Mazmur
106 Pujilah Yah!*
2 Siapakah yang dapat menceritakan semua perbuatan besar Yehuwa?
Siapakah yang dapat memuji semua perbuatan-Nya?+
3 Berbahagialah orang yang berlaku adil,
Yang sentiasa melakukan apa yang benar.+
4 Ya Yehuwa, ingatlah akan aku apabila Engkau menunjukkan perkenan kepada umat-Mu.+
Jagalah aku dan selamatkanlah aku,
5 Supaya aku dapat merasai kebaikan yang Engkau tunjukkan kepada umat pilihan-Mu,+
Supaya aku dapat bergembira bersama bangsa pilihan-Mu,
Dan supaya aku dapat memuji-Mu bersama warisan-Mu dengan bangga.
6 Kami telah berdosa seperti nenek moyang kami.+
Ya, kami sudah melakukan apa yang salah dan apa yang jahat.+
7 Nenek moyang kami tidak menghargai* perbuatan-Mu yang menakjubkan di Mesir.
Mereka lupa akan kasih setia-Mu yang melimpah,
Dan mereka memberontak di tepi Laut Merah.+
9 Dia menegur Laut Merah, dan laut itu pun kering;
Dia memimpin mereka menyeberangi dasar laut itu, seperti menyeberangi padang gurun.+
10 Dia menyelamatkan mereka daripada tangan musuh,+
Dan membebaskan mereka daripada cengkaman lawan.+
11 Air menenggelami musuh mereka
Sehingga tiada seorang pun yang terselamat.+
13 Tetapi dengan segera, mereka lupa akan perbuatan-Nya.+
Mereka tidak menunggu bimbingan-Nya.
14 Di padang belantara, mereka begitu mementingkan diri dan hanya mahu mengikut keinginan hati mereka.+
Mereka mencubai Tuhan di padang gurun.+
15 Dia memenuhi permintaan mereka,
Tetapi kemudiannya Dia mendatangkan penyakit yang membuat mereka menjadi lemah lalu mati.+
16 Di perkhemahan mereka, mereka cemburu terhadap Musa,
17 Bumi terbuka dan menelan Datan,
Dan menimbus semua orang yang berkumpul bersama Abiram.+
18 Api turun dan membakar orang lain yang mengikuti mereka;
Semua orang yang jahat habis dijilat api.+
19 Mereka membuat patung anak lembu di Horeb,
Dan menyembah patung berhala yang diperbuat daripada logam.+
20 Mereka menggantikan kemuliaan-Ku
Dengan patung lembu jantan yang makan rumput.+
21 Mereka lupa akan Tuhan,+ Penyelamat mereka,
Yang telah melakukan perbuatan yang luar biasa di Mesir,+
22 Perbuatan yang menakjubkan di tanah Ham,+
Dan perbuatan yang hebat di Laut Merah.+
23 Dia hampir memberikan perintah supaya mereka dilenyapkan,
Tetapi Musa, hamba pilihan-Nya, merayu kepada-Nya
Supaya Dia tidak murka dan memusnahkan mereka.+
26 Oleh itu, Dia mengangkat tangan-Nya dan bersumpah
Bahawa Dia akan membinasakan mereka di padang belantara.+
27 Dia akan membuat keturunan mereka mati dalam kalangan bangsa-bangsa lain,
Dan mencerai-beraikan mereka ke merata tempat.+
28 Kemudian mereka ikut menyembah Baal di Peor,+
Dan memakan korban yang dipersembahkan kepada orang mati.*
30 Tetapi Pinehas bangkit dan bertindak,
Lalu wabak itu pun berhenti.+
31 Perbuatannya itu mendapat perkenan Tuhan,
Dari generasi ke generasi dan untuk selama-lamanya.+
32 Mereka membuat Tuhan marah di Sumber Air Meriba,*
Dan Musa ditimpa kesusahan kerana perbuatan mereka itu.+
33 Mereka membuat Musa begitu marah,
Sehingga dia bercakap tanpa berfikir.+
36 Mereka asyik menyembah patung-patung berhala bangsa-bangsa itu;+
Hal itu menjadi jerat bagi mereka.+
37 Mereka mempersembahkan anak-anak lelaki
Dan anak-anak perempuan mereka kepada roh-roh jahat.+
38 Tanpa henti, mereka menumpahkan darah orang yang tidak berdosa,+
Iaitu darah anak-anak mereka sendiri.
Mereka mempersembahkan anak mereka kepada berhala-berhala di tanah Kanaan,+
Dan tanah itu menjadi najis kerana darah yang ditumpahkan.
40 Maka Yehuwa menjadi murka terhadap umat-Nya;
Dia mula membenci warisan-Nya.
41 Berkali-kali, Dia menyerahkan mereka ke dalam tangan bangsa-bangsa,+
Supaya mereka dijajah oleh orang yang membenci mereka.+
42 Mereka ditindas oleh musuh-musuh mereka,
Dan terpaksa tunduk kepada mereka.
43 Berulang kali, Tuhan menyelamatkan mereka,+
Tetapi mereka masih memberontak dan mengingkari-Nya.+
Oleh itu, mereka dihina kerana kesalahan mereka itu.+
45 Demi mereka, Dia ingat akan perjanjian-Nya.
Kerana kasih setia-Nya yang melimpah, Dia berasa kasihan terhadap mereka.+
46 Dia akan menyebabkan semua orang yang menawan mereka
Berasa kasihan terhadap mereka.+
47 Selamatkanlah kami, ya Yehuwa, Tuhan kami.+
Kumpulkanlah kami daripada bangsa-bangsa lain,+
Supaya kami dapat memuji nama-Mu yang suci,
Dan dapat memberikan pujian kepada-Mu dengan girang hati.+
48 Semoga Yehuwa, Tuhan orang Israel,
Dipuji buat selama-lamanya.+
Semua orang pun berkata, “Amin!”*
Pujilah Yah!*