PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 1 Raja-Raja 9
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

Rangka 1 Raja-Raja

      • Yehuwa menampakkan diri kepada Salomo buat kali kedua (1-9)

      • Hadiah Salomo kepada Raja Hiram (10-14)

      • Projek-projek pembinaan Salomo (15-28)

1 Raja-Raja 9:1

Rujukan Silang

  • +2Ta 8:1; Pkh 2:4
  • +2Ta 7:11

1 Raja-Raja 9:2

Rujukan Silang

  • +1Ra 3:5

1 Raja-Raja 9:3

Rujukan Silang

  • +Ul 12:5, 6; 1Ra 8:28, 29
  • +2Ta 6:40; 16:9; Mz 132:13

1 Raja-Raja 9:4

Nota kaki

  • *

    Atau “dengan mengikut haluan yang benar.”

  • *

    Atau “integriti.”

Rujukan Silang

  • +1Ra 3:6
  • +1Ta 29:17; Mz 78:70, 72
  • +2Ta 7:17, 18
  • +Pkh 12:13

1 Raja-Raja 9:5

Rujukan Silang

  • +2Sa 7:16, 17; 1Ra 2:4; Mz 89:20, 29

1 Raja-Raja 9:6

Rujukan Silang

  • +1Ra 11:4; 2Ta 7:19-22

1 Raja-Raja 9:7

Rujukan Silang

  • +Im 18:28; Ul 4:26; 2Sa 7:14; 2Ra 17:22, 23; Mz 89:30-32
  • +2Ra 25:9, 10; 2Ta 15:2
  • +Ul 28:37; Mz 44:14

1 Raja-Raja 9:8

Nota kaki

  • *

    Harfiah, “bersiul.”

Rujukan Silang

  • +2Ta 36:19; Yes 64:11
  • +Ul 29:24, 25; Yer 22:8, 9

1 Raja-Raja 9:9

Rujukan Silang

  • +Ul 28:64; Yer 5:19; 12:7

1 Raja-Raja 9:10

Rujukan Silang

  • +1Ra 6:37-7:1; 2Ta 8:1, 2

1 Raja-Raja 9:11

Rujukan Silang

  • +1Ra 5:1, 7
  • +1Ra 5:8

1 Raja-Raja 9:13

Nota kaki

  • *

    Atau mungkin, “Tanah yang Tidak Bernilai.”

1 Raja-Raja 9:14

Nota kaki

  • *

    Lihat Lampiran B14.

Rujukan Silang

  • +1Ra 10:21

1 Raja-Raja 9:15

Nota kaki

  • *

    Ibrani, mil·loh’ʹ yang bermaksud “timbunan tanah.” Lihat Kamus.

Rujukan Silang

  • +1Ra 4:6; 5:13
  • +1Ra 6:37
  • +2Sa 5:9; 1Ra 11:27; 2Ra 12:20
  • +Yos 19:32, 36
  • +Yos 17:11; Hak 5:19; 2Ra 9:27
  • +Hak 1:29

1 Raja-Raja 9:16

Rujukan Silang

  • +Yos 16:10
  • +1Ra 3:1

1 Raja-Raja 9:17

Rujukan Silang

  • +Yos 16:1, 3; 2Ta 8:4-6

1 Raja-Raja 9:18

Rujukan Silang

  • +Yos 19:44, 48

1 Raja-Raja 9:19

Rujukan Silang

  • +1Ra 4:26

1 Raja-Raja 9:20

Rujukan Silang

  • +Bil 13:29; Ul 7:1; Hak 1:21
  • +2Ta 8:7-10

1 Raja-Raja 9:21

Rujukan Silang

  • +Kej 9:25

1 Raja-Raja 9:22

Rujukan Silang

  • +Im 25:39

1 Raja-Raja 9:23

Rujukan Silang

  • +1Ra 5:16; 2Ta 2:18

1 Raja-Raja 9:24

Nota kaki

  • *

    Ibrani, mil·loh’ʹ yang bermaksud “timbunan tanah.” Lihat Kamus.

Rujukan Silang

  • +1Ra 3:1; 7:8; 2Ta 8:11
  • +2Sa 5:9
  • +1Ra 9:15

1 Raja-Raja 9:25

Rujukan Silang

  • +Kel 23:14
  • +2Ta 8:12, 13
  • +2Ta 8:16

1 Raja-Raja 9:26

Rujukan Silang

  • +Ul 2:8
  • +2Ta 8:17, 18

1 Raja-Raja 9:27

Rujukan Silang

  • +1Ra 5:12

1 Raja-Raja 9:28

Rujukan Silang

  • +Kej 10:29; 1Ta 29:3, 4; Mz 45:9

Lain

1 Raj. 9:12Ta 8:1; Pkh 2:4
1 Raj. 9:12Ta 7:11
1 Raj. 9:21Ra 3:5
1 Raj. 9:3Ul 12:5, 6; 1Ra 8:28, 29
1 Raj. 9:32Ta 6:40; 16:9; Mz 132:13
1 Raj. 9:41Ra 3:6
1 Raj. 9:41Ta 29:17; Mz 78:70, 72
1 Raj. 9:42Ta 7:17, 18
1 Raj. 9:4Pkh 12:13
1 Raj. 9:52Sa 7:16, 17; 1Ra 2:4; Mz 89:20, 29
1 Raj. 9:61Ra 11:4; 2Ta 7:19-22
1 Raj. 9:7Im 18:28; Ul 4:26; 2Sa 7:14; 2Ra 17:22, 23; Mz 89:30-32
1 Raj. 9:72Ra 25:9, 10; 2Ta 15:2
1 Raj. 9:7Ul 28:37; Mz 44:14
1 Raj. 9:82Ta 36:19; Yes 64:11
1 Raj. 9:8Ul 29:24, 25; Yer 22:8, 9
1 Raj. 9:9Ul 28:64; Yer 5:19; 12:7
1 Raj. 9:101Ra 6:37-7:1; 2Ta 8:1, 2
1 Raj. 9:111Ra 5:1, 7
1 Raj. 9:111Ra 5:8
1 Raj. 9:141Ra 10:21
1 Raj. 9:151Ra 4:6; 5:13
1 Raj. 9:151Ra 6:37
1 Raj. 9:152Sa 5:9; 1Ra 11:27; 2Ra 12:20
1 Raj. 9:15Yos 19:32, 36
1 Raj. 9:15Yos 17:11; Hak 5:19; 2Ra 9:27
1 Raj. 9:15Hak 1:29
1 Raj. 9:16Yos 16:10
1 Raj. 9:161Ra 3:1
1 Raj. 9:17Yos 16:1, 3; 2Ta 8:4-6
1 Raj. 9:18Yos 19:44, 48
1 Raj. 9:191Ra 4:26
1 Raj. 9:20Bil 13:29; Ul 7:1; Hak 1:21
1 Raj. 9:202Ta 8:7-10
1 Raj. 9:21Kej 9:25
1 Raj. 9:22Im 25:39
1 Raj. 9:231Ra 5:16; 2Ta 2:18
1 Raj. 9:241Ra 3:1; 7:8; 2Ta 8:11
1 Raj. 9:242Sa 5:9
1 Raj. 9:241Ra 9:15
1 Raj. 9:25Kel 23:14
1 Raj. 9:252Ta 8:12, 13
1 Raj. 9:252Ta 8:16
1 Raj. 9:26Ul 2:8
1 Raj. 9:262Ta 8:17, 18
1 Raj. 9:271Ra 5:12
1 Raj. 9:28Kej 10:29; 1Ta 29:3, 4; Mz 45:9
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
  • 25
  • 26
  • 27
  • 28
Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
1 Raja-Raja 9:1-28

Satu Raja-Raja

9 Sebaik sahaja Salomo siap membina Rumah Yehuwa, istana raja,+ dan segala sesuatu yang ingin dibuat olehnya,+ 2 Yehuwa menampakkan diri kepada Salomo buat kali kedua, sepertimana Dia telah menampakkan diri kepada Salomo di Gibeon.+ 3 Yehuwa berfirman, “Aku telah mendengar doamu dan permohonanmu yang telah engkau ucapkan di hadapan-Ku. Aku telah menyucikan rumah yang engkau bina dengan meletakkan nama-Ku secara kekal di situ.+ Aku akan sentiasa menjaga dan melindunginya.+ 4 Jika engkau menyembah Aku seperti bapamu Daud,+ yang menyembah Aku dengan tulus* dan sepenuh hati,*+ dan jika engkau mematuhi segala hukum dan peraturan-Ku+ serta melakukan segala yang telah Aku perintahkan kepadamu,+ 5 Aku akan mengukuhkan kerajaanmu di Israel buat selama-lamanya. Hal ini demikian kerana Aku pernah berjanji kepada bapamu Daud, ‘Salah seorang daripada keturunanmu akan selalu duduk di atas takhta Israel.’+ 6 Tetapi jika engkau dan anak-anakmu berpaling daripada-Ku lalu sujud menyembah tuhan yang lain, dan tidak mengikut Aku serta tidak mematuhi hukum dan perintah yang telah Aku berikan kepadamu,+ 7 Aku akan mengusir orang Israel dari negeri yang telah Aku berikan kepada mereka.+ Rumah yang telah Aku sucikan demi nama-Ku akan Aku singkirkan daripada pandangan-Ku.+ Aku akan memastikan bahawa mereka menjadi bahan hinaan dan ejekan semua orang.+ 8 Rumah ini akan menjadi timbunan batu+ dan sesiapa sahaja yang lalu di sini akan tercengang dan menggelengkan kepala* sambil bertanya, ‘Mengapakah Yehuwa berbuat demikian terhadap negeri ini dan rumah ini?’+ 9 Kemudian orang akan berkata, ‘Mereka telah meninggalkan Yehuwa, Tuhan mereka. Dialah yang telah membawa nenek moyang mereka keluar dari negeri Mesir, tetapi mereka berpaling kepada tuhan-tuhan lain dan sujud menyembah tuhan-tuhan itu. Itulah sebabnya Yehuwa mendatangkan semua malapetaka ini atas mereka.’”+

10 Salomo mengambil masa 20 tahun untuk membina dua buah rumah, iaitu Rumah Yehuwa dan istana raja.+ 11 Hiram,+ raja Tirus, telah membekalkan kayu sedar, kayu juniper, dan emas yang diingini oleh Salomo.+ Raja Salomo pula memberikan 20 buah kota di Galilea kepada Hiram. 12 Hiram berangkat dari Tirus untuk melihat kota-kota itu, tetapi dia tidak berpuas hati dengan kota-kota itu. 13 Dia berkata, “Saudaraku, mengapa saudara berikan kota-kota seperti ini kepada beta?” Itulah sebabnya kota-kota itu dinamakan Tanah Kabul* sehingga hari ini. 14 Hiram telah menghantar 120 talenta* emas kepada Raja Salomo.+

15 Berikut merupakan catatan pembinaan yang dilakukan oleh orang yang diwajibkan+ untuk bekerja bagi Raja Salomo. Mereka telah membina Rumah Yehuwa,+ istana raja, tembok Yerusalem, tempat perlindungan,*+ kota Hazor,+ Megido,+ dan Gezer.+ 16 (Firaun, raja Mesir, datang untuk menawan Gezer dan membakar kota itu dengan api. Dia juga membunuh orang Kanaan+ yang tinggal di situ. Kemudian dia memberikan kota itu kepada puterinya,+ iaitu isteri Salomo, sebagai hadiah perkahwinan.) 17 Salomo membina semula Gezer, Bet-horon Hilir,+ 18 Baalat,+ dan Tamar. Tamar terletak di padang belantara yang berada di dalam kawasan pemerintahan Salomo. 19 Dia juga membina semua kota tempat penyimpanan bekalan dan kereta kuda,+ dan kota untuk pasukan askar berkuda. Akhirnya, segala yang ingin dibina oleh Salomo di Yerusalem, di Lebanon, dan di seluruh kawasan pemerintahannya telah disiapkan. 20 Berkenaan semua orang Amori, Het, Feris, Hewi, dan Yebus+ yang masih ada, mereka bukan sebahagian daripada bangsa Israel.+ 21 Keturunan mereka yang tinggal di Israel, yang tidak dibunuh oleh orang Israel, diwajibkan untuk bekerja sebagai hamba Salomo sehingga hari ini.+ 22 Namun Salomo tidak mewajibkan seorang pun daripada bangsa Israel untuk menjadi hambanya.+ Sebaliknya, mereka dijadikan pahlawan, pegawai, pemimpin, pegawai tentera, dan ketua pemandu kereta kuda serta ketua pasukan askar berkuda. 23 Sebanyak 550 orang ketua pembesar bertanggungjawab atas pekerjaan Salomo. Mereka bertugas sebagai mandur untuk mengawasi pekerja-pekerja Salomo.+

24 Puteri Firaun+ berpindah dari Kota Daud+ ke istana yang telah dibina oleh Salomo untuknya. Kemudian Salomo membina tempat perlindungan.*+

25 Tiga kali setahun,+ Salomo mempersembahkan korban bakar dan korban pendamaian di atas mazbah yang telah dibinanya untuk Yehuwa.+ Selain itu, dia juga membakar korban di hadapan Yehuwa sehingga asap naik dari mazbah. Demikianlah Raja Salomo menyelesaikan pembinaan Rumah Tuhan.+

26 Raja Salomo membina kapal-kapal di Ezion-geber,+ dekat Elot, di persisiran pantai Laut Merah di tanah Edom.+ 27 Hiram mengutus hamba-hambanya, iaitu anak-anak kapalnya yang berpengalaman, untuk bekerja di atas kapal-kapal itu+ dengan hamba Salomo. 28 Mereka belayar ke Ofir+ dan mengambil 420 talenta emas dari sana untuk diberikan kepada Raja Salomo.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi