PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Bahasa Isyarat Malaysia
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • 1 Tawarikh 22:14
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 14 Ayahanda telah bersusah payah menyediakan bahan binaan untuk Rumah Yehuwa. Ayahanda telah menyediakan 3,420 tan* emas dan 34,200 tan* perak. Ayahanda juga telah menyediakan sejumlah besar tembaga serta besi+ sehingga tidak dapat dihitung. Selain itu, kayu dan batu pun telah ayahanda sediakan.+ Tetapi kamu harus menambahkannya lagi.

  • 1 Tawarikh 22:16
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 16 Terdapat begitu banyak emas, perak, tembaga, dan besi sehingga tidak dapat ditimbang.+ Mulakanlah pembinaan itu! Semoga Yehuwa menyertaimu.”+

  • 2 Tawarikh 4:18-22
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
    • 18 Salomo membuat banyak sekali perkakas. Maka berat tembaga yang digunakan tidak diketahui.+

      19 Salomo membuat semua perabot dan perkakas+ untuk rumah Tuhan yang benar: Mazbah emas;+ meja-meja+ untuk meletakkan roti yang dipersembahkan kepada Tuhan;+ 20 kaki pelita dan pelita-pelita yang diperbuat daripada emas tulen+ (untuk dinyalakan di hadapan Bilik Maha Suci, menurut peraturan yang telah ditetapkan); 21 bunga, pelita-pelita, dan penyepit yang diperbuat daripada emas (emas yang digunakan ialah emas yang paling tulen); 22 alat pemadam sumbu pelita, mangkuk, cawan, dan bekas perbaraan (semuanya diperbuat daripada emas tulen); dan pintu-pintu masuk Rumah Tuhan, iaitu pintu Bilik Maha Suci+ dan pintu Bilik Suci yang diperbuat daripada emas.+

Bahan Bahasa Isyarat Malaysia (2013-2024)
Log Keluar
Log Masuk
  • Bahasa Isyarat Malaysia
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi