-
Imamat 23:34-36Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
34 “Beritahulah orang Israel, ‘Perayaan Pondok Daun bagi Aku, Yehuwa, akan bermula pada hari ke-15 bulan ketujuh. Kamu harus menyambut perayaan itu selama tujuh hari.+ 35 Pada hari pertama, kamu mesti berkumpul dan beribadat. Kamu tidak boleh bekerja pada hari itu. 36 Selama tujuh hari, kamu harus mempersembahkan korban yang dibakar untuk Aku, Yehuwa. Pada hari kelapan, kamu mesti berkumpul dan beribadat+ kerana hari itu merupakan hari perhimpunan yang suci. Pada hari itu, kamu tidak boleh bekerja dan kamu harus mempersembahkan korban yang dibakar untuk Aku, Yehuwa.
-
-
Ulangan 16:13-15Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
13 “Selepas kamu mengumpulkan hasil dari tempat mengirik* tuaian dan dari tempat memeras anggur dan minyak zaitun, kamu harus menyambut Perayaan Pondok Daun+ selama tujuh hari. 14 Semasa perayaan itu, kamu harus bersukacita+ bersama anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan kamu, hamba lelaki dan hamba perempuan kamu, orang Lewi, orang asing, anak yatim, dan balu, yang tinggal di kota-kota kamu. 15 Selama tujuh hari, kamu harus menyambut perayaan itu+ untuk Yehuwa, di tempat yang dipilih oleh Yehuwa. Yehuwa, Tuhan kamu, akan memberkati semua hasil tanaman kamu dan segala usaha kamu,+ maka kamu harus bersukacita.+
-
-
Nehemia 8:14-18Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
-
-
14 Menurut hukum yang diberikan oleh Yehuwa melalui Musa, mereka mendapati bahawa orang Israel perlu tinggal di dalam pondok-pondok* semasa mereka menyambut perayaan pada bulan ketujuh.+ 15 Mereka juga perlu mengumumkan+ perintah berikut di semua kota dan di seluruh Yerusalem: “Pergilah ke kawasan pergunungan, dan bawalah dahan-dahan daripada pokok zaitun, pokok pain, pokok mirtel, pokok palma, dan pokok-pokok lain, lalu dirikanlah pondok menurut apa yang tertulis.”
16 Oleh itu, mereka semua pergi mengambil dahan-dahan dan mendirikan pondok di atas bumbung rumah mereka, di halaman rumah mereka, di halaman rumah Tuhan yang benar,+ di tempat awam dekat Pintu Gerbang Air,+ dan di tempat awam dekat Pintu Gerbang Efraim.+ 17 Demikianlah semua orang* yang telah kembali daripada pembuangan mendirikan pondok-pondok dan tinggal di situ. Mereka berasa sangat gembira kerana mereka tidak pernah menyambut perayaan itu dengan cara sedemikian sejak zaman Yosua+ anak Nun.+ 18 Dari hari pertama perayaan itu sehingga hari terakhir, Hukum Tuhan yang benar dibacakan setiap hari.+ Mereka menyambut perayaan itu selama tujuh hari, dan pada hari kelapan, sebuah perhimpunan suci diadakan sesuai dengan apa yang tercatat dalam Hukum.+
-