-
Imamat 7:34Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
34 Hal ini demikian kerana daripada korban pendamaian yang diberikan oleh umat Israel, Aku telah memberikan kaki kanan sebagai bahagian suci untuk Imam Harun dan anak-anak lelakinya. Aku juga telah mengambil dada binatang yang diayunkan itu untuk diberikan kepada mereka.+ Perintah ini harus sentiasa dipatuhi oleh umat Israel.
-
-
Imamat 10:14Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
14 Tetapi kamu dan anak-anak kamu, baik lelaki mahupun perempuan, boleh memakan dada binatang yang telah diayunkan sebagai korban dan kaki binatang yang dikhaskan untuk para imam,+ di tempat yang suci. Hal ini demikian kerana itulah bahagian yang telah diberikan kepada kamu dan anak-anak kamu+ semasa orang Israel mempersembahkan korban pendamaian.
-
-
Bilangan 18:9Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
9 Sebahagian daripada persembahan-persembahan yang dibakar, yang paling suci, akan menjadi milik kamu. Ya, sebahagian daripada semua korban yang dipersembahkan kepada-Ku, termasuk korban bijirin,+ korban dosa,+ dan korban ganti rugi,+ akan menjadi milik kamu. Engkau dan anak-anak lelakimu harus menganggap semua itu sebagai sesuatu yang sangat suci.
-
-
Ulangan 18:4Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
4 Hasil pertama daripada biji-bijian, wain, minyak, dan bulu bebiri, juga harus diberikan kepada para imam.+
-
-
1 Korintus 9:13Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
13 Tidakkah kamu tahu bahawa orang yang melakukan tugas suci menerima makanan dari Rumah Tuhan, dan bahawa mereka yang sentiasa berkhidmat di mazbah menerima sebahagian daripada korban yang dipersembahkan di atas mazbah?+
-