PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 2/08 ms. 2
  • Jadual Perjumpaan Aktiviti Penyebaran

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Jadual Perjumpaan Aktiviti Penyebaran
  • Kerja Teokratik Kita—2008
  • Tajuk Kecil
  • Minggu Bermula 11 Februari
  • Minggu Bermula 18 Februari
  • Minggu Bermula 25 Februari
  • Minggu Bermula 3 Mac
Kerja Teokratik Kita—2008
km 2/08 ms. 2

Jadual Perjumpaan Aktiviti Penyebaran

Minggu Bermula 11 Februari

Lagu 168

10 min: Pengumuman tempatan. Dengan menggunakan cadangan pada muka surat 8 atau mana-mana penyampaian yang sesuai, tunjukkan cara menawarkan majalah tempatan No. 802, Death​—Is It Really the End? dan majalah tempatan No. 711, Can You Trust the Bible?

15 min: Bolehkah Anda Berkhidmat di Tempat yang Mempunyai Keperluan yang Mendesak? Ceramah dan perbincangan bersama hadirin berdasarkan majalah pembelajaran (E) 15 Julai 2003, muka surat 20. Gunakan komen-komen daripada buku Organized muka surat 111, perenggan 1, hingga muka surat 112, perenggan 1. Secara ringkas, temu ramah sesiapa yang telah berpindah ke tempat yang mempunyai keperluan yang mendesak. Apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh mereka? Bagaimanakah mereka mengatasi cabaran-cabaran tersebut? Apakah berkat-berkat yang diterima oleh mereka?

20 min: Bantu Orang yang Baharu untuk Menjadi Penyiar yang Maju. Selepas kata pengenalan yang kurang daripada satu minit, mulakan sesi soal jawab dengan menggunakan soalan-soalan yang terdapat dalam majalah pembelajaran (E) 1 Disember 2005, muka surat 31. Selepas membincangkan perenggan 18, adakan satu demonstrasi yang menunjukkan seorang penyiar baharu sedang menjalankan kerja penyebaran dengan seorang penyiar yang berpengalaman. Penghuni rumah mengemukakan suatu penghalang perbualan dan kemudiannya menamatkan perbualan itu setelah penyiar baharu memberi jawapan yang kurang berkesan. Selepas beredar dari rumah penghuni, penyiar yang berpengalaman memberi pujian secara mesra kepada penyiar yang baharu atas usahanya. Kemudian, dia menunjukkan penyiar yang baharu cara menggunakan buku Reasoning untuk menjawab penghalang perbualan yang serupa pada masa yang lain.

Lagu 50

Minggu Bermula 18 Februari

Lagu 17

10 min: Pengumuman tempatan. Pengumuman terpilih daripada Kerja Teokratik Kita.

10 min: Keperluan tempatan.

25 min: “Bukti akan Kepercayaan yang Teguh!”a Penyelia aktiviti penyebaran akan mengendalikan bahagian ini. Akhiri bahagian ini dengan meninjau pencapaian-pencapaian sidang yang menggalakkan sepanjang tahun aktiviti penyebaran yang lalu.

Lagu 194

Minggu Bermula 25 Februari

Lagu 81

10 min: Pengumuman tempatan. Ingatkan para penyiar untuk menyerahkan laporan aktiviti penyebaran bagi bulan Februari. Bacakan laporan kewangan dan surat akuan derma. Tunjukkan cara untuk mengundang seorang ahli keluarga atau jiran dengan menggunakan jemputan Peringatan.

20 min: “Memperingati Tebusan Yesus dengan Rasa Syukur.”b Jika masa mengizinkan, jemput para hadirin untuk memberikan komen tentang ayat-ayat rujukan daripada Bible.

15 min: Membuat Persediaan untuk Menawarkan Majalah Tempatan. Perbincangan bersama hadirin. Secara ringkas, nyatakan kandungan majalah tempatan No. 803, Violence Against Women​—What Is the Bible’s View? dan majalah tempatan No. 802, Death​—Is It Really the End? Kemudian, tanya hadirin: Artikel yang manakah yang mungkin akan menarik minat penduduk di kawasan penyebaran? Apakah sebabnya? Jemput hadirin untuk menyatakan isi-isi spesifik dalam artikel-artikel yang ingin digunakan. Apakah soalan-soalan yang boleh digunakan untuk memulakan perbualan? Apakah ayat Bible dalam artikel yang boleh dibacakan kepada penghuni rumah? Gunakan cadangan-cadangan yang dikemukakan untuk menunjukkan cara menawarkan majalah tempatan No. 803, Violence Against Women​—What Is the Bible’s View? dan majalah tempatan No. 802, Death​—Is It Really the End?

Lagu 119

Minggu Bermula 3 Mac

Lagu 223

10 min: Pengumuman tempatan. Kaji semula isi-isi utama daripada kotak “Peringatan untuk Perjamuan Malam Tuan.”

20 min: Bolehkah Anda Memulakan Satu Pembelajaran Bible pada Bulan Mac? Perbincangan bersama hadirin. Sepanjang bulan Mac, kita akan menawarkan buku Bible Teach dan bermatlamat untuk memulakan pembelajaran Bible. Nyatakan beberapa ciri yang menarik dalam buku tersebut. Bincangkan cara menawarkan buku itu semasa mengunjungi seseorang yang menunjukkan minat ketika kita memberikan jemputan Peringatan kepadanya, semasa mengunjungi seseorang yang telah menerima majalah, dan semasa menawarkan buku ini dalam kerja penyebaran dari rumah ke rumah selepas 22 Mac. (Lihat km 4/07 ms. 3; km 3/06 ms. 1, per. 3; km 1/06 ms. 3-6.) Tunjukkan satu atau dua demonstrasi.

15 min: Gunakan Bible semasa Memberi Jawapan. Ceramah dan perbincangan bersama hadirin berdasarkan buku Ministry School, muka surat 143-4. Secara ringkas, adakan satu demonstrasi yang menunjukkan seorang penyiar diajukan soalan yang sering ditanya oleh penghuni di kawasan penyebaran tempatan. Kemudian, penyiar tersebut menggunakan Bible untuk memberikan jawapan.

Lagu 145

[Nota kaki]

a Pastikan komen pengenalan tidak melebihi seminit, kemudian ikuti dengan perbincangan dalam bentuk soal jawab.

b Pastikan komen pengenalan tidak melebihi seminit, kemudian ikuti dengan perbincangan dalam bentuk soal jawab.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi