PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • lmd 4
  • Kerendahan Hati

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Kerendahan Hati
  • Kasihi Orang—Jadikanlah Mereka Pengikut Yesus
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Apa yang Paulus Buat
  • Apakah yang Kita Pelajari daripada Paulus?
  • Tirulah Paulus
  • Kesopanan
    Kasihi Orang—Jadikanlah Mereka Pengikut Yesus
Kasihi Orang—Jadikanlah Mereka Pengikut Yesus
lmd 4

MULAKAN PERBUALAN

Rasul Paulus, yang dibelenggu dengan rantai bersama seorang pengawal, dengan hormat bercakap kepada Raja Agripa, Gabenor Festus, dan Berniki.

Kisah 26:2, 3

PELAJARAN 4

Kerendahan Hati

Prinsip: “Dengan rendah hati, anggaplah orang lain lebih baik daripada diri kamu sendiri.”​—Flp. 2:3.

Apa yang Paulus Buat

Rasul Paulus, yang dibelenggu dengan rantai bersama seorang pengawal, dengan hormat bercakap kepada Raja Agripa, Gabenor Festus, dan Berniki.

VIDEO: Paulus Menginjil kepada Raja Agripa

1. Lihat VIDEO, atau baca Kisah 26:2, 3. Kemudian bincang soalan-soalan berikut:

  1. Bagaimanakah Paulus menunjukkan kerendahan hati semasa bercakap kepada Raja Agripa?

  2. Bagaimanakah Paulus menghalakan perhatian kepada Yehuwa dan Ayat-Ayat Suci, dan bukannya kepada diri sendiri?—Lihat Kisah 26:22.

Apakah yang Kita Pelajari daripada Paulus?

2. Mesej kita akan lebih menarik jika kita bercakap dalam cara yang rendah hati dan hormat.

Tirulah Paulus

3. Jangan merendahkan orang lain. Jangan buat orang rasa bahawa anda tahu segala-galanya dan orang lain tidak tahu apa-apa. Bercakaplah dengan hormat kepadanya.

4. Tunjukkan bahawa kebenaran yang anda ajarkan adalah daripada Bible. Firman Tuhan mengandungi kata-kata yang dapat menyentuh hati orang. Apabila kita menggunakannya, kita sedang membina iman mereka pada asas yang betul.

5. Sentiasa lemah lembut. Jangan berkeras untuk buktikan bahawa anda betul. Kita tidak mahu bertengkar. Tunjukkan kerendahan hati dengan tetap tenang dan tahu masanya untuk beredar. (Ams. 17:14; Tit. 3:2) Jika anda bercakap dalam cara yang lemah lembut, orang itu mungkin akan mendengar mesej kita pada masa depan.

LIHAT JUGA

Rm. 12:16-18; 1 Kor. 8:1; 2 Kor. 3:5

    Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Bahasa Isyarat Malaysia
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi