Ayub
16 Ayub menjawab,
2 “Aku pernah mendengar kata-kata sedemikian;
Kamu sepatutnya melegakan hatiku, tetapi kamu semua menyeksa aku sahaja!+
3 Bilakah cakap kosong kamu akan berakhir?
Mengapakah kamu terus berkata-kata sebegini?
4 Jika kamu berada dalam keadaanku,
5 Tetapi aku tidak akan berbuat demikian; sebaliknya, aku akan menguatkan kamu,
Dan melegakan hati kamu dengan kata-kataku.+
6 Jika aku bercakap, adakah penderitaanku akan hilang?+
Jika aku berdiam diri, adakah kesakitanku akan berkurang?
7 Namun Tuhan telah menyebabkan aku tidak bermaya;+
Dia telah menghapuskan seluruh rumah tanggaku.
8 Dia telah memerangkap aku, dan orang lain menyaksikannya;
Orang menganggap aku sudah berdosa kerana melihat tubuhku yang kurus kering.
9 Kerana marah, Dia menggertakkan gigi-Nya;
Seperti musuh, Dia memandang aku dengan penuh kebencian;+
Dia menghancurkan aku dengan kemurkaan-Nya.+
10 Musuh-musuhku membuka mulut untuk melahap aku;+
Mereka menampar mukaku sambil mencaci aku;
Mereka berkumpul untuk menentang aku.+
11 Tuhan membiarkan aku diserang oleh budak-budak lelaki;
Dia melemparkan aku ke dalam tangan orang yang jahat.+
12 Dahulu hidupku aman, tetapi kini Tuhan menghancurkan segala-galanya;+
Dia mencengkam leherku dan meremukkan aku;
Dia menjadikan aku sasaran-Nya;
13 Tanpa belas kasihan, Dia memanah aku dari semua arah;+
Anak panah-Nya menusuk sampai ke ginjalku,+
Sehingga isi perutku* terburai.
14 Dia menyerang aku seperti seorang pahlawan;
Seperti orang yang ingin merobohkan tembok, Dia tidak henti-henti menyerang aku.
15 Aku memakai kain guni kerana sedih,+
Dan aku menjadi begitu hina sehingga terpaksa duduk di atas debu.+
16 Aku menangis sehingga mukaku merah,+
Dan sehingga kelopak mataku bengkak dan hitam.
17 Sebenarnya aku tidak berlaku ganas,
Dan aku berdoa dengan hati yang tulus.
18 Hai bumi, jangan menutupi darahku!+
Jangan diamkan teriakanku.
19 Lihatlah, saksiku berada di syurga!
Dia yang dapat membela aku berada di tempat yang tinggi.
21 Biarlah seseorang mengadili perkara antara Tuhan dengan aku,
Seperti yang dilakukan antara seseorang dengan rakannya.+
22 Tahun-tahunku tidak banyak lagi;
Aku akan pergi dan tidak kembali lagi.+