Yesaya
28 Malanglah mahkota* yang dibangga-banggakan para pemabuk dari Efraim!+
Kota yang didiami para kaki botol menjulang tinggi di lembah yang subur,
Tetapi keindahan dan kemuliaannya akan menjadi seperti bunga yang sedang layu.
2 Lihatlah! Yehuwa akan mengutus seorang yang kuat dan perkasa.
Seperti hujan batu yang disertai guruh, seperti angin ribut yang dahsyat,
Dan seperti ribut badai yang disertai banjir,
Dia akan menghempaskan mahkota itu ke tanah dengan kuat.
3 Mahkota-mahkota yang menjadi kebanggaan para pemabuk dari Efraim
Akan dipijak-pijak.+
4 Meskipun kota mereka menjulang tinggi di lembah yang subur,
Kemuliaan dan keindahannya akan menjadi seperti bunga yang sedang layu,
Dan akan menjadi seperti buah ara yang masak sebelum musim panas;
Sebaik sahaja dilihat orang, buah itu dipetik lalu ditelan.
5 Pada masa itu, Yehuwa, ketua angkatan syurga, akan menjadi seperti mahkota yang mulia dan lingkaran bunga yang indah bagi umat-Nya yang terselamat.+ 6 Dia akan menggerakkan para hakim untuk menghakimi dengan adil, dan Dia akan memberikan kekuatan kepada orang yang mempertahankan pintu gerbang kota daripada serangan.+
7 Para imam dan nabi tersesat kerana minum wain;
Mereka terhuyung-hayang kerana minum arak.
Mereka tersesat kerana minum minuman keras
Dan keliru kerana minum wain.
Mereka minum arak sehingga terhuyung-hayang;
Mereka terlalu mabuk sehingga tidak dapat memahami penglihatan,
Dan mereka begitu mabuk sehingga tidak dapat mengadili dengan baik.+
8 Meja mereka penuh dengan muntah;
Tidak ada satu tempat pun yang bersih.
9 Mereka berkata, “Kepada siapa dia mengajarkan pengetahuan?
Kepada siapa dia menjelaskan pesanan yang disampaikan itu?
Adakah kita ini bayi yang baru cerai susu?
Adakah kita ini anak kecil yang baru berhenti menyusu?
10 Orang itu asyik berkata, ‘Ikut perintah ini, ikut perintah itu,
Patuhi peraturan* ini, patuhi peraturan itu,+
Perhatikan hal ini, perhatikan hal itu.’”*
11 Oleh itu, Tuhan akan berfirman kepada bangsa ini melalui orang yang gagap dan berbahasa asing.+ 12 Tuhan pernah berfirman kepada bangsa ini, “Inilah tempat untuk berehat, tempat untuk disegarkan. Biarlah orang yang lelah beristirahat,” tetapi mereka enggan mendengarkan-Nya.+ 13 Itulah sebabnya Yehuwa akan berfirman kepada mereka lagi,
“Ikut perintah ini, ikut perintah itu,
Patuhi peraturan* ini, patuhi peraturan itu,+
Perhatikan hal ini, perhatikan hal itu.”
Mereka akan tersandung semasa berjalan,
Lalu jatuh terbaring.
Mereka akan luka, dijerat, lalu ditangkap.+
14 Sekarang, dengarkanlah firman Yehuwa, hai kamu yang bercakap besar,
Yang memerintah penduduk Yerusalem.
15 Kamu berkata,
“Kami sudah mengikat perjanjian dengan Maut+
Dan mencapai persetujuan dengan Kuburan.*
Semasa banjir kilat melanda,
Kami tidak akan diapa-apakan,
Kerana kami telah menjadikan dusta sebagai tempat perlindungan,
Dan kami telah bersembunyi di sebalik penipuan.”+
16 Maka demikianlah firman Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat,
“Aku akan meletakkan sebuah batu yang sudah diuji sebagai asas di Sion,+
Sebuah batu penjuru berharga+ yang akan menjadi asas yang kukuh.+
Sesiapa yang menaruh iman kepadanya tidak akan berasa cemas.+
Dusta yang menjadi tempat perlindungan kamu akan disapu oleh hujan batu,
Dan tempat persembunyian kamu akan dibanjiri air.
18 Perjanjian kamu dengan Maut akan dibatalkan,
Apabila banjir kilat melanda,
Kamu akan dihancurkan.
19 Banjir akan melanda kamu setiap pagi;
Kamu harus menghadapinya siang dan malam.
Setiap kali banjir melanda,
Kamu akan dihanyutkan.+
Orang hanya akan memahami perkhabaran yang disampaikan apabila mereka dicengkam ketakutan.”*
20 Kamu akan menjadi seperti orang yang mencuba tidur di atas katil yang terlalu pendek,
Dan yang mencuba menyelubungi tubuh dengan selimut yang terlalu kecil.
21 Yehuwa akan bangkit seperti yang dilakukan-Nya di Gunung Perasim;
Dia akan bertindak seperti yang dilakukan-Nya di lembah* dekat Gibeon.+
Dia akan melakukan sesuatu yang aneh
Dan melaksanakan hal yang luar biasa.+
22 Jangan memandang ringan+ perkhabaran yang aku sampaikan,
Supaya tali yang mengikat kamu tidak menjadi lebih ketat lagi.
Aku sudah mendengar bahawa Yehuwa, Tuhan Yang Berdaulat, ketua angkatan syurga,
23 Pasanglah telinga dan dengarkanlah suaraku;
Berikanlah perhatian kepada kata-kataku.
24 Adakah seorang petani akan membajak tanah sepanjang hari untuk menanam benih?
Adakah dia akan terus-menerus menggemburkan dan menghancurkan tanah?+
25 Setelah meratakan tanah,
Dia akan menabur benih jintan hitam dan jintan putih.
Dia akan menanam gandum, sekoi, dan barli, di tempat yang sesuai
27 Jintan hitam tidak diirik dengan alat pengirik,+
Dan jintan putih tidak diirik dengan roda pedati.
Sebaliknya, jintan hitam dipukul dengan tongkat,
Dan jintan putih dipukul dengan batang kayu.
28 Semasa seseorang mengirik gandum di tempat mengirik,