PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Kejadian 20
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

Rangka Kejadian

      • Sara diselamatkan daripada Abimelekh (1-18)

Kejadian 20:1

Nota kaki

  • *

    Atau “tinggal di Gerar sebagai orang asing.”

Rujukan Silang

  • +Kej 13:18
  • +Bil 13:26
  • +Kej 25:17, 18
  • +Kej 10:19; 26:6

Kejadian 20:2

Rujukan Silang

  • +Kej 12:11-13; 20:11, 12
  • +Kej 12:15

Kejadian 20:3

Rujukan Silang

  • +Kej 12:17; Mz 105:14
  • +Ul 22:22

Kejadian 20:7

Rujukan Silang

  • +Mz 105:14, 15
  • +Ayb 42:8

Kejadian 20:10

Rujukan Silang

  • +Kej 12:18, 19; 26:9, 10

Kejadian 20:11

Rujukan Silang

  • +Kej 12:11, 12; 26:7

Kejadian 20:12

Rujukan Silang

  • +Kej 11:29

Kejadian 20:13

Rujukan Silang

  • +Kej 12:1
  • +Kej 12:13

Kejadian 20:16

Rujukan Silang

  • +Kej 20:2, 12

Kejadian 20:18

Rujukan Silang

  • +Kej 12:17

Lain

Kej. 20:1Kej 13:18
Kej. 20:1Bil 13:26
Kej. 20:1Kej 25:17, 18
Kej. 20:1Kej 10:19; 26:6
Kej. 20:2Kej 12:11-13; 20:11, 12
Kej. 20:2Kej 12:15
Kej. 20:3Kej 12:17; Mz 105:14
Kej. 20:3Ul 22:22
Kej. 20:7Mz 105:14, 15
Kej. 20:7Ayb 42:8
Kej. 20:10Kej 12:18, 19; 26:9, 10
Kej. 20:11Kej 12:11, 12; 26:7
Kej. 20:12Kej 11:29
Kej. 20:13Kej 12:1
Kej. 20:13Kej 12:13
Kej. 20:16Kej 20:2, 12
Kej. 20:18Kej 12:17
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
Kejadian 20:1-18

Kejadian

20 Kemudian Abraham memindahkan khemahnya+ ke negeri Negeb. Dia tinggal di kawasan di antara Kades+ dan Syur,+ dan dia juga tinggal di Gerar untuk sementara waktu.* Semasa di Gerar,+ 2 Abraham sering mengatakan bahawa Sara ialah adiknya.+ Oleh itu, Abimelekh, iaitu raja dari Gerar, mengutus orang untuk membawa Sara kepadanya.+ 3 Pada waktu malam, Tuhan menampakkan diri kepada Abimelekh dalam sebuah mimpi dan berfirman, “Engkau akan mati kerana engkau mengambil wanita itu.+ Dia sudah berkahwin, dan dia milik lelaki lain.”+ 4 Tetapi Abimelekh belum meniduri Sara. Maka dia berkata, “Yehuwa, adakah Engkau akan membinasakan sebuah bangsa yang tidak bersalah? 5 Bukankah Abraham sendiri yang berkata bahawa Sara itu adiknya, dan bukankah Sara sendiri yang berkata bahawa Abraham itu abangnya? Aku tidak berniat jahat, dan aku tidak tahu bahawa apa yang aku buat itu salah.” 6 Maka Tuhan yang benar berfirman kepadanya dalam mimpi itu, “Aku tahu bahawa engkau tidak berniat jahat. Oleh itu, Aku mencegah engkau daripada berdosa terhadap-Ku. Itulah sebabnya Aku tidak membenarkan engkau menyentuhnya. 7 Sekarang, kembalikanlah wanita itu kepada suaminya. Suaminya seorang nabi+ dan dia akan merayu kepada-Ku bagi pihakmu+ agar engkau dapat terus hidup. Jika engkau tidak mengembalikan wanita itu, engkau dan seluruh rumah tanggamu tentu akan mati.”

8 Pada awal pagi, Abimelekh bangun dan memanggil semua hambanya. Dia memberitahu mereka segala yang berlaku sehingga mereka menjadi sangat takut. 9 Kemudian Abimelekh memanggil Abraham dan berkata kepadanya, “Apakah yang telah kamu lakukan terhadap kami? Apakah dosa beta terhadap kamu sehingga kamu menyebabkan beta dan kerajaan beta menanggung dosa besar ini? Kamu tidak patut berbuat demikian kepada beta.” 10 Selepas itu, Abimelekh bertanya kepada Abraham, “Apakah sebenarnya niat kamu melakukan hal ini?”+ 11 Abraham menjawab, “Hamba melakukannya kerana hamba berfikir, ‘Tentu orang di sini tidak takut akan Tuhan, dan mereka pasti membunuhku kerana mereka menginginkan isteriku.’+ 12 Lagipun, dia memang adik hamba. Kami satu bapa tetapi berlainan ibu, dan kini dia ialah isteriku.+ 13 Oleh itu, apabila Tuhan menyuruh hamba meninggalkan rumah bapa hamba,+ hamba berkata kepada isteri hamba, ‘Ke mana pun kita pergi, tunjukkanlah kasih setiamu kepadaku dengan berkata, “Dia ialah abangku.”’”+

14 Kemudian Abimelekh mengambil biri-biri, lembu, hamba lelaki, dan hamba perempuan lalu memberikan semuanya kepada Abraham. Dia juga mengembalikan Sara kepadanya. 15 Abimelekh berkata, “Kamu boleh tinggal di negeri beta. Tinggallah di mana sahaja yang kamu suka.” 16 Abimelekh juga berkata kepada Sara, “Beta memberikan 1,000 keping perak kepada abangmu.+ Hal ini membuktikan kepada semua orang di rumah tanggamu dan kepada semua orang yang lain bahawa kamu tidak bersalah, dan kamu bebas daripada sebarang celaan.” 17 Lalu Abraham merayu kepada Tuhan yang benar, dan Tuhan menyembuhkan Abimelekh, isterinya, dan semua hamba perempuannya sehingga wanita-wanita itu dapat melahirkan anak lagi. 18 Sebelum itu, Yehuwa telah menyebabkan semua wanita di rumah Abimelekh mandul kerana peristiwa yang berlaku kepada Sara, iaitu isteri Abraham.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi