Mazmur
Untuk pengarah muzik. Diselaraskan dengan lagu “Jangan Binasakan.” Mazmur yang digubah oleh Asaf.+
75 Kami bersyukur kepada-Mu, ya Tuhan. Kami bersyukur kepada-Mu;
Dan orang mengisytiharkan perbuatan-Mu yang menakjubkan.
2 Engkau berfirman, “Selepas Aku menentukan waktunya,
Aku akan menghakimi dengan adil.
3 Apabila bumi dan penduduknya mula ketakutan,
Akulah yang memastikan agar tiang-tiangnya tetap teguh.” (Selah)
4 Aku memberitahu orang yang bercakap besar, “Jangan bercakap besar,”
Dan kepada orang yang jahat, “Jangan berbangga dengan kekuatan* kamu.
5 Jangan berbangga kerana kamu begitu kuat.*
Jangan bercakap dengan angkuh.
6 Hal ini demikian kerana keagungan tidak datang
Dari timur atau barat atau selatan.
7 Tuhan ialah Hakim.+
Dia dapat merendahkan atau meninggikan seseorang.+
8 Ada sebuah cawan di dalam tangan Yehuwa yang penuh dengan wain;+
Wain di dalam cawan itu sudah berbuih dan rempah-ratus dicampurkan ke dalamnya.
Dia pasti akan menuangkan wain itu bersama endapannya,
Dan semua orang jahat di bumi akan meminumnya sehingga habis.”+
9 Aku akan mengumumkan hal ini buat selama-lamanya;
Aku akan menyanyikan pujian kepada* Tuhan Yakub.