PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Keluaran 23:16
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 16 Selain itu, kamu juga harus menyambut Perayaan Menuai* semasa kamu mempersembahkan hasil pertama dari ladang kamu.+ Pada akhir tahun, sambutlah Perayaan Pondok Daun selepas kamu mengumpulkan hasil tanaman dari ladang kamu.+

  • Bilangan 29:12
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 12 “‘Pada hari ke-15 bulan ketujuh, kamu harus berkumpul dan beribadat. Kamu tidak boleh bekerja pada hari itu, dan kamu harus menyambut satu lagi perayaan bagi Aku, Yehuwa. Kamu harus menyambut perayaan itu selama tujuh hari.+

  • Ulangan 16:13
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 13 “Selepas kamu mengumpulkan hasil dari tempat mengirik* tuaian dan dari tempat memeras anggur dan minyak zaitun, kamu harus menyambut Perayaan Pondok Daun+ selama tujuh hari.

  • Ezra 3:4
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 4 Mereka juga menyambut Perayaan Pondok Daun, sesuai dengan apa yang tertulis dalam Hukum,+ dan setiap hari, mereka mempersembahkan korban bakar menurut jumlah yang telah ditetapkan.+

  • Nehemia 8:14-18
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 14 Menurut hukum yang diberikan oleh Yehuwa melalui Musa, mereka mendapati bahawa orang Israel perlu tinggal di dalam pondok-pondok* semasa mereka menyambut perayaan pada bulan ketujuh.+ 15 Mereka juga perlu mengumumkan+ perintah berikut di semua kota dan di seluruh Yerusalem: “Pergilah ke kawasan pergunungan, dan bawalah dahan-dahan daripada pokok zaitun, pokok pain, pokok mirtel, pokok palma, dan pokok-pokok lain, lalu dirikanlah pondok menurut apa yang tertulis.”

      16 Oleh itu, mereka semua pergi mengambil dahan-dahan dan mendirikan pondok di atas bumbung rumah mereka, di halaman rumah mereka, di halaman rumah Tuhan yang benar,+ di tempat awam dekat Pintu Gerbang Air,+ dan di tempat awam dekat Pintu Gerbang Efraim.+ 17 Demikianlah semua orang* yang telah kembali daripada pembuangan mendirikan pondok-pondok dan tinggal di situ. Mereka berasa sangat gembira kerana mereka tidak pernah menyambut perayaan itu dengan cara sedemikian sejak zaman Yosua+ anak Nun.+ 18 Dari hari pertama perayaan itu sehingga hari terakhir, Hukum Tuhan yang benar dibacakan setiap hari.+ Mereka menyambut perayaan itu selama tujuh hari, dan pada hari kelapan, sebuah perhimpunan suci diadakan sesuai dengan apa yang tercatat dalam Hukum.+

  • Yohanes 7:2
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 2 Walau bagaimanapun, Perayaan Pondok Daun+ orang Yahudi sudah menjelang tiba.

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi