Ayub
17 “Hari-hariku hampir berakhir, dan nafasku hampir putus;
Yang menunggu aku hanyalah kuburan.+
2 Orang yang suka mengejek aku berada di sekelilingku,+
Dan aku terpaksa melihat perbuatan mereka yang kejam.*
3 Ya Tuhan, berjanjilah bahawa Engkau akan menyokong aku.
Jika tidak, siapa lagi yang akan menolong aku?*+
4 Engkau tidak memberi mereka hati yang berpengertian,+
Itulah sebabnya Engkau tidak meninggikan mereka.
5 Mereka berkongsi milik dengan sahabat-sahabat mereka,
Sedangkan anak-anak mereka sendiri berkekurangan.
7 Penglihatanku kabur kerana resah,+
Dan tubuhku kurus kering.
8 Orang yang tulus hati hairan melihat keadaanku,
Dan orang yang tidak bersalah menjadi marah kerana orang yang jahat.*
9 Namun demikian, orang jujur tidak akan berganjak daripada haluannya,+
Dan orang yang tidak bersalah akan menjadi lebih teguh.+
10 Kamu semua boleh terus berdebat dengan aku,
Tetapi aku tahu bahawa tiada seorang pun yang bijaksana dalam kalangan kamu.+
12 Sahabat-sahabatku terus berdusta;
Mereka berkata, ‘Terang hampir tiba,’ tetapi yang aku lihat hanyalah kegelapan.
14 Aku akan berseru kepada lubang kubur,+ ‘Engkaulah bapaku!’
Aku akan berseru kepada ulat yang memakan bangkai, ‘Engkaulah ibuku dan saudara perempuanku!’
15 Di manakah harapan bagiku?+
Adakah sesiapa berfikir bahawa aku masih ada harapan?