Mazmur
Lagu yang digubah oleh Daud semasa dia berada di padang belantara Yehuda.+
63 Ya Tuhan, Engkaulah Tuhanku.
Di negeri yang gersang dan tandus, yang tidak berair,+
Aku terus mencari-Mu+ kerana jiwaku sangat merindukan-Mu.
Seperti orang yang haus akan air, demikianlah jiwaku memerlukan-Mu.+
2 Aku telah mencari-Mu di tempat suci-Mu;
Aku telah melihat kekuatan-Mu dan kemuliaan-Mu.+
4 Ya, aku akan memuji-Mu sepanjang hayatku;
Aku akan menadahkan tanganku sambil menyeru nama-Mu.
5 Aku* berasa puas dengan bahagian terbaik yang aku terima.
Oleh itu, mulutku akan memuji-Mu dengan sorakan sukacita.+
6 Semasa aku berbaring di atas katil, aku ingat akan-Mu;
Pada waktu tengah malam, aku merenungkan-Mu.+
8 Aku berpaut pada-Mu;
Dengan tangan kanan-Mu, Engkau terus memegang aku dengan erat.+
9 Tetapi orang yang ingin membunuh aku
Akan turun ke lubang kubur.
10 Mereka akan dibunuh dengan pedang
Dan menjadi makanan serigala.*
11 Namun raja akan bersukacita kerana-Mu.
Setiap orang yang bersumpah demi nama-Mu akan memuji-Mu,
Kerana Engkau akan membungkam mulut orang yang berdusta.