Mazmur
Untuk pengarah muzik; untuk diiringi dengan alat muzik bertali. Lagu yang digubah oleh Asaf.+ Sebuah mazmur.
3 Di situ, Dia mematahkan anak panah yang berapi.
Dia juga mematahkan perisai, pedang, dan senjata-senjata perang.+ (Selah)
4 Ya Tuhan, Engkau bersinar dengan gemilang;*
Engkau lebih agung daripada gunung-ganang yang dipenuhi pemangsa.
5 Orang yang berani telah dijarah.+
Mereka sudah terlelap;
Semua pahlawan itu tidak berdaya.+
6 Apabila Engkau memberikan teguran, ya Tuhan Yakub,
Pemandu kereta kuda dan kudanya pun tertidur dengan nyenyak.+
7 Engkau sememangnya mengagumkan!+
Siapakah yang dapat bertahan apabila Engkau murka?+
8 Engkau mengumumkan penghakiman dari syurga;+
Bumi takut dan terdiam+
9 Apabila Tuhan bangkit untuk melaksanakan penghakiman,
Kerana Dia ingin menyelamatkan semua orang yang rendah hati di bumi.+ (Selah)
10 Hal ini demikian kerana kemarahan manusia akan mendatangkan pujian kepada-Mu;+
Engkau akan menghiasi diri-Mu dengan sisa kemarahan mereka.
11 Berikrarlah kepada Yehuwa dan tunaikanlah ikrarmu itu;+
Hendaklah semua orang di sekeliling-Nya membawa pemberian mereka kepada-Nya dengan rasa takut.+
12 Dia akan merendahkan pemimpin-pemimpin yang sombong;
Dia membuat raja-raja di bumi takut kepada-Nya.