PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 1 Samuel 1
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

Rangka 1 Samuel

      • Elkana dan isteri-isterinya (1-8)

      • Hana meminta seorang anak lelaki (9-18)

      • Samuel lahir dan diserahkan kepada Yehuwa (19-28)

1 Samuel 1:1

Nota kaki

  • *

    Atau “ialah orang Zuf dari Rama.”

Rujukan Silang

  • +1Ta 6:22, 27
  • +1Sa 1:19; 7:15, 17
  • +Yos 16:5

1 Samuel 1:3

Nota kaki

  • *

    Atau “bersujud.”

Rujukan Silang

  • +Kel 23:14; 34:23; Ul 12:5, 6; Yos 18:1; Hak 21:19; Lu 2:41
  • +1Sa 2:12, 22; 4:17
  • +Bil 3:10; Ul 33:10; Mal 2:7

1 Samuel 1:4

Rujukan Silang

  • +Im 7:15

1 Samuel 1:5

Nota kaki

  • *

    Harfiah, “menutup rahimnya.”

1 Samuel 1:7

Nota kaki

  • *

    Harfiah, “rumah.”

Rujukan Silang

  • +Ul 16:16; 1Sa 2:18, 19

1 Samuel 1:9

Rujukan Silang

  • +Kel 25:8; 1Sa 3:3; 2Sa 7:2

1 Samuel 1:10

Rujukan Silang

  • +Mz 55:22; 65:2

1 Samuel 1:11

Rujukan Silang

  • +Kej 30:22
  • +Bil 6:5

1 Samuel 1:15

Rujukan Silang

  • +Mz 42:6; 62:8; 142:2

1 Samuel 1:17

Rujukan Silang

  • +1Sa 1:11

1 Samuel 1:19

Rujukan Silang

  • +1Sa 1:1
  • +1Sa 1:11; Mz 66:19; Ams 15:29

1 Samuel 1:20

Nota kaki

  • *

    Atau mungkin, “apabila tiba masanya.”

  • *

    Maksudnya “Nama Tuhan.”

Rujukan Silang

  • +Kej 5:29; 41:51; Kel 2:21, 22; Mt 1:21

1 Samuel 1:21

Rujukan Silang

  • +1Sa 1:3

1 Samuel 1:22

Nota kaki

  • *

    Harfiah, “menghadap Yehuwa.”

Rujukan Silang

  • +Ul 16:16
  • +1Sa 1:11; 2:11; 2Ta 31:16

1 Samuel 1:24

Nota kaki

  • *

    Harfiah, “1 efa.” Lihat Lampiran B14.

Rujukan Silang

  • +Bil 15:8-10
  • +Yos 18:1

1 Samuel 1:26

Rujukan Silang

  • +1Sa 1:15

1 Samuel 1:27

Rujukan Silang

  • +1Sa 1:11, 17; Mz 66:19

1 Samuel 1:28

Nota kaki

  • *

    Harfiah, “meminjamkannya.”

  • *

    Nampaknya merujuk kepada Elkana.

Lain

1 Sam. 1:11Ta 6:22, 27
1 Sam. 1:11Sa 1:19; 7:15, 17
1 Sam. 1:1Yos 16:5
1 Sam. 1:3Kel 23:14; 34:23; Ul 12:5, 6; Yos 18:1; Hak 21:19; Lu 2:41
1 Sam. 1:31Sa 2:12, 22; 4:17
1 Sam. 1:3Bil 3:10; Ul 33:10; Mal 2:7
1 Sam. 1:4Im 7:15
1 Sam. 1:7Ul 16:16; 1Sa 2:18, 19
1 Sam. 1:9Kel 25:8; 1Sa 3:3; 2Sa 7:2
1 Sam. 1:10Mz 55:22; 65:2
1 Sam. 1:11Kej 30:22
1 Sam. 1:11Bil 6:5
1 Sam. 1:15Mz 42:6; 62:8; 142:2
1 Sam. 1:171Sa 1:11
1 Sam. 1:191Sa 1:1
1 Sam. 1:191Sa 1:11; Mz 66:19; Ams 15:29
1 Sam. 1:20Kej 5:29; 41:51; Kel 2:21, 22; Mt 1:21
1 Sam. 1:211Sa 1:3
1 Sam. 1:22Ul 16:16
1 Sam. 1:221Sa 1:11; 2:11; 2Ta 31:16
1 Sam. 1:24Bil 15:8-10
1 Sam. 1:24Yos 18:1
1 Sam. 1:261Sa 1:15
1 Sam. 1:271Sa 1:11, 17; Mz 66:19
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
  • 25
  • 26
  • 27
  • 28
Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
1 Samuel 1:1-28

Satu Samuel

1 Elkana+ ialah seorang lelaki dari Ramataim-zofim*+ di kawasan pergunungan Efraim.+ Dia seorang penduduk Efraim dan merupakan anak Yeroham, Yeroham ialah anak Elihu, Elihu ialah anak Tohu, dan Tohu ialah anak Zuf. 2 Elkana mempunyai dua orang isteri yang bernama Hana dan Penina. Penina mempunyai anak tetapi Hana tidak mempunyai anak. 3 Setiap tahun Elkana akan berangkat dari kotanya dan pergi ke Silo+ untuk beribadat* dan mempersembahkan korban kepada Yehuwa, ketua angkatan syurga. Di situlah dua orang anak lelaki Eli, iaitu Hofni dan Pinehas,+ berkhidmat kepada Yehuwa sebagai imam.+

4 Pada suatu hari, semasa Elkana mempersembahkan korban, dia memberikan beberapa bahagian daripada korban itu kepada isterinya Penina dan semua anak lelaki dan anak perempuannya.+ 5 Walaupun Yehuwa tidak memberikan anak kepada Hana,* Elkana memberikan satu bahagian yang istimewa kepada Hana kerana dia sangat mencintainya. 6 Oleh sebab Yehuwa tidak memberikan anak kepada Hana, madunya Penina terus-menerus mencemuh Hana untuk menyakiti hatinya. 7 Itulah yang dilakukan olehnya setiap tahun; setiap kali Hana pergi ke khemah suci* Yehuwa,+ madunya akan mencemuhnya sehingga dia menangis dan tidak mahu makan. 8 Namun suaminya Elkana berkata kepadanya, “Hana, kenapa kamu menangis? Kenapa tidak mahu makan? Kenapa begitu sedih? Bukankah aku lebih berharga bagimu daripada 10 orang anak lelaki?”

9 Selepas mereka selesai makan dan minum di Silo, Hana bangun dari situ. Pada masa itu, Imam Eli sedang duduk di kerusi yang berdekatan tiang pintu di khemah suci+ Yehuwa. 10 Hana berasa pedih hati dan mula berdoa kepada Yehuwa+ sambil menangis teresak-esak. 11 Kemudian dia berikrar, “Ya Yehuwa, ketua angkatan syurga, jika Engkau memperhatikan penderitaan hamba-Mu ini, dan jika Engkau ingat akan aku dan tidak melupakan aku, serta memberi aku seorang anak lelaki,+ aku akan menyerahkannya kepada-Mu, ya Yehuwa. Dia akan berkhidmat kepada-Mu seumur hidupnya, dan rambutnya tidak akan dipotong.”+

12 Lama sekali Hana berdoa kepada Yehuwa, dan selama itu Eli memperhatikan mulutnya. 13 Hana berdoa dalam hatinya dan hanya bibirnya yang bergerak, tetapi suaranya tidak kedengaran. Maka Eli menyangka dia mabuk. 14 Eli berkata kepadanya, “Sampai bila kamu akan terus mabuk? Jangan minum wain lagi.” 15 Hana menjawab, “Tidak tuan! Aku tidak minum wain atau minuman keras. Aku mencurahkan isi hatiku kepada Yehuwa kerana aku sangat tertekan.+ 16 Janganlah menganggap hambamu ini sebagai perempuan yang tidak berguna. Aku berdoa sehingga sekarang kerana aku sangat menderita dan sakit hati.” 17 Kemudian Eli berkata, “Pergilah dengan sejahtera dan semoga Tuhan orang Israel mengabulkan permohonanmu.”+ 18 Lalu Hana berkata, “Semoga hamba mendapat perkenan di matamu.” Selepas itu, Hana beredar dari situ, lalu dia makan dan mukanya tidak sedih lagi.

19 Pada awal pagi, Elkana dan keluarganya bangun lalu bersujud di hadapan Yehuwa. Selepas itu, mereka kembali ke rumah mereka di Rama.+ Elkana bersetubuh dengan isterinya Hana, dan Yehuwa ingat pada Hana.+ 20 Maka dalam masa setahun,* Hana hamil dan melahirkan seorang anak lelaki lalu menamakannya+ Samuel.* Dia berkata, “Aku telah memintanya daripada Yehuwa.”

21 Tibalah masanya bagi Elkana dan seisi rumah tangganya berangkat untuk mempersembahkan korban tahunan kepada Yehuwa+ dan korban untuk menunaikan ikrarnya. 22 Tetapi Hana tidak ikut.+ Dia berkata kepada suaminya, “Sebaik sahaja anak ini bercerai susu, aku akan membawanya ke khemah suci Yehuwa* dan dia akan tinggal di situ seumur hidupnya.”+ 23 Lalu suaminya Elkana berkata, “Buatlah apa yang kamu rasa baik. Tinggallah di rumah sehingga anak kita bercerai susu. Semoga Yehuwa membuat kata-katamu menjadi kenyataan.” Maka dia tinggal di rumah dan menyusui anaknya sehingga anaknya bercerai susu.

24 Sebaik sahaja anak itu bercerai susu, Hana membawanya ke Silo. Dia juga membawa seekor lembu jantan berusia tiga tahun, satu bekas* tepung, dan sebuah bekas besar yang berisi wain.+ Dia datang ke rumah Yehuwa di Silo+ dan membawa anak kecil itu bersama-samanya. 25 Mereka menyembelih lembu itu dan membawa budak itu kepada Eli. 26 Hana berkata, “Tuan, aku bersumpah demi tuan bahawa akulah wanita yang pernah berdiri di sini bersama tuan untuk berdoa kepada Yehuwa.+ 27 Aku berdoa untuk meminta anak ini dan Yehuwa telah mengabulkan permohonanku.+ 28 Oleh itu, aku menyerahkannya* kepada Yehuwa sekarang. Dia akan menjadi milik Yehuwa seumur hidupnya.”

Lalu dia* bersujud kepada Yehuwa di situ.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi