Jadual untuk Minggu Bermula 13 Ogos
MINGGU BERMULA 13 OGOS
Lagu 18 dan Doa
□ Pembelajaran Bible Sidang:
my cerita 93 (25 min.)
□ Sekolah Penyebaran Teokratik:
Pembacaan Bible: Yehezkiel 28-31 (10 min.)
No. 1: Yehezkiel 28:17-26 (tidak melebihi 4 min.)
No. 2: Mengenal Pasti Mitos dan Fakta tentang Yesus Kristus (5 min.)
No. 3: Siapakah yang akan ke Syurga dan Mengapa?—bh bab 7 per. 21-25 (5 min.)
□ Perjumpaan Aktiviti Penyebaran:
5 min: Pengumuman.
10 min: Membuat Persediaan untuk Kunjungan Seterusnya. Perbincangan berdasarkan soalan berikut: (1) Semasa kunjungan pertama, mengapakah penting untuk membuat persediaan bagi kunjungan kembali, dan apakah caranya? (2) Bagaimanakah kita boleh memilih soalan yang menarik minat penghuni rumah untuk dijawab pada kunjungan seterusnya? (3) Mengapakah kita digalakkan untuk menetapkan masa bagi perbincangan seterusnya, dan jika boleh, meminta nombor telefon atau e-mel penghuni rumah? (4) Mengapakah kita patut kembali dengan cepat, mungkin selepas beberapa hari? (5) Apakah maklumat yang patut dicatatkan selepas kunjungan pertama?
10 min: Temu ramah satu atau dua orang pekhidmat sepenuh masa. Apakah yang menggalakkan mereka untuk menceburi khidmat ini? Apakah cabaran yang menyukarkan mereka untuk terus berkhidmat, dan bagaimanakah mereka dapat mengatasinya? Apakah berkat yang dinikmati? Galakkan para penyiar untuk menyertai khidmat perintis biasa pada tahun aktiviti penyebaran baru.
10 min: “Jagalah Hati Nuranimu.” Soal jawab. Umumkan tarikh hari perhimpunan istimewa jika tarikhnya sudah diketahui.
Lagu 32 dan Doa