PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • lmd 8
  • Kesabaran

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Kesabaran
  • Kasihi Orang—Jadikanlah Mereka Pengikut Yesus
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Apa yang Yesus Buat
  • Apakah yang Kita Pelajari daripada Yesus?
  • Tirulah Yesus
  • Tunjukkan Minat
    Kasihi Orang—Jadikanlah Mereka Pengikut Yesus
  • Ketabahan
    Kasihi Orang—Jadikanlah Mereka Pengikut Yesus
  • Baik Hati
    Kasihi Orang—Jadikanlah Mereka Pengikut Yesus
  • Bertekad
    Kasihi Orang—Jadikanlah Mereka Pengikut Yesus
Lihat Selanjutnya
Kasihi Orang—Jadikanlah Mereka Pengikut Yesus
lmd 8

BUAT KUNJUNGAN

Yesus menghampiri adiknya Yakobus di sebuah kedai tukang kayu. Yakobus terkejut melihatnya.

Yohanes 7:3-5; 1 Korintus 15:​3, 4, 7

PELAJARAN 8

Kesabaran

Prinsip: “Kasih itu sabar.”​—1 Kor. 13:4.

Apa yang Yesus Buat

Yesus menghampiri adiknya Yakobus di sebuah kedai tukang kayu. Yakobus terkejut melihatnya.

VIDEO: Yesus Bantu Adiknya dengan Sabar

1. Lihat VIDEO, atau baca Yohanes 7:3-5 dan 1 Korintus 15:3, 4, 7. Kemudian bincang soalan-soalan berikut:

  1. Pada mulanya, apakah reaksi adik-adik Yesus terhadap mesejnya?

  2. Apakah yang menunjukkan bahawa Yesus tidak putus asa terhadap adiknya Yakobus?

Apakah yang Kita Pelajari daripada Yesus?

2. Kita perlu bersabar kerana sesetengah orang memerlukan lebih banyak masa untuk menerima berita baik.

Tirulah Yesus

3. Cuba kaedah yang berbeza. Jika seseorang tidak segera menerima pembelajaran Bible, jangan paksanya. Apabila sesuai, gunakan video atau rencana yang dapat membantunya memahami apa yang berlaku semasa pembelajaran Bible dan manfaat yang dapat diraihnya.

4. Jangan buat perbandingan. Setiap orang berbeza. Jika seorang ahli keluarga atau kunjungan kembali ragu-ragu untuk belajar Bible atau menerima suatu ajaran Bible, fikirkan sebabnya. Adakah dia berasa susah untuk meninggalkan suatu kepercayaan agamanya? Adakah dia mengalami tekanan daripada saudara-mara atau jiran? Berilah dia masa untuk memikirkan tentang apa yang anda kongsikan dan manfaat ajaran Bible itu.

5. Berdoa untuk orang yang menunjukkan minat. Mohonlah Yehuwa agar anda tetap positif dan bertindak bijak. Berdoalah untuk daya pertimbangan supaya anda tahu bila seseorang benar-benar tidak berminat dan bila anda harus berhenti mengunjunginya.​—1 Kor. 9:26.

LIHAT JUGA

Mrk. 4:26-28; 1 Kor. 3:5-9; 2 Ptr. 3:9

    Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Bahasa Isyarat Malaysia
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi