PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Kejadian 40
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

Rangka Kejadian

      • Yusuf mentafsirkan mimpi banduan lain (1-19)

        • “Hanya Tuhan yang membolehkan orang mentafsirkan mimpi” (8)

      • Jamuan hari jadi Firaun (20-23)

Kejadian 40:1

Rujukan Silang

  • +Kej 40:11

Kejadian 40:2

Nota kaki

  • *

    Gelaran bagi raja Mesir.

Rujukan Silang

  • +Kej 40:20-22

Kejadian 40:3

Rujukan Silang

  • +Kej 37:36
  • +Kej 39:20; Mz 105:17, 18

Kejadian 40:4

Rujukan Silang

  • +Kej 39:22

Kejadian 40:8

Rujukan Silang

  • +Kej 41:15, 16; Da 2:28, 45

Kejadian 40:13

Rujukan Silang

  • +Kej 41:12, 13
  • +Kej 40:20, 21

Kejadian 40:15

Rujukan Silang

  • +Kej 37:28
  • +Kej 39:7, 8

Kejadian 40:19

Rujukan Silang

  • +Kej 40:20, 22

Kejadian 40:20

Rujukan Silang

  • +Mr 6:21

Indeks-Indeks

  • Panduan Penyelidikan

    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!, 44:4

Kejadian 40:22

Rujukan Silang

  • +Kej 40:8

Kejadian 40:23

Rujukan Silang

  • +Kej 40:14

Lain

Kej. 40:1Kej 40:11
Kej. 40:2Kej 40:20-22
Kej. 40:3Kej 37:36
Kej. 40:3Kej 39:20; Mz 105:17, 18
Kej. 40:4Kej 39:22
Kej. 40:8Kej 41:15, 16; Da 2:28, 45
Kej. 40:13Kej 41:12, 13
Kej. 40:13Kej 40:20, 21
Kej. 40:15Kej 37:28
Kej. 40:15Kej 39:7, 8
Kej. 40:19Kej 40:20, 22
Kej. 40:20Mr 6:21
Kej. 40:22Kej 40:8
Kej. 40:23Kej 40:14
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
Kejadian 40:1-23

Kejadian

40 Beberapa lama kemudian, ketua pengurus minuman+ raja Mesir dan ketua pengurus roti melakukan kesalahan terhadap tuan mereka, iaitu raja Mesir. 2 Oleh itu, Firaun* marah terhadap kedua-dua pegawai itu, iaitu ketua pengurus minuman dan ketua pengurus roti.+ 3 Lalu dia memasukkan mereka ke dalam penjara di rumah ketua pengawal istana,+ di tempat Yusuf dipenjarakan.+ 4 Ketua pengawal istana menugaskan Yusuf untuk menjaga kedua-dua orang pengurus itu, dan melayani mereka.+ Mereka berada di dalam penjara selama beberapa waktu.

5 Pada suatu malam, pengurus minuman dan pengurus roti raja Mesir yang berada di dalam penjara bermimpi. Mimpi mereka mempunyai erti tersendiri. 6 Apabila Yusuf datang kepada mereka keesokan paginya, mereka kelihatan muram. 7 Oleh itu, Yusuf bertanya kepada kedua-dua pegawai Firaun yang dipenjarakan bersama-samanya, “Mengapakah tuan-tuan kelihatan muram hari ini?” 8 Mereka menjawab, “Kami bermimpi semalam, tetapi tiada orang yang dapat menjelaskan ertinya kepada kami.” Yusuf berkata, “Hanya Tuhan yang membolehkan orang mentafsirkan mimpi.+ Ceritakanlah mimpi itu kepadaku.”

9 Ketua pengurus minuman itu menceritakan mimpinya kepada Yusuf. Dia berkata, “Dalam mimpiku, aku nampak sepohon pokok anggur di hadapanku. 10 Pokok anggur itu mempunyai tiga cabang yang mula berdaun. Kemudian bunga-bunganya berkembang lalu menghasilkan gugusan buah anggur yang masak. 11 Ketika itu aku sedang memegang cawan Firaun. Aku pun mengambil anggur itu dan memerah airnya ke dalam cawan Firaun, lalu aku menghidangkannya kepada Firaun.” 12 Yusuf berkata kepadanya, “Inilah erti mimpi itu: Tiga cabang itu bererti tiga hari. 13 Dalam masa tiga hari, Firaun akan membebaskan tuan dan mengembalikan jawatan tuan.+ Tuan akan berkhidmat sebagai pengurus minuman sekali lagi dan menghidangkan minuman kepada Firaun seperti dahulu.+ 14 Tetapi ingatlah akan aku apabila keadaan tuan sudah baik. Tunjukkanlah kasih setia kepadaku dan beritahulah Firaun tentangku agar aku dapat dibebaskan dari penjara ini. 15 Sebenarnya aku telah diculik dari negeri orang Ibrani.+ Di sini pun aku tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan sehingga harus dipenjarakan.”+

16 Semasa ketua pengurus roti tahu bahawa mimpi pengurus minuman itu mempunyai erti yang baik, dia berkata, “Aku juga telah bermimpi. Aku nampak tiga buah bakul yang berisi roti yang bermutu tinggi di atas kepalaku. 17 Di dalam bakul yang paling atas terdapat pelbagai makanan yang telah dimasak di dalam ketuhar untuk Firaun, dan ada burung-burung datang ke bakul yang terletak di atas kepalaku untuk memakan makanan itu.” 18 Lalu Yusuf menjawab, “Inilah erti mimpi itu: Tiga bakul itu bererti tiga hari. 19 Dalam masa tiga hari, Firaun akan memenggal kepala tuan lalu menggantungkan mayat tuan pada sebatang tiang, dan burung-burung akan makan daging tuan.”+

20 Tiga hari kemudian, iaitu pada hari jadi Firaun,+ dia mengadakan jamuan yang besar bagi semua pegawainya. Raja memerintahkan supaya ketua pengurus minuman dan ketua pengurus roti dikeluarkan dari penjara, lalu dibawa ke hadapan semua pegawainya. 21 Firaun mengembalikan jawatan ketua pengurus minuman itu, lalu dia menghidangkan minuman kepada Firaun seperti dahulu. 22 Tetapi ketua pengurus roti digantungkan pada tiang, tepat seperti yang dikatakan Yusuf kepada mereka.+ 23 Namun, ketua pengurus minuman itu tidak ingat lagi akan Yusuf. Dia sama sekali lupa akan dia.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi