Mazmur
Untuk pengarah muzik; untuk diiringi dengan alat muzik bertali. Sebuah mazmur. Sebuah lagu.
67 Ya Tuhan, Engkau akan merahmati dan memberkati kami;
Engkau akan memancarkan cahaya-Mu ke atas kami.+ (Selah)
2 Dengan itu, haluan-Mu akan diketahui di seluruh dunia,+
Dan penyelamatan daripada-Mu akan diberitakan kepada semua bangsa.+
3 Ya Tuhan, semoga bangsa-bangsa memuji-Mu;
Semoga semua bangsa memuliakan-Mu!
4 Semoga bangsa-bangsa bergembira dan bersorak dengan sukacita,+
Kerana Engkau akan menghakimi orang dengan adil.+
Engkau akan membimbing bangsa-bangsa di bumi. (Selah)
5 Ya Tuhan, semoga bangsa-bangsa memuji-Mu;
Semoga semua bangsa memuliakan-Mu!