PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • bm bahagian 3 ms. 6
  • Manusia Terselamat daripada Banjir Besar

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Manusia Terselamat daripada Banjir Besar
  • Bible—Apakah Mesejnya?
  • Bahan yang Berkaitan
  • Banjir Besar—Siapa yang Dengar? Siapa yang Tidak?
    Dengarlah Cakap Tuhan dan Hidup Selama-lamanya
  • “Nuh Hidup Akrab dengan Tuhan yang Benar”
    Tirulah Iman Mereka
  • Bahtera Nuh
    Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Nuh dan Banjir Besar—Sekadar Cerita Dongeng?
    Jawapan kepada Soalan Bible
Lihat Selanjutnya
Bible—Apakah Mesejnya?
bm bahagian 3 ms. 6
Bahtera terapung-apung apabila hujan turun dan air banjir meningkat

BAHAGIAN 3

Manusia Terselamat daripada Banjir Besar

Tuhan membinasakan orang jahat tetapi menyelamatkan Nuh dan keluarganya

SERAYA bilangan manusia bertambah, dosa dan kejahatan semakin berleluasa. Satu-satunya nabi Tuhan pada masa itu yang bernama Henokh bernubuat bahawa pada suatu hari nanti, Tuhan akan membinasakan orang yang jahat. Walau bagaimanapun, kejahatan bermaharajalela dan menjadi semakin teruk. Sesetengah malaikat telah memberontak menentang Yehuwa dengan meninggalkan tempat tinggal mereka di syurga. Mereka telah turun ke bumi, membuat tubuh manusia untuk diri sendiri, dan menjadikan perempuan di bumi isteri mereka. Penyatuan yang tidak semula jadi ini menghasilkan keturunan gergasi yang mempunyai kekuatan luar biasa. Mereka dipanggil Nefilim. Mereka turut menyebabkan keganasan dan penumpahan darah di bumi menjadi semakin teruk. Hati Tuhan terluka seraya melihat ciptaan-ciptaan-Nya rosak binasa.

Selepas kematian Henokh, terdapat seorang lelaki yang berbeza daripada orang jahat di sekelilingnya. Namanya Nuh. Dia dan keluarganya berusaha untuk melakukan apa yang menyenangkan hati Tuhan. Tuhan membuat keputusan untuk membinasakan orang jahat pada masa itu, tetapi Dia ingin menyelamatkan Nuh dan haiwan-haiwan di bumi. Maka, Tuhan menyuruh Nuh membina sebuah bahtera, iaitu sebuah kapal besar yang berbentuk segi empat tepat. Dalam bahtera ini, Nuh, keluarganya, dan haiwan-haiwan akan terselamat apabila Banjir Besar berlaku. Nuh mentaati Tuhan. Nuh menghabiskan kira-kira 40 atau 50 tahun untuk membina bahtera ini. Pada masa yang sama, dia telah mengisytiharkan perkhabaran daripada Tuhan juga. (2 Petrus 2:5) Dia memberikan amaran kepada orang yang hidup pada masa itu tentang Banjir Besar yang bakal berlaku. Tetapi mereka tidak mempedulikannya. Akhirnya, tiba masanya untuk Nuh, keluarganya, dan haiwan-haiwan untuk masuk ke dalam bahtera itu. Tuhan menutup pintu bahtera, dan hujan pun mula turun.

Hujan turun mencurah-curah selama 40 hari dan 40 malam sehingga seluruh bumi ditenggelami air. Semua orang yang jahat lenyap. Beberapa bulan kemudian, apabila air semakin surut, bahtera itu mendarat di atas sebuah gunung. Sekurang-kurangnya satu tahun berlalu sebelum mereka dapat keluar dari bahtera itu. Nuh mempersembahkan sebuah pemberian kepada Yehuwa untuk menunjukkan rasa syukurnya. Tuhan menyambut baik pemberian Nuh dan memberitahu Nuh dan keluarganya bahawa Dia tidak akan membawa banjir untuk membinasakan kehidupan di bumi lagi. Yehuwa memberikan pelangi sebagai jaminan nyata, atau peringatan akan janji-Nya.

Selepas Banjir Besar, Tuhan memberi manusia beberapa perintah yang baru. Dia membenarkan mereka makan daging haiwan. Tetapi, Dia melarang mereka makan darah. Dia juga memerintahkan anak cucu Nuh supaya tersebar ke seluruh pelosok bumi. Tetapi, ada dalam kalangan mereka yang mengingkari perintah ini. Di bawah pimpinan Nimrod, mereka mula membina sebuah menara yang tinggi di kota Babel. Kota ini kemudiannya dipanggil kota Babilon. Niat mereka adalah untuk menentang perintah Tuhan yang menyatakan bahawa mereka harus tersebar ke seluruh dunia. Namun, Tuhan menggagalkan usaha mereka. Dia mengelirukan mereka dengan menyebabkan mereka bertutur dalam bahasa-bahasa yang berlainan. Oleh sebab mereka tidak dapat memahami satu sama lain, mereka meninggalkan projek pembinaan mereka lalu berpindah ke tempat-tempat yang berlainan.

—Berdasarkan Kejadian bab 6 hingga bab 11; Yudas 14, 15.

  • Bagaimanakah kejahatan merebak di bumi?

  • Bagaimanakah Nuh membuktikan bahawa dia seorang lelaki yang setia?

  • Selepas Banjir Besar, apakah larangan Tuhan?

HIDUP AKRAB DENGAN TUHAN

Kebanyakan anak cucu Adam dan Hawa menolak pemerintahan Yehuwa. Walau bagaimanapun, bermula dengan Habel, terdapat beberapa orang anak cucu Adam dan Hawa yang menerima pemerintahan Yehuwa. Henokh dan Nuh telah hidup akrab dengan Tuhan. Hal ini bermaksud mereka menjalani kehidupan yang menyenangkan hati Yehuwa. (Kejadian 5:22; 6:9) Sebahagian besar daripada apa yang terkandung di dalam Bible memberi tumpuan kepada lelaki dan wanita yang telah memilih Tuhan sebagai Pemerintah mereka.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi