki bangsa-bangsa itu mengahwini anak perempuan mereka. Orang Israel turut menyembah tuhan-tuhan mereka.+
-
-
1 Raja-Raja 11:1, 2Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
11 Raja Salomo mencintai banyak wanita bangsa asing.+ Selain puteri Firaun,+ dia juga mencintai wanita bangsa Moab,+ Ammon,+ Edom, Sidon,+ dan Het.+ 2 Berkenaan bangsa-bangsa itu, Yehuwa pernah berfirman kepada orang Israel, “Kamu tidak boleh berkahwin dengan mereka, dan mereka juga tidak boleh berkahwin dengan kamu, kerana mereka pasti akan mempengaruhi kamu untuk menyembah tuhan-tuhan mereka.”+ Tetapi Salomo akrab dengan mereka dan amat mencintai mereka.*
-