Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu Rangka Ayub AYUB RANGKA KANDUNGAN 1 Kesetiaan dan kekayaan Ayub (1-5) Syaitan mempersoalkan niat Ayub (6-12) Ayub kehilangan anak-anak dan hartanya (13-19) Ayub tidak menyalahkan Tuhan (20-22) 2 Syaitan mempersoalkan niat Ayub sekali lagi (1-5) Syaitan dibenarkan untuk mencederakan Ayub (6-8) Isteri Ayub: “Kutuklah Tuhan, dan matilah!” (9, 10) Tiga orang sahabat Ayub tiba (11-13) 3 Ayub mengutuk hari kelahirannya (1-26) Ayub bertanya mengapa dia menderita (20, 21) 4 Elifas bercakap buat kali pertama (1-21) Meragui kesetiaan Ayub (7, 8) Menceritakan suatu penglihatan (12-17) ‘Tuhan tidak mempercayai hamba-Nya’ (18) 5 Elifas bercakap lagi (1-27) ‘Tuhan memerangkap orang bijaksana dengan kelicikan mereka’ (13) Ayub tidak patut menolak disiplin Tuhan (17) 6 Ayub menjawab (1-30) Ayub kata dia berhak mengadu (2-6) Sahabatnya tidak dapat dipercayai (15-18) ‘Kata-kata tulus sungguh menyenangkan!’ (25) 7 Ayub menjawab lagi (1-21) Hidup manusia seperti kerja paksa (1, 2) “Mengapakah Engkau menjadikan aku sasaran-Mu?” (20) 8 Bildad bercakap buat kali pertama (1-22) Berkata bahawa anak-anak Ayub berdosa (4) ‘Jika kamu tulus hati, Tuhan akan melindungimu’ (6) Berkata bahawa Ayub lupa akan Tuhan (13) 9 Ayub menjawab (1-35) Manusia tidak dapat melawan Tuhan (2-4) ‘Tuhan melakukan hal-hal yang hebat’ (10) Manusia tidak dapat berdebat dengan Tuhan (32) 10 Ayub menjawab lagi (1-22) ‘Mengapa Tuhan melawan aku?’ (2) Tuhan dibandingkan dengan Ayub (4-12) Ayub ingin mendapat kelegaan (20) 11 Zofar bercakap buat kali pertama (1-20) Berkata bahawa Ayub bercakap kosong (2, 3) Menasihati Ayub agar berhenti berbuat jahat (14) 12 Ayub menjawab (1-25) “Aku tidak lebih rendah daripada kamu” (3) “Aku sudah menjadi bahan ketawa” (4) ‘Tuhan mempunyai kebijaksanaan’ (13) Tuhan lebih tinggi daripada hakim dan raja (17, 18) 13 Ayub menjawab lagi (1-28) “Aku lebih rela berbicara dengan Tuhan” (3) ‘Kamu semua doktor yang tidak berguna’ (4) “Aku tahu bahawa aku tidak bersalah” (18) ‘Mengapa Engkau menganggap aku seperti musuh?’ (24) 14 Ayub menjawab lagi (1-22) Hidup manusia singkat dan susah (1) “Ada harapan bagi pokok yang ditebang” (7) ‘Sembunyikanlah aku di Kuburan!’ (13) “Jika manusia mati, dapatkah mereka hidup semula?” (14) Tuhan ingin membangkitkan orang (15) 15 Elifas bercakap buat kali kedua (1-35) Berkata bahawa Ayub tidak takut akan Tuhan (4) Berkata bahawa Ayub berlagak pandai (7-9) ‘Tuhan tidak mempercayai malaikat-Nya’ (15) ‘Orang jahat ditimpa penderitaan’ (20-24) 16 Ayub menjawab (1-22) “Kamu semua menyeksa aku sahaja!” (2) Berkata bahawa dia dijadikan sasaran Tuhan (12) 17 Ayub menjawab lagi (1-16) Orang yang suka mengejek berada di sekelilingku (2) “Tuhan telah menjadikan aku bahan ejekan” (6) “Kuburan akan menjadi rumahku” (13) 18 Bildad bercakap buat kali kedua (1-21) Menggambarkan kesudahan orang berdosa (5-20) Berkata bahawa Ayub tidak mengenal Tuhan (21) 19 Ayub menjawab (1-29) Menolak teguran sahabat-sahabatnya (1-6) Berkata bahawa dia ditinggalkan (13-19) “Penebusku memang wujud” (25) 20 Zofar bercakap buat kali kedua (1-29) Tersinggung oleh kata-kata Ayub (2, 3) Berkata bahawa Ayub ialah orang jahat (5) Berkata bahawa Ayub suka berdosa (12, 13) 21 Ayub menjawab (1-34) ‘Mengapa orang jahat hidup makmur?’ (7-13) Mendedahkan niat jahat para sahabatnya (27-34) 22 Elifas bercakap buat kali ketiga (1-30) “Dapatkah manusia membawa manfaat kepada Tuhan?” (2, 3) Menuduh bahawa Ayub tamak dan tidak adil (6-9) ‘Kembali kepada Tuhan dan menjadi makmur semula’ (23) 23 Ayub menjawab (1-17) Ingin mengadukan perkaranya kepada Tuhan (1-7) Berkata bahawa dia tidak dapat mencari Tuhan (8, 9) ‘Aku mengikut jalan-Nya dengan setia’ (11) 24 Ayub menjawab lagi (1-25) ‘Mengapa Tuhan tidak menetapkan hari penghakiman?’ (1) Berkata bahawa Tuhan membiarkan orang menderita (12) Orang jahat suka kegelapan (13-17) 25 Bildad bercakap buat kali ketiga (1-6) ‘Dapatkah manusia dibuktikan benar di hadapan Tuhan?’ (4) Berkata bahawa kesetiaan manusia sia-sia sahaja (5, 6) 26 Ayub menjawab (1-14) ‘Betapa besarnya bantuan kamu!’ (1-4) ‘Tuhan menempatkan bumi di angkasa hampa’ (7) ‘Hanya sekelumit daripada perbuatan-Nya’ (14) 27 Ayub bertekad untuk tetap setia (1-23) “Sampai mati pun aku akan tetap setia” (5) Tiada harapan bagi orang murtad (8) “Mengapa kata-kata kamu langsung tidak bererti?” (12) Orang jahat akhirnya kehilangan segala-galanya (13-23) 28 Ayub membandingkan kebijaksanaan dengan batu-batu permata (1-28) Kegiatan melombong (1-11) Kebijaksanaan lebih berharga daripada mutiara (18) “Takutlah akan Yehuwa, kerana itulah erti kebijaksanaan” (28) 29 Ayub mengenang masa lampau yang bahagia (1-25) Dihormati orang ramai (7-10) Menceritakan perbuatannya yang baik dan adil (11-17) Semua orang mendengarkan nasihatnya (21-23) 30 Ayub menggambarkan keadaannya yang telah berubah (1-31) Dihina oleh orang yang tidak berguna (1-15) Berasa bahawa Tuhan tidak membantu (20, 21) “Kulitku sudah menjadi hitam” (30) 31 Ayub menegaskan bahawa dia memang setia (1-40) “Aku sudah membuat perjanjian dengan mataku” (1) “Biarlah Tuhan menimbang aku” (6) Tidak berbuat zina (9-12) Tidak mencintai kekayaan (24, 25) Tidak menyembah matahari dan bulan (26-28) 32 Elihu mula berucap (1-22) Marah terhadap Ayub dan para sahabatnya (2, 3) Menunggu dengan sabar sebelum bercakap (6, 7) “Orang yang tua tidak semestinya bijaksana” (9) Elihu ingin berkata-kata (18-20) 33 Ayub ditegur kerana asyik membela diri (1-33) “Aku telah mendapat tebusan untuknya” (24) Menjadi kuat seperti pada masa muda (25) 34 Elihu menjunjung keadilan Tuhan (1-37) “Tuhan enggan menegakkan keadilan bagiku” (5) Tuhan tidak melakukan hal yang jahat (10) Ayub kurang pengetahuan (35) 35 Elihu menunjukkan bahawa fikiran Ayub salah (1-16) “Aku lebih adil daripada Tuhan” (2) Tuhan tidak rugi jika orang berdosa (5, 6) Ayub patut menantikan Tuhan (14) 36 Elihu memuji keagungan Tuhan (1-33) Orang yang taat hidup makmur; orang murtad ditolak (11-13) Tiada guru yang sehebat Tuhan (22) Ayub harus memuliakan Tuhan (24) Siapa yang tahu segala-galanya tentang Tuhan? (26) Tuhan dapat mengawal hujan dan kilat (27-33) 37 Kuasa alam menyingkapkan kebesaran Tuhan (1-24) Tuhan dapat menghentikan pekerjaan manusia (7) ‘Fikirkanlah segala perbuatan Tuhan’ (14) Kita tidak dapat memahami segala-galanya tentang Tuhan (23) Jangan anggap diri bijaksana (24) 38 Manusia sangat kecil di sisi Yehuwa (1-41) ‘Di manakah engkau semasa bumi dicipta?’ (4-6) Semua anak Tuhan bersorak-sorak (7) Soalan-soalan tentang kejadian alam (8-32) “Hukum-hukum di cakerawala” (33) 39 Alam binatang menunjukkan bahawa manusia kurang pengertian (1-30) Kambing gunung dan rusa (1-4) Keldai liar (5-8) Lembu liar (9-12) Burung unta (13-18) Kuda (19-25) Burung falkon dan burung helang (26-30) 40 Yehuwa terus bertanya (1-24) Ayub tidak dapat menjawab (3-5) ‘Adakah engkau mempersoalkan keadilan-Ku?’ (8) Tuhan menerangkan kekuatan Behemot (15-24) 41 Tuhan menyatakan kehebatan Lewiatan (1-34) 42 Ayub berkata-kata kepada Yehuwa (1-6) Tiga orang sahabat Ayub dihakimi (7-9) Yehuwa memulihkan keadaan Ayub (10-17) Anak-anak lelaki dan perempuan Ayub (13-15)