Yesaya
48 Dengarlah hai keturunan Yakub,
Umat yang digelar Israel,+
Anak cucu Yehuda.
Kamu bersumpah atas nama Yehuwa+
Dan berdoa kepada Tuhan orang Israel,
Tetapi kamu tidak melakukannya berdasarkan kebenaran dan keadilan.+
2 Kamu mengaku bahawa kamu ialah warga kota yang suci,+
Dan kamu bergantung pada Tuhan orang Israel,+
Tuhan yang nama-Nya Yehuwa, ketua angkatan syurga.
3 “Sejak awal lagi, Aku telah memberitahu kamu tentang peristiwa yang lalu.
Aku sendiri berfirman tentang hal-hal itu
Dan mengumumkannya.+
Dengan tiba-tiba Aku bertindak, lalu semua itu terjadi.+
4 Aku tahu betapa degilnya kamu;
Urat di dalam leher kamu bagaikan besi, dan dahi kamu bagaikan tembaga.+
5 Maka sejak dahulu lagi, Aku memberitahu kamu hal yang belum berlaku;
Aku telah memberitahu kamu segala-galanya,
Supaya kamu tidak berkata, ‘Berhala kamilah yang melakukannya.
Patung berukir dan patung logam kamilah yang memerintahkan agar hal itu berlaku.’
6 Kamu sudah mendengar dan melihat semua itu.
Tidakkah kamu memberitahu orang lain tentangnya?+
Tetapi mulai sekarang, Aku hendak mengisytiharkan hal-hal yang baharu.+
Aku akan mengisytiharkan rahsia-rahsia yang belum kamu ketahui.
7 Sebelum ini, kamu belum pernah mendengar tentang hal-hal itu.
Aku melakukannya* sekarang, dan bukan pada masa lampau,
Supaya kamu tidak berkata, ‘Kami sudah tahu tentangnya.’
8 Kamu tidak mendengarnya,+ dan kamu tidak mengetahuinya.
Kamu tidak membuka telinga kamu pada masa dahulu.
9 Tetapi Aku menahan kemurkaan-Ku demi nama-Ku;+
Aku menahan kemarahan-Ku terhadap kamu supaya Aku dipuji.
Aku tidak membinasakan kamu.+
10 Lihatlah! Aku telah memurnikan kamu, tetapi tidak seperti orang memurnikan perak.+
Aku telah menguji* kamu dengan membiarkan kamu ditimpa kesusahan yang bagaikan relau api.+
Aku tidak akan memberikan kemuliaan-Ku kepada sesiapa pun.*
12 Hai keturunan Yakub, hai umat Israel yang telah Aku panggil, dengarlah!
Akulah Tuhan yang sama.+ Akulah yang pertama dan yang terakhir.+
13 Aku meletakkan asas bumi dengan tangan-Ku sendiri.+
Aku membentangkan langit dengan tangan kanan-Ku.+
Apabila Aku memanggil, bumi dan langit datang menghadap.
14 Berkumpullah dan dengarlah, kamu semua!
Dewa manakah* yang telah mengisytiharkan hal-hal ini?
Orang yang Aku, Yehuwa, kasihi+
15 Aku telah berfirman, dan Aku telah memanggilnya.+
Aku telah memimpinnya, dan Aku akan menjayakan usahanya.+
16 Dekatilah Aku dan dengarlah.
Dari mula lagi, Aku tidak berfirman secara tersembunyi.+
Apabila hal yang dinubuatkan menjadi kenyataan, Aku berada di situ.”
Kini, Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, mengutus aku dan memberi aku kuasa suci-Nya.
17 Demikianlah firman Yehuwa, Penebus kamu, Tuhan Israel Yang Suci:+
“Aku, Yehuwa, ialah Tuhan kamu.
Aku mengajar kamu apa yang bermanfaat bagi kamu.*+
Aku memimpin kamu di jalan yang harus kamu tempuh.+
18 Alangkah baiknya jika kamu memperhatikan perintah-Ku!+
Jika demikian, kedamaian kamu akan menjadi seperti sungai,+
Dan perbuatan baik kamu akan menjadi seperti ombak laut.+
19 Kamu akan mempunyai keturunan yang banyak;
Jumlah anak cucu kamu akan begitu banyak seperti butir pasir.+
Nama mereka tidak akan dilenyapkan atau dihapuskan dari hadapan-Ku.”
20 Keluarlah dari Babilon!+
Larikanlah diri daripada orang Kasdim!
Umumkan berita ini dengan sorakan yang gembira!+
Isytiharkannya ke seluruh pelosok bumi!+
Hebahkanlah kepada semua, “Yehuwa telah menebus keturunan Yakub, hamba-Nya.+
21 Dia tidak membiarkan mereka kehausan ketika Dia memimpin mereka melalui padang gurun.+
Dia mengeluarkan air daripada batu untuk mereka;
Dia membelah batu, lalu air memancar keluar.”+
22 Yehuwa berfirman, “Tidak ada kedamaian bagi orang jahat.”+