PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • lffi 2:1-5
  • Bible Memberi Kita Harapan

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Bible Memberi Kita Harapan
  • Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Mari Belajar Bible
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • KETAHUILAH
  • RINGKASAN
  • JOM BELAJAR
  • Bible Memberi Kita Harapan
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Mari Belajar Bible
  • Sinar Harapan bagi 2023—Apakah yang Bible Katakan?
    Topik-Topik Lain
  • Mencari Sumber Harapan bagi 2024—Apakah yang Bible Katakan?
    Topik-Topik Lain
  • Bagaimanakah Bible Dapat Membantu Anda?
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
Lihat Selanjutnya
Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Mari Belajar Bible
lffi 2:1-5
Pelajaran 2. Matahari terbit dan menyinari ladang gandum.

PELAJARAN 02

Bible Memberi Kita Harapan

Edisi Cetak
Edisi Cetak
Edisi Cetak

Semua orang menghadapi masalah. Mungkin anda ada penyakit yang serius atau orang yang anda sayang telah meninggal. Anda mungkin menderita, rasa sedih, atau risau. Jadi anda mungkin tertanya, “Adakah kehidupan saya akan terus begini?” Bible mempunyai jawapan yang sangat melegakan hati.

1. Bagaimanakah harapan Bible dapat membantu anda?

Bible memberitahu kita mengapa ada banyak masalah dan menjelaskan bahawa masalah kita hanyalah sementara dan akan dilenyapkan tidak lama lagi. Bible kata kita ada “harapan dan masa depan yang baik.” (Baca Yeremia 29:11, 12.) Harapan dan janji dalam Bible dapat membantu kita menghadapi masalah dengan berjaya, bersikap positif, dan mendapat kebahagiaan.

2. Apakah janji Bible tentang masa depan?

Bible janji pada masa depan “kematian tidak akan ada lagi. Ratapan, tangisan, dan kesakitan pun tidak akan ada lagi.” (Baca Wahyu 21:4.) Maka masalah yang kita hadapi, seperti kemiskinan, hal yang tidak adil, penyakit, dan kematian akan lenyap. Bible kata kita dapat hidup selama-lamanya di bumi Firdaus yang cantik.

3. Apakah yang dapat membantu anda yakin pada janji Bible?

Banyak orang ingin kehidupan yang lebih baik. Tetapi mereka tidak pasti harapan mereka akan tercapai atau tidak. Namun janji Bible pasti akan berlaku. Bagaimanakah anda boleh yakin bahawa janji Bible dapat dipercayai? Kami menjemput anda untuk “mengkaji Ayat-Ayat Suci dengan teliti” dan melihat buktinya dengan mata sendiri.​—Kisah 17:11.

KETAHUILAH

Periksalah janji-janji Bible tentang masa depan. Belajarlah bagaimana harapan Bible membantu orang hari ini.

Kolaj: Gambar yang menunjukkan kehidupan hari ini dengan kehidupan yang dijanjikan dalam Bible. Gambar yang sama dipaparkan di bawah.

4. Bible menjanjikan hidup yang kekal dan sempurna

Lihat senarai janji Bible yang berikut. Mana satu yang anda paling suka? Mengapa?

Baca ayat Bible yang tercatat, kemudian bincang soalan berikut:

  • Adakah ayat-ayat ini memberikan harapan? Apakah manfaat janji-janji dalam Bible bagi keluarga dan kawan-kawan anda?

Bayangkan keadaan di bumi jika

TIADA . . . 

SEMUA ORANG . . . 

  • orang yang menderita, menjadi tua, atau mati.​—Yesaya 25:8.

  • dapat berjumpa dengan orang tersayang yang dihidupkan semula di bumi Firdaus.​—Yohanes 5:28, 29.

  • orang yang sakit atau kurang upaya.​—Yesaya 33:24; 35:5, 6.

  • menjadi muda dan mempunyai kesihatan yang sempurna.​—Ayub 33:25.

  • hal-hal yang tidak adil.​—Yesaya 32:16, 17.

  • ada makanan yang cukup, rumah yang selesa, dan kerja yang memuaskan.​—Mazmur 72:16; Yesaya 65:21, 22.

  • penderitaan kerana perang.​—Mazmur 46:9.

  • menikmati kedamaian.​—Mazmur 37:11.

  • kenangan pahit atau pengalaman buruk.​—Yesaya 65:17.

  • hidup gembira buat selama-lamanya di bumi yang cantik.​—Mazmur 37:29.

Seorang budak yang sakit kini sihat. Dia memeluk ibunya. Seorang lelaki tua kini muda. Dia menolak kereta sorong yang penuh dengan sayuran. Budak-budak yang kebuluran dan terpaksa bekerja kini mempunyai kebun sendiri dan mereka bermain bola. Seorang wanita yang murung kini berasa gembira.

5. Harapan Bible dapat mengubah hidup anda

Banyak orang kecewa dan marah apabila melihat hal yang buruk berlaku. Sesetengah orang bahkan sanggup mengambil tindakan yang melampau untuk mendapat keadilan. Lihat bagaimana janji Bible membantu orang sekarang. Mainkan VIDEO, kemudian bincang soalan berikut:

VIDEO: Saya Mahu Melawan Ketidakadilan (4:07)

Kolaj: Adegan video ‘Saya Mahu Melawan Ketidakadilan.’ 1. Semasa kecil, Rafika menuai kapas bersama orang yang sebangsa dengannya. 2. Rafika gembira melihat orang daripada pelbagai kaum bergaul bersama semasa menghadiri konvensyen Saksi-Saksi Yehuwa buat kali pertama.
  • Apakah yang buat Rafika rasa bahawa dunia ini tidak adil?

  • Walaupun masih ada banyak hal yang tidak adil berlaku, bagaimanakah Bible membantunya?

Harapan Bible dapat membantu kita melawan kekecewaan dan menghadapi cabaran dengan berjaya. Baca Amsal 17:22 dan Roma 12:12, kemudian bincang soalan berikut:

  • Adakah anda rasa harapan Bible dapat mengubah hidup anda sekarang? Mengapa?

ADA ORANG KATA: “Susah untuk percaya janji dalam Bible.”

  • Mengapa penting untuk mengkaji sama ada janji Bible benar-benar akan berlaku atau tidak?

RINGKASAN

Harapan Bible tentang masa depan yang gembira membantu kita menghadapi cabaran dengan berjaya sekarang.

Ulang Kaji

  • Mengapakah orang perlukan harapan?

  • Apakah janji Bible tentang masa depan?

  • Bagaimanakah harapan Bible dapat membantu anda sekarang?

Matlamat

JOM BELAJAR

Lihatlah bagaimana harapan masa depan dapat membantu orang yang menghidap penyakit serius.

“Dapatkah Bible Membantu jika Anda Menghidap Penyakit Kronik?” (Rencana di laman web)

Semasa menonton video muzik ini, bayangkan hidup anda dan keluarga di bumi Firdaus.

Bayangkan Masanya (3:37)

Baca bagaimana kehidupan seorang aktivis sosial berubah selepas mempelajari harapan Bible.

“Saya Tidak Lagi Rasa Saya Harus Mengubah Dunia” (Menara Pengawal, 1 Julai 2013)

    Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Bahasa Isyarat Malaysia
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi