PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Watchtower
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • ijwbq rencana 156
  • Nuh dan Banjir Besar—Sekadar Cerita Dongeng?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Nuh dan Banjir Besar—Sekadar Cerita Dongeng?
  • Jawapan kepada Soalan Bible
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Jawapan Bible
  • Fakta atau mitos?
  • Mengapakah Banjir Besar berlaku?
  • Adakah manusia tahu bahawa Banjir Besar akan melanda?
  • Apakah reka bentuk bahtera Nuh?
  • Berapa lamakah masa yang diambil oleh Nuh untuk membina bahtera?
  • Bahtera Nuh
    Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Banjir Besar—Siapa yang Dengar? Siapa yang Tidak?
    Dengarlah Cakap Tuhan dan Hidup Selama-lamanya
  • Nuh Membina Sebuah Bahtera
    Buku Cerita Bible Saya
  • Manusia Terselamat daripada Banjir Besar
    Bible—Apakah Mesejnya?
Lihat Selanjutnya
Jawapan kepada Soalan Bible
ijwbq rencana 156
Gajah, zirafah, singa, dan burung masuk ke dalam bahtera

Nuh dan Banjir Besar—Sekadar Cerita Dongeng?

Jawapan Bible

Banjir Besar memang pernah berlaku. Tuhan mendatangkan banjir itu untuk memusnahkan orang yang jahat, tetapi Dia menyuruh Nuh untuk membina sebuah bahtera agar orang yang baik dan binatang dapat diselamatkan. (Kejadian 6:11-20) Kita yakin bahawa Banjir Besar betul-betul pernah berlaku kerana kejadian ini dicatatkan dalam Bible, yang “diilhami oleh Tuhan.”​—2 Timotius 3:16.

  • Fakta atau mitos?

  • Mengapakah Banjir Besar berlaku?

  • Adakah manusia tahu bahawa Banjir Besar akan melanda?

  • Apakah reka bentuk bahtera Nuh?

  • Berapa lamakah masa yang diambil oleh Nuh untuk membina bahtera?

  • Cerita dongeng, mitos, dan legenda tentang Banjir Besar

Fakta atau mitos?

Bible menyatakan bahawa Nuh benar-benar pernah wujud dan Banjir Besar benar-benar pernah berlaku. Nuh dan Banjir Besar bukanlah cerita dongeng.

  • Penulis Bible percaya akan kewujudan Nuh. Contohnya, para penulis Bible, seperti Ezra dan Lukas, ialah sejarawan yang mahir, dan mereka mencatatkan nama Nuh dalam salasilah keturunan bangsa Israel. (1 Tawarikh 1:4; Lukas 3:36) Para penulis Bible yang lain, seperti Matius dan Lukas, juga mencatatkan kata-kata Yesus tentang Nuh dan Banjir Besar.—Matius 24:37-39; Lukas 17:26, 27.

    Selain itu, Nabi Yehezkiel dan Rasul Paulus menggalakkan kita untuk meniru teladan Nuh kerana dia seorang lelaki yang baik dan beriman. (Yehezkiel 14:14, 20; Ibrani 11:7) Jika Nuh tidak pernah wujud, adakah para penulis Bible itu akan menyuruh kita untuk meniru teladannya? Sudah tentu tidak! Kita dapat meniru teladan Nuh dan meniru teladan lelaki dan wanita lain yang beriman kerana mereka benar-benar pernah wujud.—Ibrani 12:1; Yakobus 5:17.

  • Bible memberikan butiran yang terperinci tentang Banjir Besar. Catatan tentang Banjir Besar tidak bermula dengan ungkapan “Pada suatu ketika dahulu,” seperti kebanyakan cerita dongeng. Sebaliknya, semasa menyebut tentang Banjir Besar dan peristiwa-peristiwa yang berkaitan, Bible mencatatkan hari, bulan, dan tahunnya. (Kejadian 7:11; 8:4, 13, 14) Bible juga memberitahu kita ukuran bahtera yang dibina oleh Nuh. (Kejadian 6:15) Butiran-butiran ini menunjukkan bahawa Banjir Besar ialah fakta, bukannya mitos.

Mengapakah Banjir Besar berlaku?

Menurut Bible, sebelum Banjir Besar melanda, “manusia di bumi sangat jahat.” (Kejadian 6:5) Bible juga menyatakan bahawa “bumi sudah rosak dalam pandangan Tuhan” kerana bumi penuh dengan keganasan dan maksiat.—Kejadian 6:11; Yudas 6, 7.

Bible menyatakan bahawa sebahagian besar masalah itu disebabkan oleh malaikat-malaikat jahat yang telah meninggalkan syurga untuk meniduri wanita-wanita di bumi. Kemudian wanita-wanita itu melahirkan anak-anak yang dipanggil Nefilim, dan Nefilim mengacau-bilaukan seluruh bumi. (Kejadian 6:1, 2, 4) Maka Tuhan memutuskan untuk melenyapkan semua orang jahat di bumi agar orang baik dapat memulakan masyarakat yang baharu.—Kejadian 6:6, 7, 17.

Adakah manusia tahu bahawa Banjir Besar akan melanda?

Ya. Tuhan memberitahu Nuh apa yang bakal berlaku dan menyuruhnya untuk membina sebuah bahtera untuk menyelamatkan keluarganya dan binatang. (Kejadian 6:13, 14; 7:1-4) Nuh menyebarkan berita tentang Banjir Besar kepada semua orang, tetapi mereka tidak menghiraukannya. (2 Petrus 2:5) Bible menyatakan, “Mereka tidak ambil peduli, sehingga Banjir melanda dan melenyapkan mereka semua.”—Matius 24:37-39.

Apakah reka bentuk bahtera Nuh?

Bahtera Nuh seperti sebuah kotak besar yang berbentuk segi empat tepat. Panjangnya sekitar 133 meter, lebarnya sekitar 22 meter, dan tingginya sekitar 13 meter.a Nuh menggunakan kayu keras untuk membina bahtera dan kemudian melapisi bahagian dalam dan luar bahtera itu dengan tar. Bahtera itu mempunyai tiga aras dan bilik-bilik. Terdapat pintu pada sisinya dan nampaknya terdapat tingkap pada bahagian atasnya. Nampaknya bumbung bahtera itu mencondong sedikit ke bawah agar air hujan dapat mengalir ke bawah dengan mudah.—Kejadian 6:14-16.

Carta yang menunjukkan panjang bahtera Nuh, panjang sebuah kapal terbang, dan panjang seekor gajah

Berapa lamakah masa yang diambil oleh Nuh untuk membina bahtera?

Bible tidak memberitahu kita jangka waktu yang telah diambil oleh Nuh untuk membina bahtera. Tetapi nampaknya dia mengambil masa selama berpuluh-puluh tahun. Nuh berusia lebih daripada 500 tahun sewaktu anak sulungnya dilahirkan, dan dia berusia 600 tahun apabila Banjir Besar melanda.b—Kejadian 5:32; 7:6.

Tuhan menyuruh Nuh untuk membina bahtera selepas tiga orang anak lelakinya menjadi dewasa dan berkahwin. Hal ini mungkin mengambil masa kira-kira 50 hingga 60 tahun. (Kejadian 6:14, 18) Berdasarkan kemungkinan ini, kita dapat menyimpulkan bahawa Nuh mengambil masa kira-kira 40 atau 50 tahun untuk menyiapkan pembinaan bahtera.

Cerita dongeng, mitos, dan legenda tentang Banjir Besar

Di serata dunia, terdapat cerita yang berbeza-beza tentang Banjir Besar. Tetapi kebanyakan cerita itu mempunyai persamaan dengan catatan Bible. Seraya keturunan Nuh tersebar ke serata dunia, mereka juga menyebarkan cerita tentang Banjir Besar. Tetapi nampaknya cerita itu beransur-ansur berubah. Marilah kita melihat beberapa contoh.

Legenda Yunani: Lelaki dan wanita yang selamat mengharungi Banjir Besar disuruh untuk memenuhi bumi dengan melemparkan batu ke belakang mereka, dan batu-batu itu kemudiannya bertukar menjadi lelaki dan wanita.

Legenda Hindu: Seekor ikan memberitahu seorang lelaki bahawa Banjir Besar akan melenyapkan semua orang. Kemudian ikan itu menyuruhnya untuk membina sebuah sampan. Lelaki itu terselamat kerana ikan itu membawa sampan itu ke tempat yang selamat.

Legenda Babilon: Seorang lelaki dan wanita selamat mengharungi Banjir Besar, lalu mereka menjadi tuhan dan tidak dapat mati.

Legenda Amerika Tengah: Seorang lelaki, isterinya, dan anak-anak mereka selamat mengharungi Banjir Besar sementara semua orang lain bertukar menjadi ikan.

a Bible menggunakan ukuran hasta semasa menggambarkan saiz bahtera. “Satu hasta Ibrani ialah 17.5 inci (44.45 cm).”—The Illustrated Bible Dictionary, Edisi Kemaskini, Bahagian 3, muka surat 1635.

b Berkenaan jangka hayat orang kuno seperti Nuh, sila lihat rencana “Apakah Orang pada Zaman Alkitab Memang Berumur Panjang?” dalam majalah Menara Pengawal, terbitan 1 Disember 2010 dalam bahasa Indonesia.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Tetapan Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi