PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • hf bahagian 5 1-2
  • Cara Mengekalkan Kedamaian dengan Saudara-mara

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Cara Mengekalkan Kedamaian dengan Saudara-mara
  • Keluarga Anda Boleh Bahagia
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • 1 TETAP BERPANDANGAN WAJAR TERHADAP SAUDARA-MARA
  • 2 BERTEGASLAH JIKA PERLU
  • Setia kepada Pasangan Anda
    Keluarga Anda Boleh Bahagia
  • Perkahwinan Bahagia dengan Bantuan Tuhan
    Keluarga Anda Boleh Bahagia
  • Cara Selesaikan Masalah
    Keluarga Anda Boleh Bahagia
Keluarga Anda Boleh Bahagia
hf bahagian 5 1-2
Seorang ibu mertua berasa tidak senang hati terhadap cara menantunya memasak

BAHAGIAN 5

Cara Mengekalkan Kedamaian dengan Saudara-mara

“Kamu harus . . . baik hati, rendah hati, lemah lembut, dan bersabar.”​—Kolose 3:12

Perkahwinan menghasilkan keluarga yang baru. Walaupun anda akan terus mengasihi dan menghormati ibu bapa, pasangan anda ialah orang yang paling penting bagi anda. Sesetengah ahli keluarga mungkin berasa susah untuk menerima hal ini. Tetapi, prinsip Bible dapat membantu anda seimbang agar kedamaian dapat dikekalkan. Pada masa yang sama anda dapat bekerja keras untuk membina hubungan kekeluargaan yang baru.

1 TETAP BERPANDANGAN WAJAR TERHADAP SAUDARA-MARA

Satu pasangan meluangkan masa dengan ibu bapa mereka

NASIHAT BIBLE: “Hormatilah ibu bapamu.” (Efesus 6:2, 3) Biarpun sudah dewasa, anda harus sentiasa menghormati ibu bapa anda. Ingatlah bahawa pasangan anda juga perlu memberikan perhatian kepada ibu bapanya. Kasih tidak “iri hati.” Jadi janganlah berasa tertekan jika pasangan anda mempunyai hubungan yang baik dengan ibu bapanya.​—1 Korintus 13:4; Galatia 5:26.

ANDA BOLEH:

  • Elakkan kata-kata seperti, “Saya selalu dipandang rendah oleh keluargamu” atau “Ibumu tidak pernah menghargai apa yang saya lakukan”

  • Cuba memahami pandangan pasangan anda

2 BERTEGASLAH JIKA PERLU

NASIHAT BIBLE: “Seorang lelaki meninggalkan ibu bapanya dan bersatu dengan isterinya, lalu mereka menjadi satu.” (Kejadian 2:24) Selepas berkahwin, ibu bapa mungkin berasa bahawa mereka masih bertanggungjawab terhadap anda dan ingin masuk campur dalam hal keluarga anda.

Anda berdua boleh menentukan batasnya dan memberitahu mereka keputusan anda dengan sopan. Anda boleh berterus terang, tetapi janganlah bersikap kasar. (Amsal 15:1) Kerendahan hati, kelemahlembutan, dan kesabaran akan membantu anda untuk sentiasa ‘menunjukkan kasih’ dan memupuk hubungan yang mesra dengan saudara-mara.​—Efesus 4:2.

Seorang suami dan isteri sedang berbincang; seorang suami dan isteri memberikan hadiah kepada ibu bapa mereka

ANDA BOLEH:

  • Pilih masa yang sesuai untuk berbincang dengan pasangan anda jika anda risau saudara-mara akan masuk campur dalam hal keluarga anda

  • Capai persetujuan tentang cara mengendalikan hal ini

CUBA FAHAMI

Memahami perasaan dan pandangan ibu bapa adalah penting. Mereka tidak berniat buruk. Mereka sangat mengambil berat tentang anda. Ibu bapa mungkin susah untuk menerima bahawa anda sudah memiliki keluarga sendiri. Mereka mungkin berasa tersisih. Tetapi, dengan mengikut prinsip Bible dan berkomunikasi secara terbuka, anda dapat terus menghormati ibu bapa tanpa menjejaskan perkahwinan anda.

TANYALAH DIRI . . .

  • Mengapakah keprihatinan mentua saya terhadap perkahwinan kami adalah perkara biasa?

  • Bagaimanakah saya dapat mengutamakan pasangan saya dan pada masa yang sama menghormati ibu bapa saya?

    Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Bahasa Isyarat Malaysia
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi