PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • lmd 7
  • Ketabahan

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Ketabahan
  • Kasihi Orang—Jadikanlah Mereka Pengikut Yesus
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Apa yang Paulus Buat
  • Apakah yang Kita Pelajari daripada Paulus?
  • Tirulah Paulus
  • Kerendahan Hati
    Kasihi Orang—Jadikanlah Mereka Pengikut Yesus
  • Tunjukkan Minat
    Kasihi Orang—Jadikanlah Mereka Pengikut Yesus
  • Kesabaran
    Kasihi Orang—Jadikanlah Mereka Pengikut Yesus
  • Kesopanan
    Kasihi Orang—Jadikanlah Mereka Pengikut Yesus
Lihat Selanjutnya
Kasihi Orang—Jadikanlah Mereka Pengikut Yesus
lmd 7

BUAT KUNJUNGAN

Rasul Paulus mengongsi berita baik dengan sekumpulan orang di dewan sekolah.

Kisah 19:8-10

PELAJARAN 7

Ketabahan

Prinsip: “Mereka tidak henti-henti mengajarkan dan mengumumkan berita baik.”​—Kis. 5:42.

Apa yang Paulus Buat

Rasul Paulus mengongsi berita baik dengan sekumpulan orang di dewan sekolah.

VIDEO: Paulus Bertabah di Efesus

1. Lihat VIDEO, atau baca Kisah 19:8-10. Kemudian bincang soalan-soalan berikut:

  1. Walaupun ditentang, bagaimanakah Paulus tetap bertabah semasa membantu orang yang berminat?

  2. Seberapa kerapkah Paulus kembali untuk mengajar mereka yang berminat, dan berapa lama dia berbuat demikian?

Apakah yang Kita Pelajari daripada Paulus?

2. Kita perlu mencurahkan masa dan usaha untuk membuat kunjungan kembali yang berkesan dan memulakan pembelajaran Bible.

Tirulah Paulus

3. Sesuaikan jadual anda mengikut keadaan orang. Tanyalah diri, “Bilakah masa yang paling baik untuk bercakap dengannya, dan di manakah tempat yang sesuai untuk berbincang?” Anda perlu sudi mengunjungi orang itu, bahkan pada masa yang kurang sesuai bagi anda.

4. Buatlah janji temu. Pada akhir setiap perbualan, cuba tetapkan masa yang spesifik untuk berjumpa dengannya lagi. Tepatilah janji itu.

5. Jangan putus asa. Jangan cepat buat andaian bahawa seseorang tidak berminat kerana dia jarang di rumah atau dia selalu sibuk. (1 Kor. 13:​4, 7) Teruslah berusaha mencari orang itu, tetapi pada masa yang sama gunakanlah masa anda dengan bijak.—1 Kor. 9:26.

LIHAT JUGA

Kis. 10:42; 1 Kor. 9:22, 23; 2 Kor. 4:1; Gal. 6:9

    Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Bahasa Isyarat Malaysia
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi