PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Imamat 19:4
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 4 Jangan menyembah berhala kerana berhala tidak berguna.+ Jangan membuat patung berhala daripada logam.+ Akulah Yehuwa, Tuhan kamu.

  • Ulangan 27:15
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 15 “‘Terkutuklah orang yang membuat patung berhala,+ atau yang membentuk apa-apa daripada kayu atau logam+ secara sembunyi-sembunyi. Hal ini demikian kerana semua itu sangat dibenci oleh Yehuwa.’+ (Seluruh umat harus berkata, ‘Amin!’)

  • Hakim-Hakim 17:3-5
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 3 Mikha mengembalikan 1,100 keping wang perak itu kepada ibunya tetapi ibunya berkata, “Perak yang ada di dalam tanganku ini akan aku persembahkan kepada Yehuwa, supaya anakku dapat menggunakannya untuk membuat patung berukir dan patung daripada logam.+ Kini, aku mengembalikan perak itu kepadamu.”

      4 Selepas Mikha mengembalikan perak itu kepada ibunya, ibunya mengambil 200 keping wang perak dan memberikannya kepada seorang tukang perak. Tukang itu membuat sebuah patung berukir dan sebuah patung daripada logam. Patung-patung itu diletakkan di rumah Mikha. 5 Mikha mempunyai sebuah tempat penyembahan. Dia membuat efod+ dan patung-patung terafim*+ lalu melantik salah seorang anak lelakinya untuk menjadi imamnya.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi