PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Kejadian 21
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

Rangka Kejadian

      • Kelahiran Ishak (1-7)

      • Ismael mengejek Ishak (8, 9)

      • Hagar dan Ismael diusir (10-21)

      • Perjanjian Abraham dengan Abimelekh (22-34)

Kejadian 21:1

Rujukan Silang

  • +Kej 18:10

Kejadian 21:2

Rujukan Silang

  • +Ibr 11:11
  • +Kej 17:21; 18:10, 14; Rm 9:9

Kejadian 21:3

Rujukan Silang

  • +Kej 17:19; Yos 24:3; Rm 9:7

Kejadian 21:4

Rujukan Silang

  • +Kej 17:12; Im 12:3; Kis 7:8

Kejadian 21:6

Nota kaki

  • *

    Atau mungkin, “akan mengetawakan aku.”

Kejadian 21:9

Rujukan Silang

  • +Kej 16:4, 15
  • +Kej 15:13; Ga 4:22, 29

Kejadian 21:10

Rujukan Silang

  • +Kej 15:2, 4; Ga 4:30

Kejadian 21:11

Rujukan Silang

  • +Kej 17:18

Kejadian 21:12

Rujukan Silang

  • +Kej 17:19; Rm 9:7; Ibr 11:18

Kejadian 21:13

Rujukan Silang

  • +Ga 4:22
  • +Kej 16:9, 10; 17:20; 25:12, 16

Kejadian 21:14

Rujukan Silang

  • +Kej 25:5, 6
  • +Kej 22:19

Kejadian 21:16

Nota kaki

  • *

    Atau “kira-kira sejauh jarak anak panah yang dilepaskan.”

Kejadian 21:17

Rujukan Silang

  • +Kej 16:11
  • +Kej 16:7, 8

Kejadian 21:18

Rujukan Silang

  • +1Ta 1:29-31

Kejadian 21:20

Rujukan Silang

  • +Kej 16:16

Kejadian 21:21

Rujukan Silang

  • +Bil 10:12

Kejadian 21:22

Rujukan Silang

  • +Kej 20:17, 18; 26:26, 28

Kejadian 21:23

Rujukan Silang

  • +Kej 20:14, 15

Kejadian 21:25

Rujukan Silang

  • +Kej 26:15, 20

Kejadian 21:31

Nota kaki

  • *

    Maksudnya “Perigi Sumpah; Perigi Tujuh.”

Rujukan Silang

  • +Kej 26:32, 33

Kejadian 21:32

Rujukan Silang

  • +Kej 26:26, 28
  • +Kej 10:13, 14; 26:1

Kejadian 21:33

Nota kaki

  • *

    Harfiah, “pokok tamarisk.”

Rujukan Silang

  • +Kej 12:8, 9; 26:25
  • +Mz 90:2; Yes 40:28; 1Ti 1:17

Kejadian 21:34

Nota kaki

  • *

    Atau “tinggal sebagai orang asing.”

Rujukan Silang

  • +Ibr 11:8, 9

Lain

Kej. 21:1Kej 18:10
Kej. 21:2Ibr 11:11
Kej. 21:2Kej 17:21; 18:10, 14; Rm 9:9
Kej. 21:3Kej 17:19; Yos 24:3; Rm 9:7
Kej. 21:4Kej 17:12; Im 12:3; Kis 7:8
Kej. 21:9Kej 16:4, 15
Kej. 21:9Kej 15:13; Ga 4:22, 29
Kej. 21:10Kej 15:2, 4; Ga 4:30
Kej. 21:11Kej 17:18
Kej. 21:12Kej 17:19; Rm 9:7; Ibr 11:18
Kej. 21:13Ga 4:22
Kej. 21:13Kej 16:9, 10; 17:20; 25:12, 16
Kej. 21:14Kej 25:5, 6
Kej. 21:14Kej 22:19
Kej. 21:17Kej 16:11
Kej. 21:17Kej 16:7, 8
Kej. 21:181Ta 1:29-31
Kej. 21:20Kej 16:16
Kej. 21:21Bil 10:12
Kej. 21:22Kej 20:17, 18; 26:26, 28
Kej. 21:23Kej 20:14, 15
Kej. 21:25Kej 26:15, 20
Kej. 21:31Kej 26:32, 33
Kej. 21:32Kej 26:26, 28
Kej. 21:32Kej 10:13, 14; 26:1
Kej. 21:33Kej 12:8, 9; 26:25
Kej. 21:33Mz 90:2; Yes 40:28; 1Ti 1:17
Kej. 21:34Ibr 11:8, 9
  • Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16
  • 17
  • 18
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23
  • 24
  • 25
  • 26
  • 27
  • 28
  • 29
  • 30
  • 31
  • 32
  • 33
  • 34
Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
Kejadian 21:1-34

Kejadian

21 Seperti yang difirmankan, Yehuwa ingat akan Sara dan Yehuwa menepati janji-Nya.+ 2 Pada masa yang ditentukan oleh Tuhan, semasa Abraham sudah tua, Sara mengandung+ dan melahirkan seorang anak lelaki, seperti yang dijanjikan oleh Tuhan.+ 3 Abraham menamakan anak yang baru lahir itu Ishak,+ iaitu anak yang dilahirkan Sara baginya. 4 Semasa Ishak berumur lapan hari, Abraham menyunatnya seperti yang diperintahkan Tuhan.+ 5 Abraham berumur 100 tahun ketika Ishak dilahirkan. 6 Kemudian Sara berkata, “Tuhan telah membuat aku ketawa. Setiap orang yang mendengar tentang hal ini akan ketawa bersama-samaku.”* 7 Dia berkata lagi, “Siapakah dahulunya dapat memberitahu suamiku, ‘Sara akan menyusui anak’? Tetapi sekarang aku sudah melahirkan seorang anak lelaki untuk dia ketika umurnya sudah lanjut.”

8 Anak itu bertambah besar, lalu pada hari dia cerai susu, Abraham mengadakan jamuan besar. 9 Tetapi Sara memperhatikan bahawa anak lelaki Abraham yang dilahirkan oleh Hagar,+ orang Mesir itu, asyik mengejek Ishak.+ 10 Lalu Sara berkata kepada Abraham, “Usirlah hamba perempuan ini bersama anak lelakinya! Anak lelakinya tidak akan menjadi pewaris bersama-sama anakku Ishak.”+ 11 Abraham berasa susah hati semasa mendengar apa yang dikatakan oleh Sara mengenai anak lelakinya.+ 12 Tetapi Tuhan berfirman kepada Abraham, “Janganlah susah hati kerana apa yang dikatakan oleh Sara tentang anakmu dan hamba perempuanmu. Dengarlah cakap Sara, kerana keturunanmu akan datang daripada Ishak.+ 13 Mengenai anak hamba perempuanmu,+ Aku juga akan membuat keturunannya menjadi sebuah bangsa,+ kerana dia anakmu juga.”

14 Abraham bangun awal dan mengambil roti dan kirbat kulit yang berisi air, lalu memberikannya kepada Hagar. Dia meletakkan semuanya di atas bahu Hagar dan menyuruhnya pergi bersama anak lelakinya.+ Hagar bertolak dan mengembara di padang belantara Beer-syeba.+ 15 Akhirnya air di dalam kirbat itu habis. Hagar meninggalkan anaknya di bawah sebatang pokok renek 16 dan pergi duduk di suatu tempat yang sedikit jauh dari situ.* Dia berkata, “Aku tidak sanggup melihat anakku mati.” Jadi dia pun duduk di situ sambil meraung dan menangis.

17 Tuhan mendengar suara anak itu.+ Lalu malaikat Tuhan memanggil Hagar dari syurga dan berkata kepadanya,+ “Hagar, mengapa kamu menangis? Janganlah takut kerana Tuhan telah mendengar suara anakmu dari tempat dia ditinggalkan itu. 18 Bangunlah dan bantulah anakmu berdiri. Aku akan memberinya banyak keturunan sehingga menjadi sebuah bangsa yang besar.”+ 19 Kemudian Tuhan membuka mata Hagar, lalu dia nampak sebuah perigi. Maka dia pergi mengisi kirbatnya dengan air untuk diberikan kepada anaknya. 20 Tuhan menyertai anak itu+ seraya dia membesar. Dia hidup di padang belantara dan menjadi seorang pemanah. 21 Dia tinggal di padang belantara Paran,+ dan ibunya mengahwinkannya dengan seorang wanita dari Mesir.

22 Pada masa itu, Abimelekh dan Pikhol, iaitu ketua tenteranya, berkata kepada Abraham, “Tuhan menyertai kamu dalam apa sahaja yang kamu lakukan.+ 23 Oleh itu, bersumpahlah di sini, di hadapan Tuhan, bahawa kamu tidak akan memperdaya beta, anak-anak beta, ataupun keturunan beta. Bersumpahlah bahawa kamu akan menunjukkan kasih setia kepada beta dan kepada negeri yang kamu diami sekarang, sebagaimana beta sudah menunjukkan kasih setia kepadamu.”+ 24 Abraham berkata, “Baiklah, hamba bersumpah.”

25 Kemudian Abraham mengadu kepada Abimelekh tentang perigi yang telah dirampas oleh hamba-hambanya.+ 26 Abimelekh berkata, “Beta tidak tahu siapa yang melakukan hal ini. Kamu tidak memberitahu beta tentangnya, dan beta baru mendengarnya hari ini.” 27 Kemudian Abraham memberi Abimelekh biri-biri dan lembu, lalu mereka berdua membuat perjanjian. 28 Apabila Abraham mengasingkan tujuh ekor anak bebiri betina daripada kawanannya, 29 Abimelekh bertanya, “Mengapakah kamu mengasingkan tujuh ekor anak bebiri itu?” 30 Abraham menjawab, “Terimalah tujuh ekor anak bebiri ini daripada hamba sebagai tanda untuk membuktikan bahawa hambalah yang menggali perigi ini.” 31 Itulah sebabnya tempat itu dipanggil Beer-syeba,*+ kerana di situlah mereka berdua telah mengangkat sumpah. 32 Selepas mereka membuat perjanjian+ di Beer-syeba, Abimelekh dan Pikhol, iaitu ketua tenteranya, bangun lalu kembali ke negeri orang Filistin.+ 33 Kemudian Abraham menanam sebatang pokok* di Beer-syeba, dan di sana, dia memuji nama Yehuwa,+ Tuhan yang abadi.+ 34 Abraham tinggal* untuk masa yang lama di negeri orang Filistin.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi